CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9698|Reply: 53

CERPEN - STAY WITH ME [TAMAT]

[Copy link]
Post time 15-12-2023 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by momey at 19-12-2023 01:56 PM

Assalammualaikum dan selamat petang semua.

Igt momey lagi dak? haha x igt pun xpa..

Last momey post cerpen tahun 2016. Kali ni ujg thn 2023, momey muncul kembali dengan cerpen baru yang santai-santai sahaja
Selamat membaca kwn2 semua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2023 02:03 PM | Show all posts
Hanan membayar roti yang dibelinya di kaunter lalu terus keluar meninggalkan Bazli yang masih memilih roti di dalam kedai tersebut. Bazli ternampak bayangan Hanan membuka pintu keluar lalu dengan pantas dia berlari anak turut keluar dengan pantas mendapatkan Hanan.

“Hanan!!”

Hanan dengan membawa 1 beg plastik roti berjalan menuju ke parking kereta di bahu jalan itu.

Bazli semakin laju menghampiri Hanan.

“Nape dengan you ni, sayang?” Bazli memaut lengan Hanan.

Hanan dengan muka tidak puas hatinya memandang tajam ke arah anak mata Bazli, kekasihnya.

“Wahh.. tengok I macam I ada ni buat salah besar je.” Sambung Bazli yang mula tidak puas hati dengan sikap Hanan.

“You tanya I kenapa I macam ni? Patut soalan tu, you tanya diri you sendiri!”

Hanan yang baru hendak membuka pintu kereta bahagian penumpang di halang Bazli.
Maghrib sedang berlabuh.

“Cuba cakap apa salah i?” Bazli yang bersih dari jambang dan misai itu melihat wajah Hanan yang berkaca mata itu.

Mereka bertentang mata.

“Siapa perempuan tu?”

Bazli membuntangkan matanya.

“Hah? Perempuan mana pula ni?”

“Jangan pura-pura boleh tak?!” Hanan meninggikan suaranya.

“You boleh tak jangan jerit-jerit macam ni? Boleh je cakap elok-elok kan?”

“Kalau dah boyfriend sendiri curang, masih lagi nak cakap baik-baik ke?”

“Curang? Curang apa pulak ni?!” Bazli pula yang meninggikan suaranya.

“Heh! Sudah lah you.”

Hanan membuka pintu bahagian penumpang lalu mengambil dua begnya yang berisi barang yang dibelinya pagi tadi lalu menutup pintu kembali.

“You nak ke mana pula ni?”

“I nak balik la.” Jawab Hanan yang langsung tidak memandang wajah kekasihnya.

Hanan berjalan sambil diikuti Bazli dari belakang.

“Kan I yang datang ambil you, biarlah I yang hantar you balik.”

“I boleh balik sendiri. You pergi je lah dengan girlfriend baru you tu.”

“Nanti dulu!!” Bazli merentap lengan kiri Hanan.

“You boleh tak jangan pegang I?!”

Orang awam yang lalu lalang di situ ada yang memerhati dan ada yang cuba curi-curi rekod untuk kepentingan diri sendiri.

“I masih nak tahu kenapa you tiba-tiba macam ni.”

Hannan geram. Dia meletakkan kesemua beg-beg yang di pegang ke lantai, lantas dia mengambil hanphone di dalam handbegnya.

“Siapa perempuan ni?”

Bazli melihat gambar perempuan yang ditunjukkan padanya itu. Ya, dia kenal! Jantungnya mula berdegup laju sambil otaknya ligat mengatur ayat.

“Tengok muka you macam ni pun I dah tahu you kenal perempuan ni kan? You ingat I tak ada kawan yang boleh jadi spy i?”

“Dia err..sepupu I laa..”

“Apa err..err?”

“Betul la!”

“Sampai hati you, kan?”

Hanan mengambil kembali kesemua begnya di lantai lalu berjalan menjauhi Bazli. Bazli terdiam dan hanya memandang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 02:07 PM | Show all posts
Sebaik sahaja Hanan masuk ke dalam rumah, dia terus merebahkan dirinya di atas sofa lalu memejam kuat matanya. Najah, rakan serumah sewanya itu perasan lalu mengambil segelas air kosong lalu diletakkan di atas meja kopi berhadapan Hanan.

“Kau ok tak ni, Hanan?” tanya Najah sambil mencari siaran drama pada waktu malam itu.

“Dia tak mengaku.” Jawab Hanan  sambil membuka matanya.

“Haha.. ada ke yang nak mengaku kalau dah kantoi? Nasib baik aku nampak, kalau tak, sampai bila-bila la kau kena tipu dengan dia.”

Hanan mengambil semua barangnya lalu terus bangun dan meniti anak tangga berjalan masuk ke dalam bilik. Najah hanya menggelengkan kepalanya.

Hanan membaling kesemua barangnya di atas katil lalu dia berjalan dan termenung di jendela mencari bulan.

“Bulan.. mana kau?”

Hanan mula sebak sambil menggenggam langsir di sebelahnya.

“Kenapa nasib aku macam ni? Tak pernah nak merasa bahagia.”

Tiba-tiba kelihatan kereta Honda milik Bazli muncul di pintu pagar rumahnya.

“Eh, buat apa dia datang malam-malam ni?”

Handphonenya berdering. Hanan dapat rasakan itu mesti panggilan dari Bazli. Hanan terus mencapai handphonenya di atas katil lalu melihat skrin handphonye. Hati perempuan, kalau kena cara, pasti lembut kembali.

“Hello, sayang..” ucap Bazli dengan lembut.

Hanan masih diam namun jauh di sudut hati masih ingin Bazli terus memujuk dirinya.

“Sayang..”

“Hmm..”

Bazli tersenyum kerana Hanan sudah memberi respon padanya.

“Turun sekejap sayang, datang dekat i. I ada dekat pintu pagar you ni.”

“Tak nak!”

“Jangan la macam ni, sayang. Please..”

“Malas!”

“Sayang… please..”rayu Bazli dengan bersungguh-sungguh.

Hanan mengeluh. Akhirnya dia mengalah lalu keluar dari biliknya dan menuju ke pintu pagar rumah. Najah yang perasan dari tadi hanya diamkan diri.

Bazli keluar dari kereta lalu tersenyum memandang Hanan. Dia kemudian mengambil sekuntum bunga ros di atas seat penumpang lalu dibawanya dan dihulur pada Hanan. Hanan berbunga namun dia juga ada hati dan perasaan yang masih kecewa dengan sikap Bazli.

“Untuk sayang..” Bazli menghulurkan bunga ros itu.

Hanan hanya diam membisu dan hanya memandang bunga ros yang masih dipegang Bazli itu.

“Sayang..”

“Kita pisah.”

“Ha?”

“Pergi la balik.”

“Jangan la macam ni, sayang..”

“Dia lagi layak untuk you.”

“Sayang..” Bazli membuka pintu pagar lalu terus memegang tangan Hanan.

“I perlukan you dalam hidup i. I sayang you.” Ucap Bazli sambil memandang anak mata Hanan.

Hanan diam.

“Maafkan i. Ya, I kenal dia tapi sebagai kawan. Tak lebih dari tu pun. Kenal pun sebab atas kawan. Kawan dia I kenal. Tapi I nak you tahu, you kekasih i. I hanya nak you seorang sahaja.”

“Kalau you tipu I macam mana?”

“I tak tipu you sayang. I sayang you, I cintakan you.”

Hanan membalas genggaman tangan Bazli lalu tersenyum. Bazli lega lalu membelai pipi Hanan.

“I minta maaf buat you kecewa dengan sikap I tu. I janji takkan buat you macam ni lagi,ok?”

“Janji?”

“Ya, sayang. I janji.”

“Nak bunga tu.” Ujar Hanan sambil menghulurkan tangannya.

Bazli tersenyum lalu menghulurkan bunga ros tersebut kepada Hanan sambil mengenyit sebelah matanya.

“Esok I datang ambil you then hantar pergi kerja ok?”

“Esok I pergi dengan Najah je lah.”

“No. I hantar you ok? Tunggu i.”

“Sure?”

Bazli mengangguk sambil mencuit hidung Hanan.

“I balik dulu la. Dah lewat ni. Esok pagi I datang awal.”

“Ok.”

“Bye, sayang..” Bazli cuba untuk mengucup mulut Hanan, namun Hanan menolak tubuh Bazli dengan manja.

“Orang nampak kang..”

