CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2649|Reply: 0

600 PBBS bersedia hadapi banjir

[Copy link]
Post time 13-11-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

NOR HISHAM MOHAMMAD memeriksa perbarisan seramai 268 Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat.


BATU PAHAT: Kira-kira 600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS) di tiga universiti bersedia untuk digerakkan bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghadapi Monsun Timur Laut yang mungkin menyebabkan banjir ketika ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, kesemua pegawai tersebut merupakan penuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Walau bagaimanapun, PBBS ini perlu mendaftarkan diri di balai bomba yang berhampiran terlebih dahulu bagi membolehkan mereka menyertai anggota bomba yang bertugas pada musim monsun kali ini.

“Kita amat menggalakkan penyertaan mereka pada kali ini, selain dapat mempraktikkan ilmu kebombaan yang ada selain dapat mengisi penggiliran serta menambah bilangan anggota yang bertugas,” katanya selepas Majlis Pentauliahan PBBS UTHM di Dewan Sultan Ibrahim UTHM, di sini hari ini.

Menurut Nor Hisham, pihaknya sudah menyediakan 24,000 anggota terdiri daripada 14,500 pegawai dan anggota tetap, 2,000 anggota Bomba Bantuan dan kira-kira 8,000 anggota Bomba Sukarela selain 1,150 aset bagi menghadapi musim tengkujuh kali ini.

Bagi menambahkan lagi bilangan PBBS pada masa akan datang, pihaknya menyasarkan enam universiti menyertai program ‘Kor Siswa Bomba’ pada tahun 2025.

“UTHM merupakan universiti yang paling ramai melahirkan PBBS dan hingga kini seramai 268 berjaya menerima sijil tauliah dan bakinya daripada USIM dan UiTM.

“Selain berpeluang bertugas di balai bomba berhampiran, PBBS ini juga berpeluang bekerja di premis swasta melalui program Pengurus Keselamatan Kebakaran dan berdasarkan rekod sebanyak 8,000 premis didaftarkan dengan bomba,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... edia-hadapi-banjir/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 1.320424 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list