View: 1608|Reply: 1
|
"Itu Hak Dia, Saya Tak Ambil Tahu," Aliff Syukri Tak Peduli Azwan Ali Nak Saman RM100 Juta
[Copy link]
|
|
Datuk Aliff Syukri kekal profesional dan tidak mahu ambil peduli walaupun dikhabarkan bakal berdepan saman berjumlah RM100 juta yang difailkan Azwan Ali.
Aliff berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab seperti yang diminta produser dan sudah meminta maaf sejurus program yang tular itu berlangsung.
Foto: IG
“Saya memang tak tahu apa-apa. Saman? Lantaklah. Saya sangat profesional. Saya juga ada pasukan peguam. Apa yang digembar-gemburkan adalah fitnah semata-mata. Sengaja kecoh untuk tambah panas.
“Dia memang suka kutuk orang dan saya okey sahaja. Cuma ketika rakaman, saya dimaklumkan dia memakai rambut palsu. Jadi saya tarik sahaja. Saya cuma ikut arahan yang diberikan produser.
“Saya sudah minta maaf, sama ada dia terima atau tidak saya tak tahu. Tak sangka pula tular dan menjadi kontroversi panas. Sebab itu saya tiada komen lanjut berkaitan saman menyaman ini,” katanya keapda Utusan.
Sebelum ini, tular dalam media sosial apabila sebuah video menunjukkan usahawan kosmetik itu dilihat menarik rambut serta mengheret Azwan sewaktu berada di atas pentas bagi menjayakan sebuah program di Singapura.
Aliff yang juga terkenal kerana pelbagai kontroversi sebelum ini menambah, Azwan mempunyai hak sekiranya mahu menfailkan saman terhadapnya dan dia juga sedia dengan tindakan balas.
“Itu hak dia, saya tak ambil tahu. Perkara ini biarlah team publisiti dan peguam saya uruskan. Ada yang cakap ini propa, saya juga tiada komen. Anda nilailah sendiri.
“Tetapi sebagai orang yang sudah tua, dia sepatutnya menghormati juga sesiapa yang masih muda. Tidak wajar dan tidak profesional tindakannya itu,” katanya. -CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh lah dua ekor ni bila nak mam _ _ s agaknye ye.. ekekekek |
|
|
|
|
|
|
| |
|