“Owh, eh? Hihi..” Bazli sempat mencuit hidung Hanan sebelum berjalan masuk ke dalam keretanya.

Hanan membalas senyuman lalu melambai tangan pada Bazli lalu masuk ke dalam rumah. Dia tersenyum memandang Najah yang berpeluk tubuh memandangnya. Loya Najah dibuatnya!

“Mudah cair kau erk, Hanan?”

“Kesalahan pertama dia kan? Apa salah aku bagi dia peluang kedua?”

“Kalau dia dah buat, pasti akan buat lagi.”

“Kau pernah bercinta ke?”

“Wahh.. kau perli aku pula?”

“Bukan perli, masalahnya kita ni manusia biasa. Tetap akan buat kesilapan.” Jawab Hanan lalu meniti semula anak tangga masuk ke dalam biliknya.

Geram pula Najah dibuatnya! Dah tolong tetapi tidak dihargai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 02:08 PM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Seperti yang dijanjikan, Bazli datang menjemput Hanan pukul 7 pagi dengan membawa lagi sekuntum bunga ros.

“Ros lagi?”

Hanan menyambut bunga tersebut lalu dihidunya. Segar! Bazli membukakan pintu kereta untuk Hanan lalu Hanan tersenyum dan terus masuk ke dalam kereta tanpa berkata apa-apa.

Seperti biasa, Bazli akan menghantar Hanan ke tempat kerja yang tidak jauh dari tempat kerjanya juga. Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, Bazli tak melepaskan tangannya yang menggenggam mesra tangan Hanan itu.

Sebaik sampai di perkarangan lobi Pejabat Hanan, Bazli dengan selambanya mengucup pipi kanan Hanan. Dia berani kerana tingkap keretanya tinted gelap!

“Sayang, petang ni I macam tak boleh nak pick-up you tau sebab I nak kena ikut bos pergi meeting luar kawasan.” Ujar Bazli yang memakai kacamata hitam itu.

“Owh yeke?”

“Hati-hati balik nanti tau?”

Bazli menghulurkan beberapa keping duit berwarna ungu pada Hanan.

“Eh, banyak sangat ni.”

“Nanti lagi banyak I bagi pada you kalau projek I berjaya.”

“Projek? Projek apa pula?”

Bazli ketawa kecil lalu meramas tangan Hanan.

“Rindu..” Bazli memuncungkan mulutnya.

“Ngade! I masuk dalam dulu erk. Kang lambat pula.”

“Ok, sayang.”

“Love you.”

“Love u two, three, four..”

Hanan ketawa lalu mengucup tangan Bazli. Dia mengambil handbegnya lalu keluar dari kereta tersebut.

Dengan lenggang lenggok dia berjalan menuju ke lif kerana setiap hari kasut bertumit setinggi 4inci itu dipakainya waktu pergi kerja. Walaupun dia hanya kerani di pejabat tersebut, penampilan dijaga dengan rapi dan kemas!

Sebaik sahaja Bazli meninggalkan Hanan di pejabat, dia terus mencapai handfree lalu menghubungi Hasya. Hasya, kekasih gelap!

“Hai sayang.. I dah on the way pergi rumah you ni. Tungguuuu” ujar Bazli sambil tersenyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 02:16 PM | Show all posts
Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi..

Hanan agak tenang pada pagi tersebut kerana tiada mesyuarat yang perlu untuk diuruskan. Kalau tidak, dialah manusia paling kelam kabut kerana hendak menyediakan bilik mesyuarat, segala makan minum dan juga segala pernyediaan bagi memastikan mesyuarat tersebut berjalan dengan sempurna.

Hanan juga menjadi tumpuan beberapa orang staf lelaki di dalam pejabat tersebut namun tidak dilayan. Dia kalau bekerja, memang professional.

Jika menjadi tumpuan beberapa orang lelaki, sudah tentu ada staf perempuan yang tidak puas hati bukan? Sedangkan Hanan tidak pernah usik sesiapa malah dia bukan jenis peduli hal orang luar.

Gosipnya bersama Bazli pun kantoi disebabkan Bazli pernah menghantar bunga beserta kad terbuka dengan nama mereka berdua. Memang kecoh juga ketika itu di mana Hanan yang tidak pernah digosipkan dengan mana-mana lelaki terus menjadi bualan. Namun Hanan hanya diam dan meneruskan kerjanya seperti biasa. Dia memang tidak melayan gossip tersebut!

Hanan memang rajin orangnya. Suka membantu staf dan kadangkala dia pulang lewat menyiapkan kerja-kerja. Dia memang jenis tidak berkira dan juga pemurah dengan senyuman. Senyuman yang dapat menenangkan hati yang melihatnya.

Tetapi di sebalik semua itu, terdapat satu kisah yang tidak mungkin dia dapat lupakan! Dengan peristiwa itulah telah mengubah segalanya!

“Hanan!!” jerit Encik Emran, pegawainya.

Hanan yang termenung seketika tadi terus terjaga dari lamunan lalu berdiri mencari tuan punya suara tersebut.

“Mana dia?”

“Sini, Hanan!” Encik Emran yang berdiri di muka pintu pantry melambai tangannya.

“Owh.. jap!”

Hanan memakai kasutnya lalu berlari anak ke arah pantry. Kelihatan Raudhah dan Hamza sudah berada di dalam bilik pantry tersebut.

“Haha.. ada surprise untuk aku ke apa ni?” Hanan tersenyum sambil memandang Raudhah dan Hamza tengah makan sandwich di meja kecil itu.

“Banyak la kau surprise. Tapi surprise juga la.” Jawab Encik Emran yang perwatakannya agak lembut tetapi serius ketika bekerja.

“Ha? Surprise apa tu, Encik Emran? Nak sikit..” Hanan menghulurkan tangannya pada Raudhah apabila melihat Raudhah mengunyah kuih ketayap.

Raudhah mengambil seketul lalu dihulurkan pada Hanan.

“Aku dengar cerita, ada seorang pegawai baru akan datang menggantikan tempat Encik Yusuf tu.” Ujar Encik Emran lalu terus mengunyah karipap.

“Owh.. biasa lah tu. Datang dan pergi kan?” sampuk Hamza.

“Kan?” Hanan turut menyokong kata-kata Hamza.

“Ni bukan perkara biasa ni. Ni tersangat luar biasa.”

Terus semua mata memandang ke arah Encik Emran.

“Haha.. Encik Emran teruja ya? Boleh tak bawa bertenang? Kami pula yang tak tenteram ni haa..” Raudhah pula yang bersuara.

Encik Emran, Hanan, Raudhah dan Hamza adalah satu team. Team yang berbeza dengan Encik Yusuf namun masih di aras yang sama. Emran pernah juga la bergaduh mulut dengan Yusuf dahulu berkenaan kerja namun dapat diselesaikan dengan baik juga la akhirnya.

“Apa yang luar biasa tu?” tanya Hanan sambil melihat cermin lalu membetulkan tudung bawalnya.

“Dengar cerita pegawai yang akan ganti Yusuf tu segak orangnya. Tetapi duda!”

“Duda? Wow..” Raudhah dan Hamza mula teruja dan berbalas senyuman.

Hanan pula yang terdiam seketika.

“Kiranya duda hot la ye, Encik Emran? Abislaaa… mesti hari-hari ada je la yang hantar bunga dekat dia ye tak? Macam siapa tu, alaaa.. Encik Bakri sebelum ni hahaha jenuh melayan makcik-makcik meroyan.” Ujar Raudhah.

Hamza dan Encik Emran berbalas ketawa mengenangkan kisah lama manakala Hanan masih diam membisu dan termenung sendiri di hadapan cermin yang mengadap mukanya sendiri itu.

Encik Emran perasan. Dia berjalan lalu merapatkan dirinya di belakang Hanan.

“Hey perempuan!” teguran Encik Emran itu mengejutkan Hanan dari lamunan.

Hanan terus berpaling ke belakang mengadap bosnya itu.

“Nak pergi toilet jap.” Hanan terus berjalan keluar meninggalkan yang lainnya dengan keadaan terpinga-pinga.

“Apesal tu?” tanya Encik Emran pada Raudhah dan Hamza.

Masing-masing menggelengkan kepala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 02:47 PM | Show all posts
Pegawai baru yang dimaksudkan itu sudah hadir dan melaporkan diri dengan pegawai atasan. Masing-masing berdebar terutamanya dari bekas team Encik Yusuf yang sudah bersiap sedia dengan kehadiran bos baru mereka itu. Mereka mengharapkan bos baru mereka itu baik atau lebih baik dari Encik Yusuf.

