View: 38216|Reply: 71
|
Cerai Satu-Satunya Cara Selesaikan Masalah Rumah Tangga - Adira Suhami
[Copy link]
|
|
Penyanyi Adira Suhaimi menegaskan perpisahan merupakan satu-satunya jalan bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka.
Oleh itu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, nekad meneruskan penceraian dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu yang difailkan pada 25 Oktober lalu.
"Apa yang saya boleh cakap adalah semua ditentukan Allah. Tetapi apa yang saya nampak (ketika ini), itu (penceraian) sahaja jalan.
"Saya perlukan doa yang baik-baik. Setakat ini itu sahaja jalan yang saya nampak. Kehadapannya saya tidak tahu," katanya menerusi temu bual program Melodi pada Ahad.
Ditanya sama ada masih tinggal serumah dengan suami, Adira enggan memberi respon sebaliknya tidak pernah menghalang jika Adnan atau Datuk Red bertemu dengan anak-anak.
Kata Adira lagi, hubungannya dengan Adnan ketika ini juga dalam keadaan baik malah suaminya sering datang melawat anak-anak di rumah.
"Saya tak halang suami jumpa anak-anak sebab dia masih berstatus suami saya.
"Kami baik sahaja. Tak halang (Adnan) bertemu anak-anak. Dia selalu juga datang rumah," ujarnya.
Pada 4 Disember lalu, pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor bagi urusan lantikan wakil proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Adira menamakan kakaknya, Emma Suhaimi dalam proses itu manakala Adnan gagal menampilkan sebarang wakil.
Peguam mewakili Adnan iaitu Muhammad Akmal Amzan berkata, Adira memfailkan penceraian selepas tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinan mereka.
Muhammad Akmal Amzan bagaimanapun memberitahu anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan dibuat isteri keduanya itu dan ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.
Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama pada 1 April 2019.
Bagaimanapun penyanyi berasal dari Sabah itu menarik semula permohonan dibuat bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.
Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.
Manakala perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
CASH LA TU DULU BERIA NAK BERMADU |
|
|
|
|
|
|
|
Apa masalah dia ni...hari tu elok bercumbu dgn madu ..ingatkan bahagia benar hidupnya berpoligami..tiap rahun pulak beranak sampai 4 anak..nak bercerai2 pun bunting jugak...
Pelik2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Klo laki x function mmg cerai je la |
|
|
|
|
|
|
|
Wow ramainya anak laki dia.5+4+2=11 org.lakinya umur brp |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payahlah bash Adira. Org perempuan ramai yg faham kerenah lelaki ni. Dia dgn madu dah baik alhamdulillah. Bab beranak dalam bergaduh ni perkara biasalah. Lagipun suami isteri bukan dia buat anak dgn boyfriend atau laki orang. Dgn laki madu dia pun. Kadang org laki ni janji palsu selalu. Nak marah lebih dah jatuh dosa. |
|
|
|
|
|
|
|
So problem dia bkn dgn madu
Problem dia dgn laki
Dari 2019 takde perubahan kot, so bye2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tau tengok dia ni selalu buat aktiviti dengan anak ja. Video merepek2 dia pun dengan anak. Pastu ajak madu supaya hilang bosan kot. Laki mcm tak function. Baik tak berlaki kot dari urus semua sendiri. Itu perasaan dia kita tak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
11 anak tokred
Boleh buat team.bola |
|
|
|
|
|
|
|
Ot ya korang nk kecam, korg kecam aku dlm hati korang.
Anak dia sulung je yg comel.
Slain tu smua muka mcm sindrom down sikit.
Xtau la kot muka sabahan mmg mata sepet2 gitu.
Bye. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 17-12-2023 09:49 PM
Ot ya korang nk kecam, korg kecam aku dlm hati korang.
Anak dia sulung je yg comel.
Adira sendri rupa mcm tu. Dlm af dulu sllu nmpk muka dia mc ds. Sbb bentuk muka bulat kening plk gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 17-12-2023 09:54 PM
Adira sendri rupa mcm tu. Dlm af dulu sllu nmpk muka dia mc ds. Sbb bentuk muka bulat kening plk g ...
Haha. Kan. Skrg naseb drip bg puteh mcm myt je.
Sian kan.
Anak2 jd mcm ds cmtu.
Mmg anak2 dia xcomel pun
Wei bru tingat dulu dia sempat btunang dgn laki datin ameyra skrg.apa ke nama laki dia koser aku nk siasat sgt.
Cuma aku penah beli pencuci poen datin ameyra tu.
Rm30 btoi kecik
Best, foamy dan bau stoberi. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa maksud uolls laki dia tak function? Mmg semua Adira terkontang-kanting buat sorang2 ke? Sorry aku tak follow dia, malas juga nak menjenguk memebelek ig beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Si Adnan ni cuma buat bini2 kilang buat anak eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Tau jer lah berlaki nih. Awal2 mmg bahagia. Dah beranak pinak spak pun dah xder. Hubungan atas title jerlah. Tapi bertambah gak anak kannnn |
|
|
|
|
|
|
|
Ke tokred taklarat, tinred igs dulu tokred mengeluh menyesal tambah cawangan sbb dia penat ulang alik 2 rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by abadi84 at 17-12-2023 11:09 PM
Sebenarnya iolls kesian dgn Adira ni.
Nmpk sgt dia tersalah pilih.
Dia frust putus tunang terus terpedaya dgn mulut playboy tokred.
Adira ni bknlah kategori penyondol sbb dia tak der niat pun nak rosakkan rumahtangga tokred dan TinRed. Dia pandai bawa diri sbg second wife smpai TinRed pun dah tak kuasa nak marah Adira dah.
Tp itulah, tak worth it lsg sbnrnya life as 2nd wife ni. Terlalu byk pengorbanan dan makan hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu asal laki kaya onz jer...
now tersedar duit kepuk pun tak membahagiakan... |
|
|
|
|
|
|
|
hebat betul tokred ni 11 anaknya huhuhu..
kerja bisnes apa dia ni.. teringin nak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Adira ni kalu x gatal kawin awal..msti mendonia ikut jejak Dayang at least... |
|
|
|
|
|
|
| |
|