CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28782|Reply: 136

Suami Tiada Upah.. Tiada Nafkah.. Teruskan Fasakh?

 Close [Copy link]
Post time 11-2-2011 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ParinAmat at 16-2-2011 09:15

status aku - still in marriage but separated almost 8 months.
aku tulis separated but actually kita org masih dok serumah, cuma tak sebilik jek dan kita org pun dh lama buat hal sendri, cakap yg penting ada kaitan dgn anak2, aku nk ke mana (biasa urusan keje & yg penting mmg tak penah aku bg tau dia).

punca - zero nafkah dr somi sejak 6 thn dulu, dia tak keje dan tak nak keje. hujung bln depan cukup 10thn kami kawin. anak 3. aku lama sabar sbb walo x keje dulu, dia nak jaga anak2 tp sampai bila? bila aku suruh cari keje, dia bg alasan sapa nk jaga anak. aku suruh antar nurseri, macam2 alasan dia bg. akhirnya bln may lps aku amik maid dan suruh dia keluar cari keje. bukan itu jek, aku uruskan jugak van antar amik anak ke sekolah. tapi dia tak keje juga, alasannya tak dpt keje! dh dpt keje, tak dpt gaji pulak. aku pelik la kenapa susah sgt nk dpt keje, keje jaga kaunter ikan kat tesco/giant pun aku OK je asal keje tp dia kata tu bkn taraf dia. so apa taraf dia yg ada kelulusan spm jek tu? jadik bos duduk opis mengarah ke?

fasakh - lepas 4.5 bulan aku bg dia peluang cari keje & dia kata dh keje tp tak dpt gaji, aku mintak cerai tp for sure dia tak nak so aku fail fasakh. aku dh tahap meluat nk bertahan lg. mcm takde makna sbb aku je yg beriya korban apa je utk famili selama ni tp dia sesedapnya amik kesempatan atas kebaikan aku. mcm2 tuduhan dia pd aku sejak aku fail fasakh t'msk la dia kata aku manusia tak kenang budi. baru ni dia bg tau aku dia dh keje, itupun keje dgn kawan dia. setau aku bln 8 hr tu pun dia kata dia keje dgn kwn ni tp cukup bln takde gaji sbb alasan tak dpt payment. kemudian lps tu dia keluar masuk rumah pagi petang tp kejenya ntah apa tak tau. br 1-2 weeks ni dia mula hulur kt aku duit tp aku mcm tak blh nk accept sbb aku rasa dia meminjam dr org. duit ni pun dia bg lps aku suruh dia keluar dr rumah skrg or aku yg akan keluar. aku amik gak duit tu tp aku simpan dlm account anak2 aku. aku rasa dia bagi ke, tak bagi ke, sama je. why only now? bukan sebelum2 ni ?

dia tak penah kata dia akan berubah, jauh sekali nk mengaku salah dia, dan mati agaknya kalau mintak maaf dari aku. hati aku dh tak de rasa utk dia, takde tpt lg dah. bila ingatkan kata2 dia yg menyakitkan ati aku, semakin jauh aku dr dia. aku tetap dgn keputusan aku tp aku pula bimbang perubahan (mula bg aku duit) akan sbbkan tuntutan fasakh aku tak diterima. loyer aku kata msh blh teruskan dgn kata tuntutan based on sikap dulu dia & perubahan somi cuma tuk sementara bg kaburkan pandangan hakim dgn kecuaian dia.

ada sesapa yg ada experience sendiri or dr kawan or sedara mara psl ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2011 11:35 AM | Show all posts
tak nak campo dgn org yg nak runtuhkan masjid
MeeSai Post at 11-2-2011 11:29



if u dont have any value to post, dont post!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2011 11:47 AM | Show all posts
yg belom kawin meroyan nak kawin
MeeSai Post at 11-2-2011 11:30