Jam hampir menunjukkan pukul 10.00 pagi dan masing-masing sibuk menyiapkan tugasan yang telah di arahkan.

Hanan yang ketika itu sedang menyiapkan beberapa surat draf berasa tidak sedap hati. Kadang-kadang dia curi pandang juga ke dalam bilik Pegawai Atasan yang berdinding kaca itu. Apabila dia ternampak kelibat lelaki itu, terus dadanya berombak kencang.

“Aku kenal dia ke?”

Hanan bermain dengan perasaannya sendiri. Kemudian kedengaran bunyi pintu bilik Pegawai Atasan itu dibuka dan masing-masing terus mendiamkan diri dan fokus pada bilik pegawai tersebut.

Hanan bagaikan di panah petir. Perlahan-lahan dia berdiri mengadap lelaki tersebut. Kenangan 10 tahun lepas terus bermain di fikiran.

“Assalammualaikum dan Selamat pagi semua.” Ujar Dato Fahrin yang masih ‘smart’ dan kemas walaupun sudah berusia 50-an.

Sekarang semua mata tertumpu pada beliau.

“Seperti semua sedia maklum, Encik Yusuf kita telah berpindah keluar dan dinaikkan pangkat. So, saya perkenalkan Encik Mohamad Aidan bin Anuar sebagai pengganti kepada Encik Yusuf.”

“Assalammualaikum dan selamat pagi, semua. Saya Mohamad Aidan. Just call me Aidan.”

Kesemuanya teruja terutama staf perempuan yang mula tersenyum-senyum dan ada yang mengambil video dan gambar.

“Saya masih baru dalam bidang ni dan saya mohon tunjuk ajar dan kerjasama semua.” Sambung Aidan.

“Dah kahwin ke, encik?” tanya Halimah yang agak kepochi di dalam Pejabat tersebut sambil diusik staf yang lain.

“Saya pernah kahwin.”jawab Aidan yang lebih selesa berterus terang lalu terpandang seorang staf perempuan bangun lalu berlalu keluar dari situ.

“Hanan?”
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-12-2023 03:01 PM | Show all posts
Hanan termenung seketika di tangga belakang yang ada tingkap itu. Dia seperti tidak percaya apa yang dilihatnya tadi.

“Awak? Kenapa awak? Kenapa tiba-tiba awak muncul balik?” Hanan bermain dengan perasaannya.

“Hanan..”

Hanan terus berpaling ke belakang dan wajah Hamza di muka pintu itu tersenyum memandangnya.

“Kau apehal ni? Dari tadi aku perasan kau tiba-tiba berubah. Sekarang ni duduk sorang-sorang dekat belakang tangga ni.” Ujar Hamza lalu berjalan ke arah rakan sejawatnya itu.

“Aku ok je.” Hanan cuba senyum.

“Yeke? Kau sembunyikan sesuatu kan?”

“Mana ada. Ok je lah.”

Hanan dan Hamza bertentangan mata.

“Kalau ada apa-apa kau nak kongsi, aku ada tau.”

“Ok.” Hanan berbalas senyuman dengan Hamza.

“Eh, bos cari kau.”

“Nape?”

“Katanya kau fotostat tadi tak cukup lagi 1 salinan.”

“Owh..”

Hanan terus meniti anak tangga lalu berlari anak ke bilik pegawainya sambil diperhatikan Aidan dari dalam biliknya.


                      ******************************************

Jam 12.50 tengah hari..

Masing-masing mula berborak untuk keluar makan tengah hari dan berbual kosong tetapi bukan Hanan. Hanan masih sibuk menguruskan surat-surat bosnya untuk dibawa ke mesyuarat pada petang tersebut.

“Hanan,jom makan.” Ajak Raudhah sambil cuba memasukkan handphonenya di dalam handbeg.

“Aku lunch dengan Bazli.”

“Owh yeke? Ok lah macam tu. Kita orang gerak dulu erk?”

“Bye..” ujar Hanan sambil menaip surat.

Seorang demi seorang keluar dari Pejabat tersebut kecuali Aidan yang masih di dalam biliknya dan Hanan yang masih menyiapkan kerjanya.

Aidan tersenyum sendiri apabila melihat Hanan yang tengah berkerut muka menyiapkan kerja itu. Betullah sangkaan dia tadi. Memang sah itu Hanan!

“Hanan..”

Jauh di sudut hati, dia juga tidak sangka dapat bertemu kembali wanita yang pernah duduk di dalam hatinya itu.

Dia bangun lalu berjalan ke daun pintu. Dia perasan Hanan tengah memandangnya dan mereka bertentang mata seketika. Kemudian Hanan dengan cepat-cepat mencapai handphonenya lalu mula mendail nombor Bazli.

“Jawab laaa Bazli wey…” bisik hati Hanan dan dia perasan Aidan tengah berjalan perlahan-lahan ke arahnya.

“Hello sayang..”

“B, u dekat mana? Dah sampai bawah ke?”

“Ha? I ada cakap nak lunch dengan you ke pagi tadi?”

“Haa sudah.. abis aku! Apa aku nak buat ni?” bisik hati Hanan sambil mengemas mejanya dan mengambil handbegnya.

“Ermm.. tak apa lah. Apa-apa I call you ok?”

“Ok sayang.. sorry tau.”

“Eh, tak pe. Bye..”

“Bye..”

Hanan mematikan talian sambil berjalan menuju ke pintu lif.

“Hanan!”

Hanan yang menunggu pintu lif terbuka terus berdiri kaku. Turun naik nafasnya mengawal perasaan.

“Hanan, boleh awak pandang saya?” rayu Aidan dengan suaranya yang garau itu.

Perasaan rindu mula menyelubungi diri. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Dengan penuh kekuatan dia mengadap wajah yang pernah dia cintai itu.

Aidan dan Hanan bertentangan mata. Aidan tersenyum dan rasanya mahu memeluk semahu-mahunya wanita di hadapannya itu. Rindu!

“Awak masih ingat apa yang saya pernah cakap pada awak 10 tahun yang lalu?” tanya Aidan yang tingginya 178 cm itu berbanding Hanan yang hanya 155 cm.

Hanan mengangguk lemah.

“Apa yang awak ingat?”

“Awak pernah cakap, kalau ada jodoh pasti kita akan bertemu kembali.”

Aidan terus tersenyum dengan jawapan Hanan. Ditenungnya wajah Hanan yang masih comel seperti yang dia kenal dulu.

“So, kita ada jodoh la kan?” usik Aidan sambil berpeluk tubuh.

“Erm.. saya lapar ni. Saya nak pergi beli makanan jap.” Jawab Hanan sambil menekan kembali button lif.

“Nak ikut boleh?”

“Adoi dia niii..” bisik Hanan yang kalau boleh tak nak diusik Aidan seperti sebelum ini.

“Erm.. saya tapaukan untuk awak nak?”

“Saya nak ikut!” Aidan tersenyum. Suka dia dapat mengusik Hanan seperti dulu.

“Alaa tak manis la kalau orang nampak. Kan awak baru lagi dekat sini. Lepas tu keluar pula dengan saya.”

Aidan masih tersenyum memandang Hanan. Hanan tersipu malu.

“Bole tak jangan tengok saya dengan senyum-senyum macam tu. Malu la..”

“Malu? Malu bermakna awak masih rindu saya kan?”

“Ha?”

“Sebab awak terbayang kita yang dulu-dulu kan?”

“Ish awak ni. Saya gerak dulu la.”

Hanan terus menekan button lif dan pintu lif terbuka. Keluar dua orang staf dan pintu lif tertutup kembali. Manakala Aidan tersenyum sendiri dan kali ini mungkin peluang kedua untuknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 03:07 PM | Show all posts
Hanan seperti biasa, menguruskan bosnya dengan penuh rapi dan sempurna untuk mesyuarat pada petang itu.

“Ini fail dan beberapa dokumen yang perlu Encik Emran bawa.”

“Bagus! Jom ikut saya masuk meeting.”

“Saya?”

“Haha.. main-main je lah. Mana Hamza?”

Hamza selalu akan bersamanya jika Emran masuk ke mesyuarat.

“Dia gi toilet.”

“Pulak mamat ni, makan apa tadi dia tu?”

“Ntah.”

Emran memandang Hanan sambil tersenyum dan Hanan perasan.

