View: 3518|Reply: 13
|
50 Billion Planet di Bima Sakti..
[Copy link]
|
|
Saintis kesan 50 bilion planet
WASHINGTON 22 Feb. – Para saintis menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 50 bilion planet di dalam galaksi Bima Sakti dengan lebih kurang 500 juta daripadanya terletak di zon Goldilocks yang mempunyai iklim sesuai untuk hidupan.
Jumlah planet itu dikenal pasti melalui pemerhatian awal menggunakan teleskop Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) selama hampir dua tahun walaupun misi tersebut dijangka mengambil masa selama tiga tahun setengah dan mencecah kos sehingga $600 juta (RM1.86 bilion).
Ketua Sains Kepler, William Borucki berkata, kiraan oleh saintis itu dibuat berdasarkan jumlah planet yang ditemui pada tahun pertama untuk mencari satu bahagian kecil di langit, sebelum menganggarkan kewujudan planet berdasarkan bilangan bintang yang mempunyai planet.
Kepler mengesan planet ketika ia mengelilingi laluan antara Bumi dan bintang yang diorbitnya.
Sehingga kini, Kepler telah mengenal pasti 1,235 planet dengan 54 daripadanya berada dalam zon Goldilocks dan misi utamanya bukanlah untuk mengenal pasti planet mana mempunyai hidupan namun ia sekadar petunjuk kepada ahli astronomi mengenai planet yang berpotensi untuk hidupan.
Sementara itu, Borucki dan rakan saintis lain mengumumkan pihaknya telah mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami pada Sabtu lalu semasa persidangan tahunan Sains Lanjutan Persatuan Amerika di Washington.
“Itu adalah jumlah maksimum kerana bintang-bintang yang ditemui ini boleh mempunyai lebih daripada satu planet dan Kepler masih membuat pemerhatian terhadap planet yang jauh dari bintang, seperti Bumi,” kata Borucki.
Saintis mengambil masa bertahun-tahun bagi mengenal pasti terdapat 100 bilion bintang di dalam Bima Sakti namun pada tahun lepas di Yale, saintis mendapati jumlah tersebut menghampiri 300 bilion bintang.
Tambah Borucki, jumlah tersebut hanya melibatkan galaksi Bima Sakti sahaja dan terdapat 100 bilion galaksi.
“Pertambahan jumlah bintang yang ditemui menimbulkan persoalan adakah terdapat hidupan lain di alam semesta dan jawapannya tidak diketahui,” ujar Borucki. – Agensi
'lama tak dengar perkataan bima sakti'.. |
|
|
|
|
|
|
|
betapa besarnya kuasa Tuhan |
|
|
|
|
|
|
|
hebat...agaknya bila boleh kita sampai atau pergi melawat alam semesta ini?..teringin nak "jalan2" kat marikh jap..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
tak tercapai akal tu jerk yg mampu diungkapkan hehehe, |
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah |
|
|
|
|
|
|
|
wow...
sedangkan marikh tak terjajah...
nie kan pulak nak menjelajah ke setiap planet yang terdapat disetiap ceruk alam semestaaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
walau manusia sudah dapat teknologi warp pun, tak puas enjoy dgn gerak sana sini antara bintang, da qyamat da.
alam kita ni da tua da |
|
|
|
|
|
|
|
Saintis kesan 50 bilion planet
WASHINGTON 22 Feb. – Para saintis menganggarkan terdapat sekura ...
dzaraa Post at 23-2-2011 11:38
itu baru bima sakti, belum lagi galaksi lain
subhanallah... |
|
|
|
|
|
|
|
RINGKASAN BERITA
A. Apa yang ada dalam GALAKSI Bima Saki?
1. Sekurang-kurangnya 50 bilion planet
2. 500 juta daripadanya terletak di zon Goldilocks yang mempunyai iklim sesuai untuk hidupan.
3. Kepler mengesan planet ketika ia mengelilingi laluan antara Bumi dan bintang yang diorbitnya.
4. Sehingga kini, Kepler telah mengenal pasti 1,235 planet dengan 54 daripadanya berada dalam zon Goldilocks
5. Mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami
6. Saintis mengambil masa bertahun-tahun bagi mengenal pasti terdapat 100 bilion bintang di dalam Bima Sakti
7. Tahun lepas di Yale, saintis mendapati jumlah tersebut menghampiri 300 bilion bintang.
8. Jumlah di atas hanya melibatkan galaksi Bima Sakti sahaja
(Bima Sakti sahaja: Anggaran dan penjumpaan setakat ini: Planet 50 billion. Bintang 300 billion)
B. Berapa jumlah GALAKSI dalam alam yang luas ini?
1. Terdapat 100 bilion galaksi. - (Bima Sakti salah satu dari 100 billion ini.
C. Camtu berapa jumlah planet dan bintang seluruh alam ini?
(*Andaian secara purata semua GALAKSI sama saiznya - planet 100 billion x 50 billion, bintang 100 billion x 300 billion)
*Pada hakikatnya, size setiap GALAKSI adalah berbeza. Kiraan di atas untuk mudah kira. |
|
|
|
|
|
|
|
kalaulah boleh terbang di seluruh alam... |
|
|
|
|
|
|
|
tak terjangkau dek akal aku... |
|
|
|
|
|
|
|
berbillion2...wow... |
|
|
|
|
|
|
|
kata paling mudah sebanyak pasir di pantai |
|
|
|
|
|
|
| |
|