CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20495|Reply: 1

Misi ke Jepun jana potensi pelaburan RM29.6 bilion

[Copy link]
Post time 19-12-2023 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Misi ke Jepun jana potensi pelaburan RM29.6 bilion


FOTO ihsan Facebook Tengku Zafrul

Kuala Lumpur: Dua misi ke Jepun yang diadakan sejak Jun 2023 berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataannya hari ini berkata misi berkenaan juga menjana potensi pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM6.6 bilion dan eksport bernilai RM700 juta menerusi misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun baru-baru ini.

"Misi menerusi usaha agensi-agensi MITI, pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah diadakan serentak dengan Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun di sini dengan delegasi Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"MITI dan agensi-agensinya telah mengatur mesyuarat meja bulat antara Perdana Menteri dan 25 pemimpin industri Jepun selain mesyuarat berasingan dengan ROHM Wako, NEC Corporation dan Mitsui & Co Ltd," katanya.

Pada masa sama, Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut mengadakan pertemuan masing-masing dengan pihak Miyoshi Oil and Fat Co Ltd, Marubeni Corporation, Nichicon Corporation dan Itochu Corporation.

"Kebanyakan daripada pelaburan baharu ini adalah daripada sektor-sektor yang kita sasarkan, termasuk tenaga boleh baharu, elektrikal dan elektronik, bahan kimia dan ekonomi digital yang seiring dengan misi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dan hasil yang diharapkan.

"Kita berjaya menarik pelaburan yang akan menyokong misi untuk menggunapakai teknologi dan pendigitalan bagi memacu inovasi, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan peluang baharu pertumbuhan ekonomi serta penyahkarbonan bagi sektor pembuatan," kata Tengku Zafrul.

Beliau turut berkongsi tekad MITI untuk memastikan kesemua pelaburan terbabit dalam direalisasikan secepat mungkin bagi menyuntik lebih banyak peluang bagi perusahaan kecil dan sederhana serta pekerjaan dengan gaji lebih tinggi bagi rakyat negara ini.

"Bagi tujuan itu, pelbagai kelulusan pelaburan baik di peringkat persekutuan dan negeri, telah dipercepatkan melalui Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Pelaburan dan Perdagangan (ITACC) dan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaburan (ICCM)," kata Tengku Zafrul.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... aburan-rm296-bilion

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2023 07:11 PM | Show all posts
terbaik, semoga dengan investasi jepun boleh membuka banyak lapangan pekerjaan dan boleh sokong small bisness  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057170 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list