CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10493|Reply: 0

Scheffler ungguli golf Cabaran Dunia

[Copy link]
Post time 4-12-2023 01:22 PM | Show all posts |Read mode

WOODS bergambar bersama Scheffler. -FOTO AFP

Miami: Pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler membenam 68 pukulan tanpa bogey untuk merangkul kemenangan dengan kelebihan tiga pukulan di golf Cabaran Dunia Hero di mana juara utama 15 kali Tiger Woods berkata dia dapat melangkah lebih jauh di kejohanan pertamanya sejak April.

Scheffler melakarkan empat birdie untuk empat bawah par 68 di padang golf Albany di Bahamas dengan jumlah keseluruhan 20 bawah par 268, menewaskan pemain Austria, Sepp Straka dengan tiga pukulan untuk membolehkannya menjulang trofi selepas tewas kepada kepada Viktor Hovland dua tahun lalu.

Kejohanan yang dianjurkan Woods itu, menyaksikan dia yang tidak bermain sejak pembedahan buku lali selepas penarikan diri di pusingan ketiga Masters, berkata dia "teruja" dengan bagaimana minggu itu berlalu selepas mendapat card pada pusingan akhir apabila melakar 72 pukulan untuk jumlah keseluruhan 288.​

Woods melakukan bogey berganda di lubang kedua dengan birdie di lubang ketiga, kelima dan keenam. Selepas bogey pada lubang kelapan dan 11 dia melakukan birdie pada lubang ke-14 dan 15 sebelum bogey pada lubang 16 yang menyebabkan dia berada di tempat ke-18 dari 20 peserta.



"Saya rasa saya sudah boleh melangkah jauh," kata Woods yang memaklumkan bahawa dia tidak lagi bermain dengan kesakitan akibat kecederaan kaki yang dialami dalam kemalangan kereta pada 2021 tetapi masih bertarung dengan sakit belakang yang kronik.

"Bermula dengan sedikit berkarat dan kemudian memperbaiki permainan itu ia menjadi sesuatu yang hebat dapat bermain dan bersaing semula - saya sudah lama tidak melakukan ini," katanya.

Selepas melengkapkan 72 lubang, Woods berkata dia menyasarkan untuk bermain satu kejohanan setiap bulan pada 2024 dan itu "nampak munasabah."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -golf-cabaran-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.071778 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list