those yg meroyan nk kawin, pls if u interested blh amik my husband as your husband. I dun mind pun, as long as burden nk support bg makan, pakai, sakit pening dia semua jatuh di bawah tanggungan u all. You are almost welcome.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 12:37 PM | Show all posts
cerita kita lebih kurang sama hubby keje tapi macam takda duit, anak 3, kawen dah 10 tahun.. dah banyak sangat saya korbankan sampai nak beli sesuatu untuk diri sendiri pun kena berfikir banyak kali.. ni belum lagi bab kalau sakit, hubby tidak pernah pedulikan sedangkan sya disahkan menghidap kanser rahim ... perceraian sya belum terfikir untuk sampai ke tahap tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 12:39 PM | Show all posts
mak/pak suami cam mana tak pernah sound ke anak dia?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 12:41 PM | Show all posts
Mcm ni TT...che' paham apa yang TT rasakan.  Pada TT tanggungjawab mencari nafkah adalah tanggungjawab suami.  TT tak sanggup tengok suami dok rumah jaga anak & TT kuar bekerja.  Rasa terhina & jatuh martabat pompuan kan.....

Che' ada tengok beberapa orang jiran che' yang suami nya dok rumah jaga anak...dia biasa je..dari duduk rumah flat dia berusaha pindah ke rumah teres untuk memberi keselesaan kepada keluarga tapi suami dia mcm tu gak- tak kerja.  So..dia redha je lah..
Tak membebel suruh suami kerja...Che' pun heran, mcmana dia bleh hidup mcm ni ek?..kalau Che', awal2 lagi dah menjerit...tapi lain orang lain penerimaannya kan....

Satu lagi contoh, yang ni lagi teruk, duduk dengan mak bapak(sebelah pompuan)...tapi menantu lelaki tak kerja.  Bila isteri gi kerja, dia pun pakai smart mcm orang kerja gak, lepas hantar wife dia akan melepak dengan kawan2....anak2 maid yang jaga, lagi teruk wife tu di "kudakan" sbb terpaksa cari mkn, tanggung malu dengan parents, byar maid lagi...hish..kalau che'...lebih baik che' tak payah berlaki kalau mcm ni...nak buat mcmana?  anak dari 2 orang dah jadi 3 orang dah...bermakna dia happy dengan life yang mcm tu gak...

So...kesimpulannya...pada pandangan che' yang mengong & tak berapa cerdik ni lah...dalam keadaan TT yang mcm tu, husband TT ada jugak kelebihan nya nak menjaga anak di rumah, jadi TT tak perlu ambik maid atau hantar ke nursery...duit yang sepatutnya di bayar ke maid atau nursery tu blh di gunakan untuk keperluan anak2...Jangan lah berkira sangat, kesian kat husband tu...dah jiwa dia tak nak bekerja, TT paksa sbb tu jadi mcm tu..takut nanti bila dia runsing bercampur lak dengan kwn2, mcm2 yang akan dia dapat lak...eg:  hisap ganja lah, dadah lah...(nauzubillah)...

Bila dia dengan ikhlas hati nak jaga anak2 di rumah, TT berlapang dada je lah, sekurang2nya TT tak yah risau keselamatan anak2...tak payah lah TT terkejar2 nak hantar anak ke nursery, ambik anak sekolah, tu semua husband blh uruskan...peduli apa orang nak mengata,...yang penting TT sekeluarga happy.....

Che' memang tak bleh terima situasi mcm ni, che' pandai cakap je...he,he...
Iyalah...dengan bertukar2 pendapat mcm ni mana lah tau bleh terbukak minda TT kan...
Pernah Che' terbaca didalam majalah skrang ni ramai lelaki yang jadi full-time house husband...semua kerja rumah suami yang buat, isteri pergi kerja.  Sbb nak suruh isteri berhenti, gaji isteri lebih mahal dari suami kalau gitu, diorang berpakat bior husband yang uruskan rumah..bila isteri dah balik rumah, bila husband nak kuar sekali sekala jumpa kwn2 pun diorang no hal....yang penting sikap hormat menghormati tu mesti ada...& diorang happy dengan life diorang tu...

Apa kata TT cuba buat research sikit mcmana kehidupan kalau husband jadi fulltime house husband...& TT berlapang dada terima keadaan mcm tu...tangguh lah dulu nak mintak fasakh...jangan ikut panas hati kita je...tak semua yang kita nak dalam dunia ni, kita akan dapat, jadi kita kena pandai menyesuaikan diri & keadaan...Allah nak menduga kita!!!

