View: 2899|Reply: 7
|
Menggigil Satu Badan- Khai Bahar Ditahan Di Wad Hospital, Peminat Risau Konsert Solo Sabtu Ini
[Copy link]
|
|
Pengurus Khai Bahar, Jai memaklumkan penyanyi itu masih ditahan di wad dan disahkan mengalami jangkitan demam viral.
Kata Jai, Khai mula menunjukkan simptom demam dan menggigil badan selepas selesai membuat persembahan di Istana Budaya pada malam Ahad.
Foto: IG
"Khai masih lagi dirawat di hospital untuk hari ini saya masih lagi menunggu update daripada doktor. Tapi Alhamdulillah setakat ini saya lihat keadaanya semakin baik.
"Demam viral yang dihidapi Khai ini disahkan pada pagi Isnin... selepas habis membuat persembahan di Istana Budaya, Khai menggigil dan kami terus bawanya ke hospital," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Jai turut memohon peminat mendoakan Khai segera sembuh memandangkan dia bakal menganjurkan Konsert Solo Khai Bahar di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur pada Sabtu ini.
"InsyaAllah doakan semuanya dipermudahkan. Doktor pun sudah tahu tentang konsert yang bakal berlangsung Sabtu ini.
"Jadi saya harap peminat semua dapat doakan Khai supaya cepat sembuh dan dapat melakukan persembahan di konsertnya nanti," ujarnya.
Sementara itu, Khai menerusi satu hantaran di Instastory memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik dan meminta peminat juga menjaga diri.
"Terima kasih semua yang mendoakan. Saya okay sahaja ni. Korang semua jaga diri okay," tulisnya di Instastory.
Sebelum ini Khai meluahkan keterujaannya menjayakan konsert solo dan berjanji membawakan kelainan dalam persembahannya itu. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Iolsss syak ni semua MO utk batal concert sbb tiket x laku gitewww. Mcm ramai yekkk artis guna MO yg same utk batal concert. Sakit sakit sakit. Heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
amyfaha replied at 8-11-2023 06:37 AM
Iolsss syak ni semua MO utk batal concert sbb tiket x laku gitewww. Mcm ramai yekkk artis guna MO yg ...
Tak laku ke konsertnya? Ingatkan dia ni ramai pentaksub di luar forum cari? |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat: Tak laku ke konsertnya? Ingatkan dia ni ramai pentaksub di luar forum cari?
mak i salah seorang pentaksub. kalau gi kedai makan. malam ada konsert khai bahar
kat tv. dia akan suruh waiter tu tukar channel. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols banyak lagu tapi semua sendu… mcm ni pon boleh buat konsert.. laku ke tidak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by GegarVaganja at 8-11-2023 08:25 PM
Bakalan batal ke? Sebab dari last week, try bukak nak semak tiket, nak bukak page beli tiket tu pun xlepas. Dah disabled sebab tak laku kah? |
|
|
|
|
|
|
|
ala2 sama MO dengan kak haelinayati ke sister? tanya je |
|
|
|
|
|
|
| |
|