“Nape Encik Emran pandang saya macam tu?”

“Ehem..”

“Ehem? Nape?”

“Tadi ada staf maklum dekat saya, kamu dan si pegawai baru tu berborak dekat lif.”

“Adoiii.. abis aku!” bisik hati Hanan.

“Borak ape?” sambung Emran sambil memerhatikan Hamza sedang berjalan ke arahnya sambil memegang beberapa folder.

“Borak kosong je, encik.”

“Yekeee???” perli Emran sambil mencuit pinggang Hamza.

“Apesal bos?”

“Ni kawan kita sorang ni dah dapat pancing bos baruuu” usik Emran.

“Ya Allah.. mana ada lah..”

“Bazli nak letak mana pula kan?”

“Eh, bos! Bos dah lambat kan?” dengan cepat Hanan ubah topik.

“Kau tak payah ubah topik erk! Lepas meeting nanti siap aku nak jumpa kau.”

Emran terus menarik tangan Hamza berjalan menuju ke pintu lif sambil diperhati Hanan dengan penuh senyuman. Semasa Hanan hendak berjalan ke mejanya, entah kenapa dia tergerak hendak memandang bilik Aidan maka terus dia terpandang Aidan yang sedang tersenyum memandangnya di muka pintu bilik itu.

Sama-sama mempunyai irama getaran jantung yang sama.

“Oh my.. senyuman tu la yang paling susah untuk aku lupakan.” Bisik hati Hanan lalu membalas senyuman Aidan lalu dia berjalan dan duduk di tempatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2023 03:19 PM | Show all posts
Hanan seperti biasa, menguruskan bosnya dengan penuh rapi dan sempurna untuk mesyuarat pada petang itu.

“Ini fail dan beberapa dokumen yang perlu Encik Emran bawa.”

“Bagus! Jom ikut saya masuk meeting.”

“Saya?”

“Haha.. main-main je lah. Mana Hamza?”

Hamza selalu akan bersamanya jika Emran masuk ke mesyuarat.

“Dia gi toilet.”

“Pulak mamat ni, makan apa tadi dia tu?”

“Ntah.”

Emran memandang Hanan sambil tersenyum dan Hanan perasan.

“Nape Encik Emran pandang saya macam tu?”

“Ehem..”

“Ehem? Nape?”

“Tadi ada staf maklum dekat saya, kamu dan si pegawai baru tu berborak dekat lif.”

“Adoiii.. abis aku!” bisik hati Hanan.

“Borak ape?” sambung Emran sambil memerhatikan Hamza sedang berjalan ke arahnya sambil memegang beberapa folder.

“Borak kosong je, encik.”

“Yekeee???” perli Emran sambil mencuit pinggang Hamza.

“Apesal bos?”

“Ni kawan kita sorang ni dah dapat pancing bos baruuu” usik Emran.

“Ya Allah.. mana ada lah..”

“Bazli nak letak mana pula kan?”

“Eh, bos! Bos dah lambat kan?” dengan cepat Hanan ubah topik.

“Kau tak payah ubah topik erk! Lepas meeting nanti siap aku nak jumpa kau.”

Emran terus menarik tangan Hamza berjalan menuju ke pintu lif sambil diperhati Hanan dengan penuh senyuman. Semasa Hanan hendak berjalan ke mejanya, entah kenapa dia tergerak hendak memandang bilik Aidan maka terus dia terpandang Aidan yang sedang tersenyum memandangnya di muka pintu bilik itu.

Sama-sama mempunyai irama getaran jantung yang sama.

“Oh my.. senyuman tu la yang paling susah untuk aku lupakan.” Bisik hati Hanan lalu membalas senyuman Aidan lalu dia berjalan dan duduk di tempatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 03:25 PM | Show all posts
10 tahun yang lalu..

Hanan dan Aidan duduk bersebelahan mengadap sungai yang mengalir dan terus mengalir itu. Hanan yang sudah bengkak matanya akibat menangis semalaman itu hampir putus asa dengan segala apa yang berlaku.

“Saya dah putus asa.”

“Sayang!”

“Saya dah penat la, awak. Saya dah tak sanggup.”

Hanan berdiri diikuti Aidan lalu dengan pantas Aidan memeluk erat isterinya itu. Di kucupnya ubun-ubun serentak dengan usapan di belakang tubuh Hanan.

“Saya sayang awak, Hanan.”

“Awak ingat saya tak sayang awak?”

Hanan dan Aidan bertentangan mata.

“Macam mana kalau kita hendak bersama kalau keluarga kita masih tidak restu? Saya dah tak sanggup nak hadap hari-hari dengan caci maki semua tu. Saya pun ada perasaan.”

“Saya faham..”

Perlahan-lahan Hanan menolak tubuh suaminya.

“Kita berpisah.” Hanan terpaksa.

“No, sayang! Please..”

“Itu je caranya untuk puaskan semua pihak.”

“Cinta kita macam mana?”

“Mungkin jodoh kita sampai di sini. Tak seperti impian kita.”jawab Hanan yang sudah penat dengan ujian itu.

Aidan terus meletakkan jari telunjuknya di bibir Hanan.

“Saya tak minta jadi macam ni. Awak cinta pertama saya dan awak juga cinta terakhir saya.”

Hanan sekali lagi mengalir airmata.

“Awak tiada pengganti, Hanan. Tiada yang setanding awak.” Sambung Aidan yang bersifat setia pada yang satu itu.


                ******************************************

Raudhah menghampiri Hanan lalu mengetuk mejanya.

“Haaa..”

Serentak dengan itu Hanan terkejut lalu tersedar dari lamunan.

“Kau ni kan, Raudhah. Terkejut tau tak?” Hanan memuncungkan mulutnya sambil menyusun fail-fail yang berselerak di atas mejanya itu.

Raudhah ketawa kecil lalu memegang bahu Hanan.

“Siapa yang buat sampai kau mengelamun jauh ni?” Raudhah tersenyum sinis lalu mengenyit matanya.

Hanan tersenyum lalu memandang Raudhah.

“Mulalah tu..”

Raudhah mendekatkan wajahnya dengan wajah Hanan.

“Kau kenal pegawai baru tu erk?” bisik Raudhah sambil tersenyum.

“Wow! Laju betul la berita tersebar. Padahal sembang dekat lif je pun.” Bisik hati Hanan lalu berdiri sambil memegang beberapa fail.

“Kau kenal dia kan?”

“Kalau aku kenal pun, tak ada pun masalah kan?” jawab Hanan sambil berjalan ke bilik fail sambil membawa beberapa fail dari atas mejanya tadi.

Raudhah mengikut Hanan dari belakang.

“How about Bazli?”

Hanan terdiam seketika lalu kembali menyusun fail-fail tersebut di dalam rak yang telah di sediakan di dalam bilik fail tersebut.

“Kau tak nak cerita apa-apa ke dekat aku?”

“Aku banyak kerja la.” Jawab Hanan lalu keluar kembali dari bilik fail dan berjalan ke mejanya semula.

Raudhah mengeluh lalu berjalan ke meja Hazim manakala Hanan kembali menyiapkan kerjanya sambil sesekali mencuri pandang ke arah bilik Aidan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 04:02 PM | Show all posts
Bazli menyelak selimut dengan keadaan kelam kabut mencari handphonenya yang tengah berdering itu

“You kenapa ni? You cari apa?” tanya Hasya terkejut sambil menggosok matanya.

“Handphone i..”

Deringan handphone Bazli masih berbunyi dan dia masih mencari handphonenya di dalam selimut.

“You ni..” gadis itu kembali menarik selimut lalu menutup tubuhnya.

Tiba-tiba Bazli terperasan handphonenya di meja sisi katil lalu dengan pantas dia mencapai handphone yang sudah berhenti deringan itu.

Kelihatan nama ‘my sayang’ terpapar di skrin handphonenya.

“Adoi..”

Kelam kabut Bazli mengenakan boxernya lalu berlari ke balkoni. Dia menghubungi Hanan semula sambil tenangkan hatinya dan berfikir untuk menipu untuk keberapa kali!

“Hello sayang..”

“Hai, B. Busy ke?”

“Ha? Aah.. ada keje sikit tadi.”

“Owh..”

“Sayang call kenapa ni?” Tanya Bazli sambil menolak Hasya yang tiba-tiba datang memeluknya dari belakang itu.

“Tak ada apa-apa. Just rasa macam tak sedap hati.”

“Tak sedap hati? Risau kan I ye?”

