View: 21686|Reply: 6
|
[Tempatan]
'Post-mortem' PN kalah kali ketiga
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 30-9-2024 08:26 AM
MAHKOTA
PRK Mahkota semalam saksikan BN menang besar. Lebih 20 ribu undi majoriti berbanding 5k sebelum ini. PN hanya dapat 7k yakni hanya 20% dari undi keseluruhan. Suatu kekalahan yang menyedihkan. Cuma nasib baik tak hilang deposit saja (bawah 12.5%). Kalau tak, mungkin akan lama masuk gua.
Mahkota ini negeri Presiden Bersatu. Namun dari awal sudah haru biru. Parti bersekutu PAS seperti menjauhi. Langsung tak nampak tolong berkempen. Dalam Parti sendiri pun berpecah. Nampak hanya satu kartel yang berhempas pulas, belah satu lagi tunggu dan lihat saja.
Yelah, pemilihan parti nak bermula. Kalau Pengarah Pilihanraya Mahkota kalah memalukan, tersungkur lah dia masa pemilihan. Sesetengah geng politik ini sebab kuasa, kawan sendiri pun depa makan.
BN Johor boleh lah mengepak sekarang. Nampaknya orang Selatan tak makan umpan perkauman. Tambah mereka dapat MB muda, perform pula. Calon BN Mahkota pun lebih kurang sama. Muda belia, fasih pelbagai bahasa termasuk bahasa Cina, senyum sokmo jumpa pengundi. Walau kena serang peribadi.
Nampak sangat pengundi pun dah bosan dengan politik benci. Apa yang mereka nak tengok ialah prestasi.
*************
Sikit lagi ada la geng wala parti troll. Katanya, dulu benci UMNO sekarang puji pula. Set2 taksub parti ni tak nampak lagi rupanya.
UMNO yang dibenci GAP dulu sudah pecah dua. Satu kekal bersama UMNO, bekas Presiden nya sudah masuk penjara. Satu set lagi segala warlords UMNO buka parti baru. DNA tetap sama juga la.
Bermewah2 tunjuk harta, projek menara pun disapunya. Set muda pula lebih kurang sama. Didakwa ada rasuah dan salah guna kuasa.
Perangai tetap sama. Duit rakyat dibuat macam duit sendiri. Projek Kerajaan diseleweng masuk akaun parti. Diakui oleh Presiden sendiri.
Patutlah masa PRU hari tu sakan berjoli. Beratus juta disakau. Yang buat orang lagi marah, ia jadi modal politik perkauman di Tiktok. Sampai 13 Mei pun diungkitnya.
Parti lebai pun terkait sama. Rasuah dibayar untuk undi. Dah sama macam cerita UMNO yang mereka benci.
Satu set lagi, geng UMNO dinosaur yang mulakan semua ini. Billionaire pendiam, bekas Bendahari UMNO yang telah didakwa dan anak2 bekas PM yang masih gagal declare harta. At the end, kita nampak politikus Melayu ni lebih kurang sama. Sebab kuasa, rasuah dan sakau bukan terhad kepada satu parti saja.
Pengundi sudah sedar, perlu memilih lesser evil untuk negara. Tiada parti yang boleh claim mereka suci belaka. Hatta parti yang claim mereka pemegang kunci syurga.
UMNO has redeemed itself. Ia kembali mendapat kepercayaan, sudah mula kembali jadi parti “mahkota” penduduk majoriti.
Parti lain kalau silap langkah, mungkin gigit jari. Kalau tiada pengganti PMX selepas 2 penggal, besar kemungkinan BN akan kembali dapat Perdana Menteri.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
https://x.com/liyana_marzuki/status/1840188229565526047?s=61
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang patut buat post mortem ni, mestilah doktor kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nurdianah at 29-9-2024 01:08 PM
Propa je, kata nye ada kejutan besar.. kejutan hampir hilang deposit!!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
org Johor tak minat negeri dia jadi cam ala ala Kelantan la
next PRU kalu PAS jadi gomen pusat .... Johor nak merdeka ke tak ? .... just tanya |
|
|
|
|
|
|
|
sapa suh main isu 3r api2kan rakyat igt org johor bingai ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|