CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4359|Reply: 6

ISN tetap bimbang keadaan Azizul

[Copy link]
Post time 22-2-2011 12:11 PM | Show all posts |Read mode
ISN tetap   bimbang


2011/02/22

‘Kita tak mahu  ada komplikasi jika Azizul   bergerak terlalu awal’

ANDAI berpandu kepada kata-kata Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, semalam kecederaan yang menimpa Azizulhasni Awang tetap membimbangkan.
   Ikon sukan negara itu diminta berehat lapan minggu sebelum bergerak semula kerana situasi itu - selepas pembedahan di Manchester, kelmarin - belum boleh dianggap selamat dan tidak mahu pulang secara tergesa-gesa ketika ini.

“Walaupun kayu kecil sekalipun, kesannya adalah besar. Kita tidak mahu ada komplikasi seperti jangkitan dan pendarahan berlebihan jika dia bergerak terlalu awal,” katanya mengenai Azizulhasni yang tertusuk serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter di betis kirinya selepas berlanggar dengan tiga pelumba lain dalam final acara keirin di Kejohanan Trek Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, Sabtu lalu.

  Nasihat itu tampak dikongsi bersama ketua jurulatih skuad trek negara, John Beasle yang tidak mahu jagoan didiknya itu terburu-buru kembali ke gelanggang, sebaliknya mahu memikirkan strategi membantu pemenang pingat emas Sukan Asia itu untuk layak ke Sukan Olimpik 2012.

  Ramlan menambah tusukan kayu itu sebenarnya agak berbahaya kerana permukaan kayu tidak licin dan koyakan yang terkena tidak kemas dan menyebabkan proses pemulihan dalaman tidak sekata. Beliau meminta Azizul tidak melakukan sebarang senaman dalam tempoh tiga minggu ini sambil pemantauan secara berperingkat akan dilakukan dalam tempoh masa enam minggu.

   Berdasarkan laporan awal yang diterimanya, Ramlan berkata Azizulhasni bernasib baik kerana tusukan kayu itu tidak mengenai otot mahu pun pembuluh darah yang mungkin menyebabkan kecederaan yang lebih parah.
  “Saya tidak pasti sama ada Azizulhasni akan terus ke Melbourne atau pulang ke tanah air selepas ini. Namun saya meminta pelumba itu tidak tergesa-gesa untuk pulang walaupun pembedahan berjaya dilakukan, dia kena berhati-hati kerana agak berbahaya jika perlu menaiki pesawat dalam tempoh masa yang panjang,” katanya.

   Katanya pegawai ISN, Kate Wallis akan memantau perkembangan Azizulhasni jika pelumba itu pulang ke Melbourne dan akan memaklumkan perkembangan dari masa ke semasa pelumba itu yang terpaksa melupakan aksi di Kejohanan Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda bulan depan.

  Walaupun terjatuh dengan serpihan kayu menembusi betisnya, Azizul terus bangun menamatkan perlumbaan untuk meraih pingat gangsa acara Keirin.

  Berbekal kedudukan itu dan mata dikumpul, Azizulhasni masih lagi berkedudukan sebagai pelumba nombor satu dalam acara Keirin dan yakin kedudukan itu akan dapat dikekalkan.






**besarnya sumbangan Azizulhasni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 08:00 PM | Show all posts
rasa terharu bila dia bangkit lepas tercedera..then menang gangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 03:34 PM | Show all posts
semangat waja! mcmnila jaguh yg kita mahukan.. pantang undur!!! hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 11:16 AM | Show all posts
go azizul
anak kelahiran kemaman tganu
org kpg aku tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2011 02:53 PM | Show all posts
mintak2 dia menang atlet terbaik tahun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 02:15 AM | Show all posts
semangat azizul patutnya ada pada setiap atlet negara.. tak mudah berputus asa..dan tak cepat berpuas hati...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2011 12:47 AM | Show all posts
aku ni boleh dikatakan rapat dgn azizul ni. dari apa yg aku kenal dia ni, memang dia seorang manusia yang jiwa cekal, semangat tinggi. Alhamdulillah aku tengok sembahyang pun dia tak tinggal. InsyaAllah mudah-mudahan Allah berkati perjuangan dia dan tak mustahil dia akan menang olimpik nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.079345 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list