“Yela, mestilah risau.”

Gadis itu cuba menggoda Bazli dengan mengusik belakang badan Bazli dengan menggunakan bibirnya. Bazli kembali ghairah dan geram melihat Hasya yang berpakaian tidur itu.

“Sayang.. I ada kerja nak buat ni. Nanti I call balik ya..”

“Ok. U sayang i?”

“Mestilah sayang.”

Hanan tersenyum.

“Bye sayang.”

“Bye, B.”

Talian dimatikan. Bazli terus mendukung Hasya lalu masuk kembali ke dalam bilik dan sama-sama sambung melayari bahtera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 04:15 PM | Show all posts
Jam menunjukkan hampir pukul 6.30 petang..

Aidan memang sengaja balik lambat pada hari pertama dirinya berkhidmat di syarikat tersebut. Dalam pada masa yang sama, dia mengambil peluang untuk menemani Hanan. Dia melihat Hanan masih bertungkus lumus menyiapkan kerja. Pada waktu itu hanya tinggal tiga orang staf sahaja dan masing-masing semuanya telah bersiap untuk pulang.

Aidan mengemas biliknya sambil menunggu Hanan dengan memasang lagu cinta lama lewat tahun 90an.

Tok! Tok!

Aidan terkejut lalu membenarkan Syafiq, kerani bawahannya masuk ke dalam bilik.

“Encik Aidan, saya dah nak balik.”

“Ok. Tapi, siapa je yang ada dekat depan tu?”

“Yang ada Syafiqah dengan Hanan je.”

“Alright.”

Syafiq tersenyum langsung beredar. Aidan memandang Hanan melalui cermin dindingnya. Rindu!

Tiba-tiba dia nampak Hanan dan Syafiqa sama-sama bergelak ketawa sambil mengambil handbeg masing-masing dan mula berjalan menuju ke pintu lif. Dengan pantasnya Aidan pun mengambil beg sandangnya dan terus keluar bilik dan kunci!
Dia berlari anak menutup beberapa suis lampu dan dia sempat masuk ke dalam lif bersama Hanan dan Syafiqa.

“Eh, Encik Aidan ada lagi? Tak perasan pula saya tadi.” Tegur Syafiqa yang bertahi lalat di bibir.

“Itu la. Sibuk mengemas bilik tadi. Tiba-tiba terasa macam sunyi.” Jawab Aidan sambil tersenyum memandang Hanan.

Hanan perasan Aidan tengah memandang ke arahnya. Dia memang  memandang ke arah pintu lif sahaja. Sebaik pintu lif terbuka, Syafiqa terus memberi salam dan beredar ke pintu lobi manakala Hanan dan Aidan masih di dalam lif untuk turun ke basement.

Hanan dan Aidan masing-masing masih diam dan berdebar. Pintu lif terbuka dan Hanan dengan lajunya terus keluar ke tempat parking motor. Aidan mengikutnya dari belakang dan Hanan mula merasa rimas.

Dia terus menoleh kebelakang dan menghentikan langkahnya.

“Stop ikut saya boleh tak?”

“Ikut awak?”

“Yelah.”

“Motor saya dekat situ.”

Aidan menunjukkan ke arah parking motornya. Hanan terus menoleh ke belakang dan terus melihat hanya ada dua buah motor sahaja di situ.

“Owh, dia pun naik motor jugak ke?” bisik hati Hanan lalu kembali memandang Aidan yang sudah tersengih itu.

“Jom saya teman awak balik.” Ucap Aidan lalu berjalan ke arah motornya.

“Tapi saya dah biasa balik sendiri.”

“Kali ni biar saya teman erk?” Aidan menghidupkan motor TZMnya itu.

Hanan yang hanya menaiki scooter NVX berwarna Kuning pun turut menghidupkan enjin motornya.

“Pakai tali helmet tuu..”tegur Aidan sambil membetulkan jacketnya.

Hanan melihat cermin pandang belakang. Ya, betul kata Aidan itu.

“Orang tahu laa..”

Aidan ketawa kecil. Seronok sangat dia rasa pada hari tersebut kerana dapat bertemu kembali kekasih hatinya setelah sekian lama dimana dia juga berusaha mencari dan mencari. Dan akhirnya, doanya dikabulkan.

“Saya tak sabar nak dengar cerita dari awak.”ujar Aidan sambil menghidupkan enjin motornya.

“Cerita?”

“Ya. Nanti kita keluar lepak bersama boleh?”

“Err.. Tapi..”

“Bukan sekarang. Saya pun faham. Masing-masing masih terkejut kan?”

Hanan terdiam dan masih merenung wajah yang pernah tidur sekatil dengannya itu.

“Jom.”

“Awak balik la dulu.”

“Nape? Awak nak pergi mana?”

“Tak pe lah. Awak balik la dulu.”

“Tak, sekarang ni awak nak pergi mana?”

Macam tu la perangai Aidan. Memang tak pernah berubah. Selagi dia tak dapat jawapan, selagi itu lah dia akan tanya dan tanya.

“Nak pergi tapau makan.”

“Owh..” jauh di sudut hati Aidan, dia hendak tahu apa status Hanan ketika itu.

Adakah sudah menjadi isteri orang?

“Awak..” panggil Hanan yang perasan Aidan macam termenung memandang wajahnya.

“Ya?”

“Saya gerak dulu erk?”

“Saya follow awak dari belakang.”

“Jangan laaa..”

“Kenapa?”

“Erm..”

“Awak dah kahwin eh?”

Terus Hanan berdebar apabila terdengar soalan yang akhirnya keluar dari mulut bekas suaminya itu.

“Nak bagi tau sekarang ke? Cakap tadi nak keluar borak tempat lain kan?” Hanan sengaja mainkan perasaan bekas suaminya itu.

“Yelah. Hati-hati balik tu.” Aidan bertimbang rasa tidak mahu memaksa lagi.

Hanan mengangguk lalu terus bergerak meninggalkan basement tersebut. Aidan tersenyum sendirian dan mengharapkan yang terbaik setelah bertemu kembali dengan cinta hatinya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 04:16 PM | Show all posts
Jam menunjukkan hampir pukul 6.30 petang..

Aidan memang sengaja balik lambat pada hari pertama dirinya berkhidmat di syarikat tersebut. Dalam pada masa yang sama, dia mengambil peluang untuk menemani Hanan. Dia melihat Hanan masih bertungkus lumus menyiapkan kerja. Pada waktu itu hanya tinggal tiga orang staf sahaja dan masing-masing semuanya telah bersiap untuk pulang.

Aidan mengemas biliknya sambil menunggu Hanan dengan memasang lagu cinta lama lewat tahun 90an.

Tok! Tok!

Aidan terkejut lalu membenarkan Syafiq, kerani bawahannya masuk ke dalam bilik.

“Encik Aidan, saya dah nak balik.”

“Ok. Tapi, siapa je yang ada dekat depan tu?”

“Yang ada Syafiqah dengan Hanan je.”

“Alright.”

Syafiq tersenyum langsung beredar. Aidan memandang Hanan melalui cermin dindingnya. Rindu!

Tiba-tiba dia nampak Hanan dan Syafiqa sama-sama bergelak ketawa sambil mengambil handbeg masing-masing dan mula berjalan menuju ke pintu lif. Dengan pantasnya Aidan pun mengambil beg sandangnya dan terus keluar bilik dan kunci!
Dia berlari anak menutup beberapa suis lampu dan dia sempat masuk ke dalam lif bersama Hanan dan Syafiqa.

“Eh, Encik Aidan ada lagi? Tak perasan pula saya tadi.” Tegur Syafiqa yang bertahi lalat di bibir.

“Itu la. Sibuk mengemas bilik tadi. Tiba-tiba terasa macam sunyi.” Jawab Aidan sambil tersenyum memandang Hanan.

Hanan perasan Aidan tengah memandang ke arahnya. Dia memang  memandang ke arah pintu lif sahaja. Sebaik pintu lif terbuka, Syafiqa terus memberi salam dan beredar ke pintu lobi manakala Hanan dan Aidan masih di dalam lif untuk turun ke basement.

Hanan dan Aidan masing-masing masih diam dan berdebar. Pintu lif terbuka dan Hanan dengan lajunya terus keluar ke tempat parking motor. Aidan mengikutnya dari belakang dan Hanan mula merasa rimas.

Dia terus menoleh kebelakang dan menghentikan langkahnya.

“Stop ikut saya boleh tak?”

