CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15498|Reply: 9

Penyanyi Maut Ditikam Di Klang- Suspek Sudah 2 Tahun Kejar Cinta, Cemburu Mangsa Kongsi Foto Teman Lelaki

[Copy link]
Post time 20-12-2023 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Identiti mayat seorang wanita yang ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau oleh seorang lelaki di parkir sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi 5, Klang pada Selasa telah pun dikenal pasti.


Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, wanita berkenaan dikenali sebagai Xu Jia Ling merupakan seorang penyanyi tempatan.


Memetik laporan China Press, hasil siasatan mendapati penyanyi berusia 26 tahun itu ditikam oleh lelaki yang mengejar cintanya sejak dua tahun lalu.




Foto: mStar




Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan kerana cemburu selepas mangsa berkongsi foto bersama teman lelaki di media sosial pada Ahad lalu.


Menurut fakta kes, kejadian tersebut difahamkan berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari ketika mangsa berjumpa dengan suspek di restoran sebelum ditikam berdekatan kenderaan selepas mereka selesai makan tengah hari.


Malah suspek juga membawa pulang mayat mangsa ke rumahnya dan cuba menyedarkan mangsa namun tidak berjaya.
"ada 4.20 petang, suspek ditangkap sepasukan polis dari Cawangan D9, IPD Klang Selatan.


"emeriksaan lanjut mendapati wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir," katanya.


Polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Hasil bedah bedah siasat juga menunjukkan terhadap mangsa mendapati banyak kesan tikaman pada bahagian depan dan belakang badan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 04:48 PM | Show all posts
iols baca news cina kata sheols ada anak baru 3 tahun. kesiannya. dah nak kawen dgn bf jan 2024.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam kes adik dj era sabah yg kena tikam di mall hari tu..cinta tak dibalas..heran jugak jalan pemikiran manusia ni kan..kalau org sudah tak hingin, ko move on jer lah..ramai lagi pompan kat luar sana la tak perlu sampai bunuh org..sama mental dgn pulis yg takleh tahan dgr bunyi bising ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsuka, dh nk kawen jantan lain, tp masih layan p lunch.
Dont string a man along lei.
U never knw when u gonna meet saiko.
Nah gmbo amoi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:48 PM | Show all posts
Pengajarannya, jgn sesekali layan org yg obsess ni... Sekali dilayan, dia ingat obsess dia tu ada respon... Org obsess ni pemikirannya unpredictable...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:49 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 20-12-2023 08:48 AM
iols baca news cina kata sheols ada anak baru 3 tahun. kesiannya. dah nak kawen dgn bf jan 2024.

Anak dia tu nanti JKM bela ke ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2023 08:10 AM | Show all posts
gigahertz replied at 20-12-2023 11:49 AM
Anak dia tu nanti JKM bela ke ?

tu iols x sure. tp bf nya ada lg kan? bf lah kot jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 10:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 02:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.052664 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list