View: 2590|Reply: 10
|
Wanna Ali Akui Tak Boleh Nyanyi 'Live', Tolak Tawaran Persembahan Secara Langsung
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan pelakon Wanna Ali, mengakui dia sebenarnya tidak boleh menyanyi secara 'live' di hadapan penonton.
Pemilik nama sebenar, Nor Syazwana Mohd Ali, 25, itu berkata dia juga akan menolak jika ada tawaran untuk buat persembahan secara langsung termasuk dalam program hiburan di kaca televisyen.
"Secara jujurnya, saya sendiri sedar dengan tahap kemampuan diri sendiri.
"Memang saya tahu bila menyanyi secara 'live' akan ke laut dan kena kecam dengan netizen," katanya.
Mengenai single duet bersama penyanyi Aiman Ismail, Bukan Sekadar Lafaz pula, kata Wanna, dia terima tawaran untuk menyanyikan lagu itu kerana ia runut bunyi untuk drama berkenaan.
Lagu Bukan Sekadar Lafaz yang juga duet Wanna bersama bapa tirinya, Aiman adalah hasil ciptaan ibunya sendiri, penerbit drama, Datuk Ayu Puteh.
"Saya juga bersedia untuk menyampaikan lagu duet ini kerana ia lagu runut bunyi drama Bukan Sekadar Lafaz dan proses rakaman juga di studio.
"Terus terang saya tidak boleh menyampaikan lagu itu lebih baik jika persembahan secara langsung," katanya.
Ditanya sama ada dia tidak kisah jika lagu itu disampaikan penyanyi lain dalam pertandingan, Wanna tiada halangan untuk perkara itu.
"Saya boleh menyanyi lagu Bukan Sekadar Lafaz untuk runut bunyi sahaja tetapi kalau untuk pertandingan, saya akan menolaknya.
" ada masa sama, saya juga tidak menghalang jika lagu itu dinyanyikan artis lain dalam pertandingan," katanya.
Mengulas sama ada dia merancang mahu meninggalkan karier nyanyian pula, kata Wanna, buat masa ini, dia mahu fokus pada rezekinya yang lebih menyebelahi pada bidang lakonan.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
so selama ni lagu sheols memang 100% autotune ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pun berlakon production mak dia je kan.
Tong arrrrrrr.. |
|
|
|
|
|
|
|
lawo dia ni, berlakon pun xkayu kayan. |
|
|
|
|
|
|
|
suara dia sedap je dgr
dia ni ingatkan lps berlakon dgn hun merqeen tu akan meletop job sana sini...tapi tgk cam tu jer byk berlakon under mak
berlakon pun bagus dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
She ke yg nyanyi lgu Lepaskan tu. I suka lagu tu |
|
|
|
|
|
|
|
xperlah...atleast dia mengakui |
|
|
|
|
|
|
|
eh????masa dia nyanyi dulu x silap da 10 tahun lebih..time tu umur dia brape lak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak boleh nyanyi live buat apa jadi penyanyi?? |
|
|
|
|
|
|
|
bagus sheolls mengaku. sedap lagu Lepaskan zaman sekolah dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
ohsoyaya replied at 7-11-2023 06:53 PM
She ke yg nyanyi lgu Lepaskan tu. I suka lagu tu
She la tu..lepaskanlah lepaskan semua..masa tu heshe budak sekolah lg..i pun start kenal dia as penyanyi dulu2..tup2 dh bsr jd pelakon |
|
|
|
|
|
|
| |
|