CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15441|Reply: 37

Pembunuhan oleh Adrian Lim di Singapura

[Copy link]
Post time 12-2-2011 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Salam all forrumers..ada sesapa tau x pasal pembunuhan dua orang kanak2 (seorang cina,dan seorang melayu) pada awal tahun 1980 an oleh Adrian Lim,isterinya Catherine Tan Mui Choo dan perempuan simpanan nya Hoe Kah Tong? Ketiga tiga pembunuh ni dah dikenakan hukuman gantung sampai mati pada 25 november 1988.

X silap aku,budak cina ni nama Agnes Ng Siew Heok,9 tahun..dan budak melayu tu lelaki nama dia Ghazali b Marzuki berumur 10 tahun..Mayat Agnes dijumpai dalam sebuah beg dia Toa Payoh, Lorong 7. Dia ditemui mati akibat kelemasan dan juga terdapat kemungkinan dia diliwat dan di dera secara seksual...

Mayat Ghazali pula di jumpai di bawah sebatang pokok..Pembedahan post mortem mendedahkan dia telah dilemaskan walapun ada tanda2 asphyxia di jumpai..terdapat juga tiga tanda terbakar pada belakang badannya.

Ada sesapa tau x kes ni?kalau ada sesapa yg tau leh la tambah2 info...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2011 08:15 PM | Show all posts
<-----------------Toa Payoh ritual murders
Adrian Lim



Born on 6 January 1942, Adrian Lim was the eldest son of a middle class family.[19] Described at the trial by his sister as a hot-tempered boy,[20] he dropped out of secondary school and worked a short stint as an informant for the Internal Security Department, joining the cable radio company Rediffusion Singapore in 1962. For three years, he installed and serviced Rediffusion sets as an electrician before being promoted to bill collector.[19] In April 1967, Lim married his childhood sweetheart with whom he had two children. He converted to Catholicism for his marriage.[21] Lim and his family lived in rented rooms until his 1970 purchase of a three-room flat—a seventh floor unit (unit number 467F) of Block 12, Toa Payoh.[21]
Lim started part-time practice as a spirit medium in 1973. He rented a room where he attended to the women—most of whom were bargirls, dance hostesses, and prostitutes—introduced to him by his landlord.[22][fn 3] Lim, who learned the trade from a bomoh called "Uncle Willie", prayed to gods of various religions despite his Catholic baptism. The Indian goddess Kali and "Phragann",[fn 4] which Lim described as a Siamese sex god,[24] were among the spiritual entities he called on in his rituals.[25] Lim deceived his clients with several confidence tricks; his most effective gimmick, known as the "needles and egg" trick, duped many to believe that he had supernatural abilities. After blackening needles with soot from a burning candle, Lim carefully inserted them into a raw egg and sealed the hole with powder. In his rituals, he passed the egg several times over his client while chanting and asked her to crack open the egg. Unaware that the egg had been tampered with, the client would be convinced by the sight of the black needles that evil spirits were harassing her.[26]Lim particularly preyed on gullible girls who had deep personal problems. He promised them that he could solve their woes and increase their beauty through a ritual massage. After Lim and his client had stripped, he would knead her body—including her genitals—with Phragann's idol and have sex with her.[27] Lim's treatments also included an electro-shock therapy based on that used on mental patients. After placing his client's feet in a tub of water and attaching wires to her temples, Lim passed electricity through her.[28] The shocks, he assured her, would cure headaches and drive away evil spirits

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 08:29 PM | Show all posts
Pembunuhan ritual Toa Payoh.

Pembunuhan ini berlaku di Singapura pada tahun 1981. Pada 25 Januari, mayat seorang budak perempuan berumur 9 tahun di jumpai dibuang berdekatan dengan lif di sebuah blok rumah pangsa di daerah Toa Payoh dan 2 minggu kemudian, mayat seorang budak lelaki berumur 10 tahun pula dijumpai mati berhampiran lokasi pertama.

