CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10754|Reply: 9

[Tempatan] ‘PM bukan Melayu’ - Polis akan rakam kenyataan Lim Kit Siang

[Copy link]
Post time 11-12-2023 05:19 PM | Show all posts |Read mode
‘PM bukan Melayu’ - Polis akan rakam kenyataan Kit Siang

https://www.malaysiakini.com/news/689603

Diterbitkan:  Dec 11, 2023 11:20 AM⋅
Dikemaskini: 2:26 PM



Polis telah mengarahkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang untuk tampil untuk siasatan berhubung kenyataannya yang dikeluarkan di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu, yang menyebut “tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi perdana menteri”.

Menurut sumber DAP, Lim akan ke balai polis di SS2, Petaling Jaya untuk merakamkan kenyataannya pada pagi Rabu ini.

Namun, sumber berkenaan tidak dapat mengesahkan akta yang akan digunakan bagi menyiasat Lim, tetapi dia dipercaya Lim akan dituduh melakukan provokasi kerana bercakap tentang kemungkinan bukan Melayu menjadi perdana menteri Malaysia.

“Saya telah dituduh sebagai membuat provokasi apabila saya mengatakan yang Perlembagaan Malaysia memperuntukkan yang seorang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri.

“Tidak ada niat sebegini.

Perlembagaan Malaysia ini bukanlah satu dokumen yang bersifat provokatif, sebaliknya ia perlu menjadi asas kepada perpaduan Malaysia,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata bahawa dia semasa ceramahnya kepada pelajar Malaysia di Manchester mengambil maklum bahawa Amerika Syarikat mengambil masa 230 tahun sebelum seorang rakyat berkulit hitam (Barack Obama) diangkat menjadi presiden dan dia berharap bahawa tidak lama lagi seorang bukan Melayu pula menjadi perdana menteri.

Dalam kenyataannya, Lim berkata dia bersetuju bahawa buat masa ini, kenyataan bahawa seorang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri ini adalah satu “kenyataan fakta” dan bukanlah satu “kenyataan realiti”.

“Saya pernah dituduh sebagai kononnya ingin menjadi perdana menteri Malaysia. Perkara ini langsung tidak pernah terlintas dalam fikiran saya kerana dalam keadaan semasa, perkara ini tidak mungkin akan berlaku.

”Kita perlu berada dalam situasi di mana sejumlah besar rakyat Malaysia, sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, mengimpikan Impian Malaysia dan bukannya impian mono-etnik,” katanya.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, satu-satunya syarat untuk seseorang menjadi perdana menteri, seperti dalam Perkara 43(2)(a) ialah dia mesti merupakan  seorang ahli Parlimen, yang mengikut pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, mendapat sokongan majoriti.

Tiada kriteria lain yang ditetapkan untuk pelantikan ke jawatan eksekutif tertinggi itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rikishi Sunak tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila Pendatang harem pun bernafsu nak jadi piyem, nanti jadi la mcm bumi palestine.
Dah hilang negara nanti baru mengelupur nak nak ambil balik...patut jgn buka peluang langsung bangsa pemakan babi ni naik kalo nak teruskan hidup aman damai
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
3R lagi ke......
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 06:06 PM | Show all posts
Ya Allah! takutnya.  Betul ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Presiden MCA (dah lupa nama) pernah jadi PM bukan Melayu pertama Malaysia walaupun sekejap masa zaman UMNO lama dikuburkan dan diganti dengan UMNO (Baru).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2023 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gen PAP....faham2 ajelah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tang mana ada serombong asap tang situ bangsa yini ada. Dah alang-alang dapat power ekonomi. Apa salahnya kan jadi piyem. Nekad sepanjang depa idup. Tak kan tak tau. Jenis dibagi betis nak perut. Bak kata portugis ambik tanah rope belulang tapi dapat seluas belulang tu dihiris nipis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 11-12-2023 09:03 PM
kakikuDibibirmu replied at 11-12-2023 05:25 PM
Rikishi Sunak tersenyum sinis {:mlwa: ...


Senakkk terus family dapat tender carigali minyak. #pastisenak


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 09:47 PM | Show all posts
patut dia cakap, PM bukan melayu tapi Islam... nak tengok juga puak mana yang melatah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061130 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list