Berdoa & berdoa semuga TT dapat jalan penyelesaian yang terbaik, bukan dengan penceraian...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2011 12:45 PM | Show all posts
cerita kita lebih kurang sama hubby keje tapi macam takda duit, anak 3, kawen dah 10 tahun.. dah ban ...
kakayau Post at 11-2-2011 12:37



    aku pernah jumpa sorang pompuan keja bank sampai malam nak ot punya pasal cari duit lebih,,,tapi suami dia tak keja,keta pon bini tanggung,rumah bini tanggung,,sampai spender suami dia pon bini dia tanggung..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 02:37 PM | Show all posts
those yg meroyan nk kawin, pls if u interested blh amik my husband as your husband. I dun mind p ...
BidadariAnggun Post at 11-2-2011 11:47



   

heheheheh
well said
classssssssssssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 03:03 PM | Show all posts
aku pelik la kenapa susah sgt nk dpt keje, keje jaga kaunter ikan kat tesco/giant pun aku OK je asal keje tp dia kata tu bkn taraf dia. so apa taraf dia yg ada kelulusan spm jek tu? jadik bos duduk opis mengarah ke?
BidadariAnggun Post at 11-2-2011 11:22


bukan taraf???
pada aku kerja mcm tu jauh lebih mulia dari nganggur harap bini tanggung.
adakah dia rasa taraf menganggur dan bini tanggung tinggi tarafnya???
something really wrong with his attitude....


sebiji mcm kes kawan aku...

everything semua dia yg tanggung, rumah, kereta, bil, makan minum, maid...
malah laki dia siap guna nama kawan aku ni tolong kawan beli kereta. Kawan dia x boleh buat loan, tapi guna nama wife dia.
Nasib baik la kawan laki yg guna nama dia tu masih bayar bulan2. Cuma tang kena saman tak bayar tu, nama kawan aku yg kantoi bila nak renew roadtax.

actually laki dia kerja bisnes sendiri tapi x pernah ada duit.
suruh kerja lain x mahu sbb alasan dia x suka kerja bawah org.
suruh kerja jual nasi lemak ke, jual cendol ke kawan aku sanggup keluar modal pun x mahu.

skrg dah cerai dah sbb kawan aku ni fail fasakh.
dia kata x sanggup nak tanggung lebih banyak dosa gaduh dgn laki dia, lebih baik dia cerai.
fail fasakh tu pun kawan aku habis duit ribu2 gak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 03:18 PM | Show all posts
just nak share...beruntung lagi la korang kan dapat peluang nak lari dari somi camni...
kisah benar of somebody....dia bukan main silat, lipat and kudakan wife die...semua orang temasuk adik beradik laki tu dah sound bini dia nie untuk tinggaalkan laki tue...tapi yang peliknya bini dia tak nak larik kena balun camna pun stil balik umah gak bila dah kena laung nama dia...anak ramai 4-5 orang nih...
yang tak beshnya diceritakan...time kawin dulu bini dia nie dah di bagi makan tu yg jadi sampai camtue sekali...pikir2 balik memang ada logiknya gak sebab bini dia nie kena tibai camna pun tetap ngan laki dia gak...ayoyo
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 04:59 PM | Show all posts
back to square 1...

tggjawab suami TETAP menjadi tggjawab suami..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 05:42 PM | Show all posts
aku tatau nak komen cemana gak
tapi..kalo aku bese2 ade masalah umahtangga,
kalo aku ngadu kat akak aku, mesti die kata.."ko mohon ngn tuhan"
doakan nak suruh lembutkn hati somi nak suruh ikot ckp kite utk
kebaikan umahtangga la...bkn lembut hati nak ajak g perabih duit soping.

sbb, kite tak daya nak ubah org, usaha terakhir, byk2 doa ngn tuhan,
dah kite berbuih mulut ckp pon tak jln jgk, so paling koman pon doa laa byk2..
dan sebelum buat keputusan besar aal2 fasakh ni pon,
pada saya laa..buat laa istikarah byk2 dulu,
mintak petunjuk dari tuhan. tapi kalo hati akak dah bulat nak mintak fasakh, teruskan je la.

