CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10441|Reply: 4

[Tempatan] Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi

[Copy link]
Post time 23-9-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, seorang perunding hartanah memberi kenyataan balas berhubung pandangan pelakon, Diana Danielle yang memaklumkan harga rumah di Malaysia agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.



Menerusi hantaran yang dikongsikan di platform Thread, perunding hartanah yang dikenali sebagai Nur Fathya meluahkan rasa kurang setuju dengan pandangan aktres itu. Menurutnya, meskipun rumah tersebut bersaiz kecil tetapi nilainya akan meningkat dari tahun ke tahun.

Saya nak tambah sikit rumah besar kotak kasut, tapi harga separuh juta pada tahun 2024. Boleh awak bayangkan lepas tahun 2030? Besar kotak tisu tapi harga dah juta? Possiblity it will happen. Sebab apa? Saya bagi contoh lah.

Dulu nilai RM50 besar kan. Boleh beli macam-macam tapi sekarang RM50 boleh beli satu-dua benda saja.

Jelas individu ini lagi, rumah adalah tempat tinggal dan ia merupakan keperluan asas yang perlu bagi setiap manusia. Malah, rumah juga adalah satu aset dan pelaburan jangka masa panjang.

Rumah ni, keperluan asas. Tak beli, kena sewa. Jadi awak nak tunggu harga rumah macam mana dan berapa tahun lagi untuk beli?

Emas dan rumah adalah aset dan ianya berbeza dengan liabiliti. Aset ni beli hari ini, untung kemudian. Liabiliti beli hari ini tapi esok nak jual hargda dah jatuh. Makin lama makin tak ada nilai kereta tu tapi rumah makin lama, makin naik nilai.

Tambahnya lagi, pemilihan lokasi adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.

Maaf Diana Danielle, berpelajaran tidak semestinya awak pakar dalam sesuatu bidang. Saya tak setuju dengan kenyataan awak.

Terdahulu, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu memberitahu bahawa dia tidak bercadang untuk membeli rumah kerana saiznya yang kecil dan mahal malah bimbang akan berdepan kesukaran untuk menjualnya kelak.

Diana kemudian memberitahu dia lebih memilih untuk melabur dengan membeli emas berbanding rumah.

Sumber: Platform Thread Nurfathya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
In denial. Memang betol pun. Rumah saiz jamban diraja tapi harga setengah juta. Gila. Tak berbaloi. Perunding tu tak cerita plak hidden problem rumah tu bila dah bertahun2 duduk. Nak maintain tu mahal. Lama2 ko akan rasa terbeban. Kalau mampu buat loan 300-400k saya cadang lebih baik beli tanah 1-2 ekar pinggir bandar.
Biar lama2 harga rumah tu turun sesuai untuk golongan marhaen gaji bawah 5k.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la, rumah kotak kasut tak sesuai utk famili. Mungkin utk disewa tambah portfilio ok lah. KL bukan Hong Kong/Spore dek tak cukup tanah.  Berlambak choices.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
iols notice property agent skrg ni tumbuh bak cendawan ya..pakat nampak komisen boleh kaya cepat ke camne ..dulu trend ejen takaful
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pocongkiutss at 23-9-2024 01:46 AM

Tp DD lg ngok..bukan ke acik porum ada ckp dia penah menyewa kat seri pilmoor..paling cikai sewa mau 7-8k..kalau tgk kt iProperty yg for rent tu 15k ..lagi bazir kalau mampu beli tp xmau beli

Kalau marhaen beli jela umah 2000sqft teres pun leh hidup..ni kalau taste tak menahan nk duk banglo 3 tgkt prime area mcm DD ni..cermin2 la diri tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.373296 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list