View: 1238|Reply: 0
|
Verstappen 'cemas' sebelum ungguli GP Las Vegas
[Copy link]
|
|
VERSTAPPEN meraikan kemenangannya. FOTO AFP
Las Vegas: Juara dunia, Max Verstappen meraih kemenangan ke-18 musim ini, mengatasi penalti lima saat untuk mendominasi Grand Prix (GP) Las Vegas, hari ini.
Charles Leclerc dari Ferrari memintas Sergio Perez dari Red Bull pada pusingan terakhir untuk meraih tempat kedua di hadapan pelumba Mexico itu manakala pemandu Perancis, Esteban Ocon dari Alpine menduduki tempat keempat.
Verstappen mengkritik GP Las Vegas apabila menyatakan 99 peratus adalah fokus untuk pertunjukan namun dia melintasi garisan penamat dengan berkata 'Viva Las Vegas' menerusi radio pasukannya.
"Dia menyukai perlumbaan seperti itu walaupun dikenakan penalti. Saya rasa dia sudah mengubah pandangannya mengenai Vegas," kata ketua pasukan Red Bull, Christian Horner.
Pemandu Belanda itu memenangi perlumbaan dengan kelebihan 2.070 saat (s) ke atas Leclerc tetapi terpaksa bekerja keras untuk meraih kemenangan.
"Ia adalah perlumbaan yang sukar. Pada satu ketika, saya membrek agak lewat dan kehabisan cengkaman sehingga agak tersasar.
"Stewards memberi saya penalti kerana insiden itu dan ia menyebabkan saya kembali di kedudukan belakang.
"Saya terpaksa memotong beberapa kereta dan muncul pula kereta keselamatan, jadi pada ketika itu banyak perkara yang berlaku," kata Verstappen.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ngguli-gp-las-vegas |
|
|
|
|
|
|
| |
|