Kanak kanak tadi dibunuh sebagai salah satu persembahan ritual berdarah kepada Tuhan Hindu, Kali. Pembunuhan tersebut dirancang oleh Adrian Lim, seorang pengamal perubatan alternatif yang telah menipu ramai wanita untuk mempercayai bahawa dia mempunyai kuasa luarbiasa. Mangsa mangsanya menawarkan duit dan perkhidmatan seks sebagai balasan dan pertukaran kepada penawar,kecantikan dan nasib baik yang diberi oleh Adrian Lim..

Dua wanita yang menjadik pembantu setianya; Tan Mui Choo adalah isterinya dan Hoe Kah Hong adalah "holy wife"nya. Apabila pihak polis menyiasat satu kes rogol yang dilaporkan oleh salah satu mangsa Lim, dia menjadi marah dan geram serta memutuskan untuk membunuh kanak kanak bagi menutup kes tersebut.

Bagi setiap upacara, Hoe akan mengumpan kanak kanak ke rumah flat Lim dan memberi dadah kepada kanak kanak tersebut dan dibunuh oleh mereka bertiga. Adrian Lim juga turut melakukan penderaan seksual kepada kanak kanak perempuan tersebut sebelum kanak kanak tadi mati. Ketiga tiga mereka telah ditangkap oleh polis setelah terdapat kesan darah yang membawa jejak ke rumah Lim.

Perbicaraan  tersebut telah berlaku selama 41 hari, kes kedua paling lama yg dibicarakan di Singapura pada waktu tersebut. Tiada siapa pun yang direkodkan mengaku bersalah. Mereka cuba membuktikan yang mereka sakit jiwa sewaktu pembunuhan tersebut berlaku..

nanti aku sambung balik..nk try letak gmbr dia kejap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 08:30 PM | Show all posts
Reply 2# bluezink


   aha,bluezink dah tepek pic dah..mekasih na ...nanti nk try carik gmbr sidekick dia plak..toche2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 08:35 PM | Show all posts


Uploaded with ImageShack.us

ni plak muka bini sah dia... Catherine Tan Mui Choo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 08:40 PM | Show all posts


Uploaded with ImageShack.us
ni plal pompuan simpanan dia...hehhehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-2-2011 08:47 PM | Show all posts


Uploaded with ImageShack.us

petikan akhbar mengenai pembunuhan kanak kanak tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 08:47 PM | Show all posts
Reply  bluezink


   aha,bluezink dah tepek pic dah..mekasih na ...nanti nk try carik g ...
tenderfly Post at 12-2-2011 20:30



same same
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2011 08:48 PM | Show all posts
cumey je budak budak ni ha..adoi...dengar kata si adrian lim ada ritual minum darah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 08:49 PM | Show all posts
Reply 7# bluezink


ada masa tambah la agik info...kekekkek,rerasa nk menaip pepanjang mlm ni lotih dah..esok plak gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 12:00 PM | Show all posts
cer citer cer citer.. mcm menarik je kesah ni.. thanks eh tt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 01:19 PM | Show all posts
sambungan
Info....
Jejak berdarah yang terdapat pada mayat Ghazali membawa penyiasatan polis kepada sebuah flat di blok 12, Toa Payoh Lorong 7, yang didiami oleh Adrian Lim, Catherine Tan Mui Choo dan Hoe Kah Hong. Flat tersebut mengandungi pelbagai barangan keagamaan yang pelik seperti crucifixes, dewa2 dalam agama Hindu dan Buddha yang berlumuran darah. Kehadiran kesan darah pada lantai dapur rumah tersebut telah membuatkan ketiga tiga mereka ditahan pihak polis untuk di soal siasat..

Adrian Lim, berumur 39 tahun dan tidak bekerja dan sering menyamar dan berlagak menjadi seorang pengantara yang mempunyai kuasa magic (bomoh kot) bagi menyembuhkan penyakit. Dia sering dirasuk, meggunakan suara yang berlainan dan bercakap pelbagai bahasa sewaktu merawat. Dia juga menggunakan tipu muslihat dan sering meyakinkan pelanggan pelanggannya untuk tidur bersama dengan menggunakan alasan "proses pembersihan" atau sekadar mengambil kesempatan terhadap katakutan dan rasa tidak selamat pelanggan mereka.

