CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5980|Reply: 33

"Suami Kelakar, Bijak Dan Pandai Berdebat," Sharifah Amani Seronok Kahwin

[Copy link]
Post time 6-11-2023 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Sharifah Amani, 37, mengakui dapat banyak pengalaman selepas setahun mendirikan rumah tangga.


Masa bujang dia hanya banyak mendengar kisah orang mahupun cuma belajar menerusi buku sahaja, namun pengalaman sebenar sebagai seorang wanita yang sudah bersuami adalah berbeza.


Foto: IG




“Diam tak diam setahun sudah saya berkahwin. Alhamdulillah seronok. Saya fikir ada banyak yang perlu kami bertolak ansur. Banyak perkara saya belajar, selama ini saya baca daripada buku dan tengok dalam filem sahaja. Sekarang, saya sendiri melaluinya. Sebenarnya, susah juga ya.


“Jadi iya, perkahwinan adalah sesuatu yang mengagumkan. Kita sebagai manusia hendak berurusan antara satu sama lain pun susah, apatah lagi dengan seseorang yang tinggal bersama, insan yang berjanji untuk sehidup semati.


“Tetapi Alhamdullah, saya dikurniakan lelaki terbaik dalam hidup kini. Dia adalah imam, suami dan kawan. Ada susah dan cabarannya, tetapi perkahwinan itu menyeronokkan. Jadi saya bersyukur,” katanya kepada Utusan.




  



Selain itu, kata Amani, Ahmed Fariz Amir, 35, baginya merupakan seorang lelaki yang sangat memahami dirinya dari pelbagai aspek.


“Pendek kata, dia memenuhi hati saya, saya sangat bertuah. Dia kelakar, bijak dan dia juga seorang pandai berdebat.


“Dia buat saya tenang dalam kekecohan yang berlaku dalam dunia sekarang. Tentang soal anak pula, macam saya pernah katakan kami serah pada Allah SWT. Lambat atau cepat kita serahkan padaNya,”katanya.




  



Tambahnya kasih sayang dan kemesraan ibu dan bapanya, Fatimah Abu Bakar dan Syed Zainal Rashid Al-Yahya juga banyak memberi inspirasi kepadanya dan suami sebagai pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga.


Katanya, dia sentiasa menjadikan kedua orang tuanya itu sebagai contoh yang baik kerana mereka tidak cuma hadir di sisi masing-masing sebagai suami isteri, tetapi juga sebagai kawan baik.




  



“Mereka ada kehidupan sendiri, minat, perniagaan masing-masing, tetapi tetap berkawan baik.


“Macam mana pun papa akan cari mama, mama akan cari papa. Semua boleh berlaku tapi mereka akan tetap bersama,” katanya.




  



Untuk rekod, Amani dan Ahmed Fariz mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 September tahun lalu. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by missyL at 7-11-2023 12:43 PM

Tu la bagos nye kawen sekufu
Die dua2 pn jenis Liberal ok sgt
Semoga kekal akhir hayat korang
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
hampir terlupa yg dia ni dah kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 6-11-2023 05:51 PM
Tu la bagos nye kawen sekufu
Die dua2 pn jenis Liberal ok sgt
Semoga kekal akhir hagar korang

Tapi yg model seksi tu bercerai juaa, sekufu jugak tu
Alicia amin ke apa tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm khai bahar pulak aku tgk
semoga berbahagia la naaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dorg nmpk happy together... moga ke jannah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
menyampah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 6-11-2023 10:22 AM
Tapi yg model seksi tu bercerai juaa, sekufu jugak tu
Alicia amin ke apa tu

Yang tu nampak sangat kawin tangkap muat. Saja2 nak eksperimen kot camna menikah halal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 08:42 PM | Show all posts
suka tgk derang

suami isteri yg BFF

muka pun lebih kurang
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kekal hingga akhir usia
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tea pasal med ni tapi nanti kantoi i siapa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan_ustazah replied at 6-11-2023 09:28 PM
Ada tea pasal med ni tapi nanti kantoi i siapa.

Kasi tumpah sikit2 pls
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:43 PM | Show all posts
glowing nye kulit laki sheols
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dolmat at 6-11-2023 10:31 PM

Nampak wangi cute couple walaupun si kecik cili api Amani is a smoker.. dari si Tom dgn laki dia mat and Minah rep dua tu bushuk and kepams!


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dolmat replied at 6-11-2023 10:29 PM
Nampak wangi cute couple walaupun si kecik cili api Amani is a smoker.. dari si Tom dgn laki dia mat ...

Laki dia pun bukan baik mana nyah. Liberals gitu juga sesuai dgn amani.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:57 PM | Show all posts
bukan_ustazah: Ada tea pasal med ni tapi nanti kantoi i siapa.


Aduh sis ni. Mengundang betul. Kitonyo tak buleh kalu sekerat sekerat ni. Kitonyo nak tahu habeh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Spill tea please..nak gek minum2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mana teh.. tumpahkan la sikit
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Husband dia muka muda tapi rambut dah putih
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Come one Bukan_ustazah.. iols pun nak galakkan uols tumpah teh.. sendu betul gossip sekarang.. ada la sikit couple baru.. asek couple sama, rivalry sama jer..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.061154 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list