tapi..kalo tgk kes akak ni kan,
pada saya la..saya rasa ala2 tak sanggup je nak tanggung org lelaki
yg sehat walafiat bagai n tanggung anak2 die lagi
walhal anak die, tanggungjawab die..wallahuallam la.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 05:47 PM | Show all posts
nak tanggung laki tak boleh
tapi tanggung bibik endon boleh pulak  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2011 05:51 PM | Show all posts
mak/pak suami cam mana tak pernah sound ke anak dia?
toncik Post at 11-2-2011 12:39



adik pompuan dia mewakili mak dia penah cakap kat aku, dia kan somi awak, tanggungjawab awak la. mak dgn abah dh tua apa yg blh nk bantu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2011 05:54 PM | Show all posts
Mcm ni TT...che' paham apa yang TT rasakan.  Pada TT tanggungjawab mencari nafkah adalah tanggungjaw ...
jazaa Post at 11-2-2011 12:41




dia jaga anak - fine. anak aku minum susu sejuk sbb bapaknya malas nak masak air.
dia bagi anak makan - maggi mee almost everyday. kalau masak nasi pun takat lauk telur goreng
dia hari2 antar anak ke sekolah - tp dia tak tau pun hari itu anak ada exam akhir tahun!
dia duduk rumah setiap hari - sampah selonggok depan mata pun dia tak perasan.
aku balik rumah jdk bibik, masak, kemas rumah, sidai baju, lipat baju, iron baju etc.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2011 05:57 PM | Show all posts
nak tanggung laki tak boleh
tapi tanggung bibik endon boleh pulak
ipin Post at 11-2-2011 17:47



refer post no 15 aku. baik aku tanggung bibik endon yg masak nasi tiap hari, siapkan baju kerja & sekolah, yg mop lantai 2x sehari, yang buat segala keje kat umah dan aku balik umah cuma berehat & spend masa dgn anak sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 06:00 PM | Show all posts
adik pompuan dia mewakili mak dia penah cakap kat aku, dia kan somi awak, tanggungjawab awak la.
BidadariAnggun Post at 11-2-2011 17:51



   nih stetmen ckp tak guna otak...sbb anak jantan dorang yg pangai cam musibat... maka anak org lain lak yg dipertanggungjawabkan tuk menanggung bewak idup...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2011 06:05 PM | Show all posts
back to square 1...

tggjawab suami TETAP menjadi tggjawab suami..
doodee Post at 11-2-2011 16:59



dan juga hak aku sbg isteri kena ambil kira jugak. selama ni aku x pernah ungkit apa2 tp bila aku mintak cerai & failkan fasakh tak semena dia kata aku manusia x kenang budi. apa sumbangan dia pd keluarga selama 10 thn kawin? utk aku cuma anak 3 org tu je, yg lain semua aku sediakan. aku nasihat, doa, sabar, ikut cakap org yg kata satu hr nnt dia akan berubah tp nampaknya aku dh sia2kan 6 thn hidup aku.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 06:05 PM | Show all posts
dia jaga anak - fine. anak aku minum susu sejuk sbb bapaknya malas nak masak air.
dia bagi ...
BidadariAnggun Post at 11-2-2011 17:54


He,he...mengamuk sungguh TT..  Tak pe TT, cuba bawak berbincang.  Ada yang dapat husband lebih teruk dari tu...
Kekadang kita rasa penceraian jalan terbaik, tapi TT kena tau dugaan yang nak di tempuh di depan tu pun lebih kurang hebatnya, atau mungkin lebih teruk lagi...

Apa2 pun, TT buat solat istikharah dulu, mintak petunjuk Allah yang mana terbaik untuk TT & keluarga TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2011 06:10 PM | Show all posts
nih stetmen ckp tak guna otak...sbb anak jantan dorang yg pangai cam musibat... maka anak o ...
Fantaghiro Post at 11-2-2011 18:00




ms mula2 suami aku x keje, bapak mertua aku pernah ty brp gaji aku. bila dia tau gaji aku brp dia kata cukup la nk tanggung keluarga. keluarga dia anggap siapa yg keje, dia yg tanggung keluarga tak kisah samada isteri atau suami yg keje. aku tak nak cerita psl keluarga dia sbb tiap kali kami bertengkar & aku sebut "family u", suami aku tak semena2 mengamuk gila dan kata aku hina keluarga dia padahal pd aku keluarga dia mak bapak adik beradik mcm x belajar agama, x tau tanggungjawab suami, isteri etc. walau parents dia tak titikberat agama patutnya suami sbg org dewasa patut belajar/tahu tanggungjawab sendiri. masa kursus kawin pun ada bg tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 1.200611 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list