Dilahirkan pada 6 Januari 1942, Lim adalah anak sulung kepada 3 beradik, dan mendapatkan pendidikan di Sekolah Anglo Chinese dan kemudian berhenti pada peringkat menengah pertama. Dia memulakan kerjayanya sebagai informer bagi Internal Security Department untuk beberapa bulan dan kemudian bekerja dengan syarikat Rediffusion selama 14 tahun sebagai pengutip bil dan wireman. Dia mempunyai dua orang anak dari perkahwinan pertamanya dan diperkenalkan kepada seorang bomoh bernama "Uncle Willie" yang mengajarnya mengenai perbomohan.

Andrian Lim ditemukan dengan Catherine Tan Mui Choo pada 1974, apabila dia diperkenalkan oleh kawan kawan dari tempat kerjanya di kelab malam, bagi tujuan "rawatan". Lim kemudian telah berjaya menguasai Catherine sehingga Catherine menjadi seorang pelacur untuk menyaranya. Selepas bercerai dengan isteri pertamanya, Lim berkahwin dengan Catherine pada tahun 1977 tetapi masih tetap mempunyai beberapa orang lagi perempuan simpanan "holy wife" pada tahun tahun berikutnya..

Catherine Tan Mui Choo, 26 tahun adalah anak sulung dari 4 orang adik beradik. Dia belajar di beberapa buah sekolah termasuk CHIJ di Victoria Street, Macpherson Secondary School dan juga dihantar ke Marymount Vocational Centre. Akibat penyakit kemurungan yang di hadapi olehnya, dia tertawan dengan sikap ambil berat oleh Adrian Lim dan kemudian tinggal bersama Adrian meskipun Adriam tidak setia dan mempunyai pelbagai masalah.

Hoe Kah Hong dibawa oleh ibunya sendiri kepada Adrian Lim yang mahu dia dirawat kerana masalah panas baran dan sakit kepala yang berterusan. Hoe berumur 25 tahun dan dilahirkan pada 10 September 1955. Dia bekerja di Hewlett Packard. Hoe diakui sebagai kuasa Lim walaupun dia sendiri di dera melalui kejutan elektrik yang dilakukan oleh Lim kepada Tan dan Hoe. Lim meyakinkan kepada Hoe bahawa Benson Loh Ngak Hua (juga dikenali sebagai Ah Hua) telah mengenakan sihir kepada Hoe. Loh telah dibunuh pada satu sesi electrocution pada 7 Januari 1980, tetapi kematian nya telah di tulis sebagai kemalangan ,testimoni yang diberi oleh Hoe yang menyatakan bahawa suaminya mati terkena kejutan elektrik sewaktu ingin menyalakan suis kipas yang bermasalah..


adoi penat...kang aku sambung balik pasal trial dia plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 01:28 PM | Show all posts
[img]

Uploaded with ImageShack.us[/img]

umah si adrian lim
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 05:04 PM | Show all posts
Pernah dgr kisah ini semasa saya berumur 8 tahun dahulu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2011 10:55 AM | Show all posts
Reply 14# ex_klia

kekekek..x prasan pun pasal kes ni...pasal br umo setaun.. sedang berusaha mencarik info2 lain pasal kes ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 02:18 PM | Show all posts
ak pernah baca buku pasal pembunuhan nie..seriusly geli n rase cm seram gler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2011 02:21 PM | Show all posts
Reply  ex_klia

kekekek..x prasan pun pasal kes ni...pasal br umo setaun.. sedang berusaha menc ...
tenderfly Post at 15-2-2011 10:55


terjumpe buku pasal kes nie kt library..mmg cerita detail gak la..tajuk tak igt plak...huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2011 03:21 PM | Show all posts
Reply 17# mizsela


   wah ada buku eh mizsela..menarik betul..siap ada buku..cerita la apa yg mizsela teringat...sedang survey pasal citer derang gak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 08:23 PM | Show all posts
Justeru dari kes pembunuhan ini suatu masa dahulu sebahagian rakyat Singapura mengambil langkah yang berjaga2 termasuk melarang anak2 mereka untuk bermain di luar kawasan rumah pada lewat petang...Makcik aku yang citer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2011 10:01 PM | Show all posts
Reply 19# ex_klia

dalam kes ni la kan..dia cuma bunuh budak berdua ni je ke?or ada mangsa2 lain?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.099977 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list