CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14962|Reply: 4

"Kami Orang Ipoh Tiada Rasis, Kami Mahu Keadilan Buat Zaharif,"- Arun Banggakan Kaum India

[Copy link]
Post time 20-12-2023 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Kami mahukan keadilan (untuk) budak kecil (remaja) berusia 17 tahun. Kami orang Ipoh tiada rasis (dan) kami semua abang adik di sini," coret seorang lelaki India dikenali sebagai Arun di akaun TikToknya.


Dia yang turut hadir di Mahkamah Ipoh, Perak ketika seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang pelajar.


Video itu dikongsikan di akaun @arunipoh dan meraih 2.6 juta tontonan, 245,300 tanda suka dan 12,600 komen dengan rata-rata netizen bersetuju dengan pendirian lelaki berkenaan serta menyifatkan seluruh rakyat negara ini bersatu hati mahu keadilan sewajarnya diberikan kepada mangsa.






Terdahulu, kisah tragis menimpa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang meninggal dunia selepas dilanggar dan diseret sebuah kereta dipandu pegawai polis terbabit berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, Ipoh di Perak meruntun hati dan hangat diperkatakan seluruh rakyat Malaysia.


Arun berkata, kematian remaja lelaki itu perlu mendapatkan pembelaan sewajarnya dan menyifatkan kejadian seumpama itu tak sepatutnya berlaku apatah lagi mangsa masih remaja.







"Kami orang Ipoh tiada rasis (tetap ambil perhatian dan mahu keadilan untuk Muhammad Zaharif Affendi)..jangan buat macam ini.


"Di Ipoh, Perak tolong jangan macam ini, kami semua abang adik di sini (seperti keluarga) walaupun bangsa lain (tetapi) kami tidak akan lepas (tutup mata) siapa salah kami akan tanya (menuntut keadilan sewajarnya)," katanya dalam video itu.


Sementara itu, pengguna TikTok Idz Mazli bersetuju dengan pendirian Arun dan mengakui masyarakat di Ipoh tidak memandang kepada perkauman.


Chee Chain Sugu menulis tindakan Arun membanggakan kaum India dan mengakui kejadian menimpa remaja itu adalah isu nasional dan semua perlu bersatu supaya mangsa mendapat keadilan.


Sofiah Samad berkata, "Tak kiralah bangsa apa pun cara kematian (mangsa) memang tidak boleh diterima semua pihak,"


Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan komen Arun mengenai sokongannya itu gagal mendapat maklum balas.


Sebelum ini, kejadian menimpa pelajar yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi turut tular di media sosial.


Kejadian pada 12.30 tengah hari Jumaat lalu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada bahagian dada dan abdomen.


Pada hari yang sama, pegawai kanan polis yang bertugas di Kedah itu ditahan pihak berkuasa sebelum didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Isnin lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Anee ni pun nak limelight..abis laa ko poliss.. tak berbaloi sggh ko lenyek bdk tuu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 20-12-2023 08:57 PM
Anee ni pun nak limelight..abis laa ko poliss.. tak berbaloi sggh ko lenyek bdk tuu

Tapi kaum dia pun ramai gak  kes mati dlm tahanan polis.kdg2 habis mcm tu je.sentimen police brutality mungkin bukan kaum
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.089635 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list