“Ikut awak?”

“Yelah.”

“Motor saya dekat situ.”

Aidan menunjukkan ke arah parking motornya. Hanan terus menoleh ke belakang dan terus melihat hanya ada dua buah motor sahaja di situ.

“Owh, dia pun naik motor jugak ke?” bisik hati Hanan lalu kembali memandang Aidan yang sudah tersengih itu.

“Jom saya teman awak balik.” Ucap Aidan lalu berjalan ke arah motornya.

“Tapi saya dah biasa balik sendiri.”

“Kali ni biar saya teman erk?” Aidan menghidupkan motor TZMnya itu.

Hanan yang hanya menaiki scooter NVX berwarna Kuning pun turut menghidupkan enjin motornya.

“Pakai tali helmet tuu..”tegur Aidan sambil membetulkan jacketnya.

Hanan melihat cermin pandang belakang. Ya, betul kata Aidan itu.

“Orang tahu laa..”

Aidan ketawa kecil. Seronok sangat dia rasa pada hari tersebut kerana dapat bertemu kembali kekasih hatinya setelah sekian lama dimana dia juga berusaha mencari dan mencari. Dan akhirnya, doanya dikabulkan.

“Saya tak sabar nak dengar cerita dari awak.”ujar Aidan sambil menghidupkan enjin motornya.

“Cerita?”

“Ya. Nanti kita keluar lepak bersama boleh?”

“Err.. Tapi..”

“Bukan sekarang. Saya pun faham. Masing-masing masih terkejut kan?”

Hanan terdiam dan masih merenung wajah yang pernah tidur sekatil dengannya itu.

“Jom.”

“Awak balik la dulu.”

“Nape? Awak nak pergi mana?”

“Tak pe lah. Awak balik la dulu.”

“Tak, sekarang ni awak nak pergi mana?”

Macam tu la perangai Aidan. Memang tak pernah berubah. Selagi dia tak dapat jawapan, selagi itu lah dia akan tanya dan tanya.

“Nak pergi tapau makan.”

“Owh..” jauh di sudut hati Aidan, dia hendak tahu apa status Hanan ketika itu.

Adakah sudah menjadi isteri orang?

“Awak..” panggil Hanan yang perasan Aidan macam termenung memandang wajahnya.

“Ya?”

“Saya gerak dulu erk?”

“Saya follow awak dari belakang.”

“Jangan laaa..”

“Kenapa?”

“Erm..”

“Awak dah kahwin eh?”

Terus Hanan berdebar apabila terdengar soalan yang akhirnya keluar dari mulut bekas suaminya itu.

“Nak bagi tau sekarang ke? Cakap tadi nak keluar borak tempat lain kan?” Hanan sengaja mainkan perasaan bekas suaminya itu.

“Yelah. Hati-hati balik tu.” Aidan bertimbang rasa tidak mahu memaksa lagi.

Hanan mengangguk lalu terus bergerak meninggalkan basement tersebut. Aidan tersenyum sendirian dan mengharapkan yang terbaik setelah bertemu kembali dengan cinta hatinya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 04:26 PM | Show all posts
nnti kita sambung lg ok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 05:31 PM | Show all posts
Bazli menghantar Hasya pulang ke rumah setelah semalaman tidur bersama. Kemudian dengan pantas dia mencapai handphonenya lalu menelefon Hanan dengan menggunakan earphone.

Panggilannya tidak berjawab.

“Amboi. Dah pandai tak jawab call ni. Selalunya sekali deringan dah jawab.”

Bazli cuba menelefon Hanan sekali lagi namun kali ini seperti Hanan tengah manjawab panggilan orang lain. Panggilannya tidak dapat tembus malah Hanan membiarkan sahaja deringan darinya tanpa mematikan talian yang tengah di layan Hanan itu.

“Tengah bersembang pulak dia..”

Marah, geram, cemburu!


                 ******************************************

Hanan menangis.

“Kau memang tak sayang mak kan?”

“Mak, tolong lah jangan paksa along macam ni. Along tak nak kahwin dengan anak pak cik Usop tu. Dah la tak kenal dia.”

“Dah bertahun dah, along. Kau tunggu apa lagi? Tunggu sampai mak mati ke?”

“Mak!”

Masing-masing terdiam seketika.

“Please, mak. Jangan la sampai macam ni. Biarlah Along yang tentukan sendiri siapa bakal suami along.”

“Masalahnya sampai bila?”

Hanan terdiam seketika dan tiba-tiba wajah Aidan muncul di fikirannya.

“Lepas dari kau berpisah dengan si Aidan tu, sampai sekarang langsung kau tak pernah bawa balik mana-mana lelaki untuk jadi menantu aku.”

“Mak yang kalut sangat untuk jodohkan Along kenapa? Along ok je la tanpa lelaki. Dah bertahun sendirian. Tak ada apa-apa masalah pun.”

“Mak nak kau kahwin juga.”

“Jangan paksa boleh tak, mak?”

“Aku dah penat la dengar mulut orang kampung sini. Seolah anak perempuan aku ni tak laku langsung!”

“Adoi, yang mak fikir sangat mulut orang dah kenapa? Mak tak kenal anak mak ni ke?”

“Mak dah penat la!”

“Tolong la, mak.”

“Dekat 9,10 tahun dah.”

“Ye.. tapi Along masih belum bersedia la mak.”

“Kalau macam tu, tunggu mak mati la erk?”

“Mak!”

Talian dimatikan. Hanan mengeluh lalu cuba menghubungi ibunya semula. Ibunya tidak menjawab. Sekali lagi dia hubungi dan panggilannya tetap tidak berjawab!

“Adoi.. kenapa ni, mak? Isu besar sangat ke aku tak kahwin?”

Hanan yang baru lepas solat isyak itu terus bangun melipat telekungnya lalu duduk berehat di atas katil kembali. Dia mengeluh sambil melihat handphonenya.

“Eh, B call?”

Hanan terkejut kerana terpapar panggilan tidak berjawab dari Bazli. Dengan pantas dia menghubungi Bazli kembali dan panggilannya di jawab.

“Tadi cakap call dengan siapa?” Bazli terus tanya dengan nada yang sangat tegas.

“Marah?”

“Dah tu? You cakap dengan siapa tadi?”

“Nak marah kenapa?”

“Dengan orang lain bukan main sembang punya la lama. Call I masuk boleh you buat tak tau erk?”

“I cakap dengan mak I laa..”

“Mak? Hahaha.. mak la sangat!”

“B, kenapa dengan you ni? Kenapa you tiba-tiba tak percayakan I?”

“You ada orang lain kan?”

“I ke you yang ada orang lain?!” Hanan pula yang membalas dengan nada geram.

Bazli terus terdiam.

“Tau pula you diam erk?” sambung Hanan lalu mengeluh sambil berjalan menghampiri jendela.

Bazli terus mematikan talian.

“Ha? Terus letak call je?”

Hanan terus membaling handphonenya ke atas katil lalu dia kembali duduk di atas katil.

“Ayah.. along rindu ayah. Ayah je yang faham perasaan along. Along nak ayah..” rayu Hanan sendirian lalu memeluk bantal.

Hanan memang sangat rapat dengan arwah ayahnya. Kalau kena marah dengan ibunya, ayahlah tempat dia sembunyikan diri dan mengadu. Namun semuanya berakhir setelah pemergian arwah ayahnya selepas seminggu dia bernikah dengan Aidan.

Memang ketika itu habis semuanya kacau bilau. Ibu Hanan, Makcik Eton mengatakan bahawa perkahwinan Hanan dengan Aidan itu tidak berkat dan membawa malang! Habis difitnahnya sehingga Hanan penat dan merayu kepada Aidan untuk berpisah. Dia pun tidak sanggup melihat Aidan dilayan sebegitu rupa.

Sedangkan Aidan adalah cinta pertamanya dan direstui arwah ayahnya. Aidan cuba mempertahankan perkahwinan mereka tetapi Hanan sudah putus asa untuk meneruskannya lagi. Lagipun dia sudah hilang insan yang menjadi tulang kuat buatnya. Langsung dengan hati yang luluh dan kecewa, dia terpaksa membuat keputusan untuk berpisah dengan suami tersayangnya itu.

Aidan akur namun janjinya tetap pada yang satu, iaitu hanya Hanan sahaja yang akan ada di dalam hatinya.

Tok! Tok!

“Hanan..” panggil Najah sambil mengetuk pintu.

