CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3377|Reply: 0

Acosta juara dunia Moto2 di Sepang

[Copy link]
Post time 12-11-2023 03:12 PM | Show all posts |Read mode

Pelumba Red Bull KTM Ajo, Pedro Acosta dinobatkan juara dunia pada perlumbaan Moto2 Grand Prix Malaysia, di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON




SEPANG: Pelumba Sepanyol, Pedro Acosta dinobatkan selaku juara dunia Moto2 selepas muncul naib juara pada Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dekat sini, hari ini.

Mencatat masa 36 minit 11.506 saat (s), pelumba Red Bull KTM Ajo itu hanya perlu melengkapkan saingan di kedudukan empat terbaik untuk merangkul gelaran Moto2.


Pelumba Red Bull KTM Ajo, Pedro Acosta dinobatkan juara dunia bergambar bersama pasukannya.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Baharu berusia 19 tahun, Acosta kini mengumpul 320.5 mata keseluruhan dalam senarai pelumba Moto2 dan dia berjaya menjarakkan kedudukannya dengan kelebihan 77 mata di hadapan Tony Arbolino dari pasukan Elf Marc VDS Racing Team.

Rakan senegaranya, Arbolino mengutip 243.5 mata untuk menghuni kedudukan kedua dan dia tidak lagi mampu mengejar Acosta setelah sekadar melengkapkan aksi di tempat ke-10 (36:25.368s).

Sementara itu, pelumba remaja berusia 18 tahun, Fermin Aldeguer (Beta Tools SpeedUp) juga dari Sepanyol memenangi GP Malaysia dengan lakaran masa terpantas 36:04.378s.

Tempat ketiga menjadi milik, Marcos Ramirez dari pasukan OnlyFans American Racing setelah mencipta masa 36:13.936s.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/terkin ... ia-moto2-di-sepang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.070267 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list