Hanan terkejut lalu mengesat cepat airmatanya.

“Hanan, kau okey tak?”

“Ya. Aku okey.”

Najah kembali tenang. Kelam kabut dia berlari meniti anak tangga apabila terdengar bunyi yang pelik dari dalam bilik Hanan.

“Kalau kau perlukan aku, aku ada dekat bawah tau.” Ucap Najah lalu menuruni anak tangga kembali berehat di ruang tamu.

Hanan dengan perlahan-lahan bangun dan berdiri mengadap meja sisinya yang dia letakkan sekeping gambar di dalam frame. Ya, gambar dia bersama arwah ayahnya satu, dan satu lagi gambar dia bersama bekas suaminya, Aidan.

Dia berjalan lalu mengambil gambar dirinya bersama bekas suaminya itu. Ditatapnya gambar itu dengan penuh perasaan. Sungguh, dia juga tidak sangka dia akan kembali bertemu dengan bekas suaminya itu. Rindu! Tetapi tahun demi tahun hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana dia melawan perasaan rindunya itu untuk melupakan insan yang dia sayang. Semuanya demi keluarga, demi kepuasan orang.

Pon! Pon!

Hanan terus memandang ke arah jendela. Hatinya berdebar lantas terfikir akan Bazli. Dia berlari ke jendela lalu ternampak kereta Bazli sudah berada di pintu pagar rumahnya.

“Haihh..”

Hanan mengambil getah rambut lalu mengikatnya dengan kemas lalu keluar dari bilik.

“Hanan, boyfriend kau datang.” Ujar Najah yang baru sahaja hendak meniti anak tangga untuk maklumkan pada Hanan.

“Ye, aku tau. Dia ni kan suka sangat la kelam kabut datang. Pastu datang waktu malam. Kau ingat aku tak rimas ke?” balas Hanan lalu berjalan keluar dari rumah.

Bazli yang sudah berdiri di pagar rumah tersenyum memandang Hanan.

“Nape datang ni?” tanya Hanan yang sudah bengkak matanya.

“Sayang, you nangis?”

Hanan tidak jawab malah dia hanya memandang wajah Bazli yang masih kemas berkemeja.

“Buka pagar ni, sayang.”

“Nape?”

“Eh, dah tak boleh borak dekat-dekat dengan girlfriend sendiri dah ke?”

Hanan mengeluh lalu membuka pintu pagar yang sudah berkunci itu. Sebaik pintu pagar dibuka, Bazli terus memegang erat tangan Hanan.

“Miss you..”

Hanan hanya tersenyum tanpa sebarang kata balasan. Entah kenapa pada malam itu dia berasa lain sangat-sangat. Adakah semua ini berlaku kerana dia sudah bertemu dengan cinta hatinya kembali?

“Eh, jap.” Bazli berjalan ke keretanya lalu mengambil sekuntum bunga lalu dihulurkan pada Hanan.

Hanan tersenyum lalu menyambut bunga ros tersebut.

“Terima kasih.”

Bazli mula hairan dengan sikap Hanan pada malam itu. Selalunya kalau dia buat hal atau mereka berdua bergaduh, pasti Hanan akan bergaduh mulut dengannya dan Hanan tetap nak menang. Namun pada malam itu, hanya senyuman yang terukir di bibir Hanan.

“Kenapa dengan dia ni? Kantoi ke? Dia tahu ke aku tidur dengan Hasya siang hari tadi?” bisik hati Bazli.

“Dah lewat ni. Lagipun I berasa tak larat sangat, rasa macam nak tidur je.” Ujar Hanan sambil perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan Bazli.

“Sayang, pasal tadi tu I nak minta maaf. ” Bazli kembali menggenggam erat tangan Hanan.

“Yelah. B, I tak larat la. Nak tidur.”

Bazli mengeluh. Dia harap sangat Hanan bersikap begini bukan kerana rahsianya terbongkar. Perlahan-lahan dia melepaskan genggaman tangannya.

“Nanti kita borak erk. I masuk rumah dulu. You hati-hati drive balik.”

Bazli hanya tersenyum lalu berjalan ke keretanya dengan mata yang masih tertumpu pada Hanan. Hanan mengunci kembali pintu pagar.

“Goodnight.” Ucap Hanan sambil tersenyum lalu berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan Bazli sendirian.

Bazli pelik. Tersangat pelik dengan sikap Hanan.

“Mustahil la kantoi kan? Kalau kantoi, confirm perang dunia kedua dah.”

Bazli masuk ke dalam kereta lalu pergi sambil diperhatikan Hanan melalui tingkap biliknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 06:14 PM | Show all posts
Pada keesokkan paginya...

Jam 7.00 pagi

Hanan seperti biasa, sebelum memulakan perjalanan dia akan memastikan rumah berkunci kerana Najah selalu keluar rumah awal darinya.

Kemudian dia menghidupkan motornya lalu tersenyum sendirian. Mengharapkan pada hari tersebut bermula dengan baik dan juga berakhir dengan baik.

Baru sahaja Hanan hendak memulakan perjalanan, kelihatan sebuah motor yang dia kenal mendekati dirinya yang masih di pintu pagar itu. Sebaik visor helmet dibuka, Hanan terkejut langsung tersenyum.

“Eh, awak..”

“Jom.”

“Macam mana awak tahu rumah saya?”

“Tak payah tanya la soalan tu.”

“Kenapa tak boleh? Suka hati saya la nak tanya kan?”’

“Eh, suka hati saya juga la nak jawab apa pun kan?” balas Aidan yang bila tersenyum menampakkan lesung pipitnya walaupun ada jambang.

“Eee dia ni..” Hanan mencebik lalu menghidupkan enjin motornya.

“Nak tapau dulu atau terus gerak pegi ofis?” tanya Aidan sambil membetulkan jacketnya.

“Tak nak cakap!”

“Hahaha.. merajuk pula dia. Yelah, saya follow awak balik hari tu”

“Follow? Tak perasan pun.”

“Haha.. ok dah. Macam mana ni? Terus gerak masuk ofis?”

“Ingat nak tapau dulu. Hari ni tak masak.”

“Ok. Kalau macam tu saya ikut awak la pegi kedai yang awak selalu tapau tu. Saya ikut je.”

Hanan tersenyum apabila melihat gelagat Aidan yang kadang-kadang manja orangnya.

“Ok. Follow rapattttt!” ujar Hanan lalu terus bergerak diikuti Aidan dari belakang.
Bazli yang baru sampai itu ternampak Hanan sudah berlalu pergi dengan seorang lelaki yang dia tidak kenal!

“Patut laaaa…”

Bazli menggenggam stereng keretanya.


                         ******************************************

Di Pejabat..

Hanan diberi tugas untuk mengambil minit mesyuarat pada pagi tersebut. Kebetulan, Aidan juga masuk mesyuarat tersebut untuk memperkenalkan dirinya dan tugas-tugas yang akan dilaksanakan.

Sesekali Aidan dan Hanan bertentang mata dan berbalas senyuman di sebalik mask yang di pakai.

“Kau comel macam dulu juga Hanan. Aku suka sangat tengok mata kau. Cantik!” Aidan tersenyum sendirian sambil memandang Hanan yang tengah bertungkus lumus mencatat minit.

“Tapi, macam mana kalau hati kau sudah ditawan orang lain?”

“Encik Aidan?” panggil pengerusi lalu mengejutkan Aidan dari lamunan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2023 06:20 PM | Show all posts
Bazli menyandar tubuhnya di kereta sambil memandang Pejabat Hanan di hadapannya itu. Kemudian dia melihat jam di tangan yang menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Dia yang masih berkaca mata hitam itu cuba menghubungi Hanan buat kali kedua setelah panggilan pertamanya tadi tidak berjawab.

“Hello,B..”

“Hello, sayang.”

“Sorry, B. Busy sangat pagi ni.”

“Tak pe. Faham.”

“Ada apa, B?”

“Jom teman I lunch.”

“Lunch?” Hanan terus memandang jam di dinding hadapannya.

Dia mengeluh.

“B, I nak kena siapkan kerja la.”

“Kerja kalau buat sampai bila pun tak habis.” Bazli mula rasa kelainan pada teman wanitanya itu padahal sebelum ini Hanan pun sibuk juga. Tetapi ntah la, dia rasa Hanan macam dah berubah sedikit.

Hanan yang dari tadi sibuk menaip terus berhenti dan fokus pada berbualannya dengan Bazli.

“B..”

“Kalau busy tak pe lah.”

“B..”

Bazli terus menamatkan panggilannya sambil memandang bangunan yang gah dihadapannya itu. Dia mengeluh lalu membuka pintu kereta. Tiba-tiba Hanan menghubunginya kembali.

“Eh?” di dalam hatinya tersenyum sendirian.

Dia memang nakal tanpa pengetahuan Hanan tetapi sayangnya pada Hanan jauh lebih dari mana-mana perempuan yang pernah bersamanya.

“Hello..”

“B, B jangan la merajuk please..” Hanan memujuk sambil menaip di komputer menyiapkan kerjanya.

Bazli mengeluh.

“Pujuk pun macam tak ikhlas.”

Hanan pula yang mengeluh. Dia berhenti menaip lalu berjalan menuju ke pantry yang kosong itu.

“I busy tau tak? Sepatutnya you faham, bukannya nak merajuk macam ni.” Hanan masih cuba mengawal perasaan marahnya itu.

“I rindu you.”

Hanan terus terdiam. Entah kenapa hatinya sudah tidak teruja dengan kata-kata itu seperti sebelum ini.

“I rindu you sangat-sangat.”

“Hm.. oklah. Jap. I siapkan sikit lagi kerja I. Then I turun bawah. You dekat mana tu?”

“Dekat lobi you dah ni.”

“Owh. Ok. Jap erk?”

“Ok.” Bazli mematikan talian sambil tersenyum.


                       ******************************************

Hanan menyusun fail-fail di atas mejanya sambil memandang jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 1.15 petang. Pasti Bazli sudah lama menunggunya di lobi.

Sebaik sahaja Hanan berpaling untuk mengambil handbegnya, dia ternampak Aidan yang sedang menutup pintu bilik dan juga memandangnya dengan serentak.

Mereka berbalas senyuman.

“Keluar makan?” tanya Aidan sambil melipat lengan baju kemejanya itu.

“Aah..”

“Ok.”balas Aidan sambil tersenyum lalu berjalan menuju ke pantry manakala Hanan terus berjalan menuju ke pintu lif.

Namun disebalik bilik pantry, Aidan melihat Hanan dengan penuh pengharapan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 06:31 PM | Show all posts
Di dalam kereta..

Hanan memang tak banyak cakap terutama di kedai makan tadi. Memang dengan handphonenya membalas whatsup bos dan juga pegawainya. Bazli perasan lalu mengeluh dan terus merampas handphone teman wanitanya itu.

“B!” Hanan tertinggikan suaranya.

Bazli dengan geramnya terus berhenti kereta di bahu jalan.

“Kenapa dengan you ni?” tanya Bazli yang tidak puas hati itu.

“Kenapa apa?”

“Ni apa?! Handphone ni tak boleh simpan dulu ke kalau you dengan i?”

“I kan tengah reply whatsup pegawai I. Tak percaya tengok la.”

Bazli memang masih tidak puas hati.

“You tak pernah tau buat perangai macam ni sebelum ni. You tak pernah tinggikan suara, you tak pernah diam macam ni, you tak pernah sibukkan diri depan I.” Bazli membebel panjang.

Hanan memandang Bazli. Namun tiba-tiba wajah Aidan muncul di fikirannya. Sebenarnya Hanan sendiri pun perasan dia berubah setelah bertemu kembali dengan bekas suaminya itu.

“Apa salah I? Cuba you bagi tau I?” bukan main lagi si Bazli ni. Soalan seolah-olah dia tak pernah buat salah di belakang teman wanitanya itu.

Hanan malas nak melayan Bazli. Dia terus merebut handphonenya di tangan Bazli lalu disimpannya cepat di dalam handbeg.

“Nak balik. Petang ni ada meeting.” Ujar Hanan sambil memandang ke luar tingkap.

“You jangan macam-macam erk, Cik Hanan.”

“Macam-macam apanya?” Hanan terus memandang Bazli.

Mereka bertentang mata seketika.

“Hantar I dekat ofis boleh tak? I kena uruskan meeting petang ni, please..” Hanan merayu namun masih ada geram di hatinya.

Bazli diam. Ditukar gear langsung terus bergerak ke Pejabat Hanan kembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 06:48 PM | Show all posts
Hanan lega kerana dia dapat menyiapkan folder yang diminta pegawainya untuk di bawa ke mesyuarat pada petang itu.

“Beruntung aku dapat kau.” Puji Emran di depan yang lain.

Hanan hanya tersenyum lalu ternampak Aidan dari jauh yang turut tersenyum padanya.

“Kalau kau nak balik dulu, balik erk. Mesyuarat ni tak tau lagi abis pukul berapa. Takut lambat habis.”

“Baik, Encik Emran.”

Emran dan Hamza berjalan seiringan ke bilik mesyuarat. Hanan yang masih berdiri di tempatnya memandang ke arah pintu bilik Aidan. Ya, Aidan masih ada di situ memandangnya dengan penuh senyuman. Masing-masing bertentang mata dan terkenang kisah yang lalu ketika bersama menyulam kasih dan cinta.

“Hanan!” tegur Raudhah lalu menepuk manja bahu kawan sepejabatnya itu.

Hanan terkejut lantas memandang Raudhah yang tiba-tiba terpacak disisinya. Raudhah mengangkat keningnya sambil tersenyum.

“Apesal kau pandang dia?” Raudhah masih tersenyum dan cuba mengusik Hanan.

“Pandang? Mana ada.”

“Kau tak payah la nak pura-pura. Kau ingat aku tak perasan ke?”

Hanan malas nak layan. Dia mengambil cawannya disisi lalu berjalan ke pantry.
Raudhah yang masih tidak puas hati itu dengan pantas mengikut Hanan dari belakang.

“Hanan..”

“Kau kenapa ni?” tanya Hanan sambil lalu membasuh cawannya di sinki.

“Haha..aku tak puas hati la. Aku perasan tau kau dengan pegawai baru tu selalu sangat bertentang mata. Korang memang kenal satu sama lain sebenarnya kan?”

“Ya Allah kau ni haha..” Hanan cuba masukkan sesudu serbuk kopi lalu memandang Raudhah.

“Kalau aku ada apa-apa dengan dia pun, tak salah kan?” sambung Hanan lalu mengisi air panas sehingga penuh cawannya.

“Tak salah?”

“Yelah, dia duda kan?”

“Tapi kau ada Bazli. Kau lupa?”

Hanan yang tadi tengah mengacau air kopi panasnya itu terus mendiamkan diri. Bazli? Hmm..

Hanan tersenyum pada Raudhah lalu berjalan kembali ke mejanya.

“Kau ni kan Hanan, suka cerita tak habis. Haihh..”

Raudhah mencebik.


                          ******************************************

Sebelum pulang, Hanan memang akan memastikan meja kerjanya akan kemas tersusun rapi. Dia memang dari kecil sudah terbiasa dengan sikap sebegitu!

Hanan mengambil cawannya lalu di bawa ke pantry. Dibasuh hingga bersih sambil menyanyi lagu Ella, ‘Tinggal Tanda Tanya’. Sebaik sahaja dia memaling ke belakang, cawan yang dipegangnya hampir terlepas. Terkejut kerana Aidan berdiri terpacak sambil memandang ke arahnya.

“Encik Aidan. Ya Allah, terkejut saya.” Hanan cuba tenangkan dirinya.

“Sorry. Saya tak ada niat nak buat awak terkejut.”

Hanan mengeluh kecil lalu mengangguk. Dia cuba berjalan untuk keluar dari pantry itu, namun di halang Aidan. Dia memandang wajah Aidan.

“Saya nak balik ke meja saya.”

“Erm..”

“Ermm apa?”

“Balik awal boleh? Saya ingat nak ajak awak lepak jap.”

Hanan terkedu seketika dengan pelawaan Aidan itu.

“Boleh temankan saya petang ni?”

Bagaimana dia harus menolak sedangkan dia juga menunggu peluang ini.

“Okey.”

Aidan terus tersenyum lega.

“Thanks, Hanan.”

“Ya. Tapi bagi saya masa untuk berkemas. Pukul 5 terus saya tunggu dekat basement.”

“Ok.”

Mereka berbalas senyuman lalu Hanan terus berjalan ke mejanya dengan penuh gembira. Ya, dia juga rindu! Berpisah bukan kerana kehendak mereka tetapi sebab keluarga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2023 06:50 PM | Show all posts
nnti smbung lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.462839 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list