CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20959|Reply: 91

Ibu Dah Macam Housekeeping! Kenalan Dan Saudara Mara Selalu Bermalam Di Rumah, Anak Syak Sebenarnya Nak Menginap Free Di Langkawi

[Copy link]
Post time 20-12-2023 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Seorang individu terpanggil untuk berkongsi pandangannya berkaitan hal ini berdasarkan pengalaman sendiri, agar dapat menjadi teladan kepada orang lain.


Menurut individu berkenaan, dia dan keluarga pernah menetap di Pulau Langkawi suatu ketika dahulu dan rumahnya selalu menjadi 'sasaran' oleh kenalan keluarganya untuk menumpang ketika bercuti di pulau peranginan itu.


"Boleh kata ada saja kenalan abah atau mama yang datang singgah bercuti di sana, akan stay dekat rumah. Ada yang berbondong-bondong bawak member lain yang kitaorang tak kenal pun, menumpang sama.




Gambar Hiasan




"Siap ada yang recommend 'hang kalau boleh pi Langkawi, hang contact kawan aku ni. Boleh duduk rumah dia'. Tu dia... Dia dah menumpang free, dia recommend pula kenalan dia yang tak kita tak kenal suruh stay rumah kita. Kau ingat rumah tumpangan tak berbayar?


"Orang dulu-dulu mungkin tak kisah. Tapi tengok mama aku penat nak kemas rumah, nak jamu juadah bagai... Kalah housekeeping.


"Dulu masa kecil tak berapa faham lagi, dah besar ni makin faham. Rasa macam orang ambil kesempatan," kongsinya.


Tambahnya lagi, tidak salah untuk menumpang sekiranya ada saudara mara atau kenalan terdekat yang ikhlas melayan, namun mereka tidak sewajarnya melupakan adab sebagai tetamu.


"Tapi dah menumpang janganlah pula buat rumah orang macam hotel. Nak keluar jalan-jalan, tunggu orang jamu breakfast la, tunggu orang buatkan air la.


"Tempat tidur pula biar bersepah. Balik tengah malam 2-3 pagi tuan rumah dah tidur nak kena tunggu buka pintu, bangun pagi pukul 11 hingga 12 tengah hari, tuan rumah pun sakit mata tengok rumah berselerak.


"Takda housekeeping atau waiter yang boleh kemas barang-barang korang tu ye," ujarnya.


Dia berpendapat, setiap orang perlu mengubah pemikiran seiring dengan peredaran zaman lebih-lebih lagi ketika ini sudah banyak jenis penginapan dan kemudahan yang boleh ditempah mengikut bajet masing-masing.


"Dah nak penghujung 2023. Ubah-ubah la mindset tu. Tak kira la awak sesiapa pun, kalau nak bercuti pastikan duit simpanan cukup sepenuhnya.


"Sekarang zaman teknologi internet di hujung jari. Nak cari info apa-apa tekan saja phone tu. Semua ada. Hotel, chalet, homestay banyak yang tumbuh sekarang. Dah tak tahu atau tak pasti nak cari mana, barulah tanya orang lain.


"Maaf ya bukan kita tak raikan sunnah Nabi, tak raikan tetamu. Tapi kalau diri kita saja asyik nak terkena dengan jenis macam ni, silakan terus melayan kalau sanggup.


"Saya tak sanggup, nanti tak ikhlas jadi berdosa. Baik saya elak awal-awal," akhirinya.


Posting individu berkenaan meraih sehingga 866 shares di Facebook, malah rata-ratanya turut bersetuju dengan pandangan yang disuarakan.


"Kalau travel memang tak nak susahkan adik-beradik dan rakan-rakan, kena faham situasi mereka. Lagipun kita nak kena jaga aurat dengan ipar duai. Sebab tu saya selesa check-in hotel.


"Setuju sangat-sangat, sebab dah rasa orang buat rumah kita macam hotel, bersepah-sepah dengan toilet dan bilik air pun sampai kotor... tersumbat barang yang tak sepatutnya.


"Aku paling tak suka duduk rumah orang. Risau menyusahkan tuan rumah dan kami memang takkan roger kawan-kawan dekat tempat kami holiday melainkan hanya jumpa di luar atau singgah sekejap je rumah dia," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke orang jenis tak reti malu nak menumpang rumah orang ni? Kalau airbnb tu lain la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 20-12-2023 05:57 PM
Ada ke orang jenis tak reti malu nak menumpang rumah orang ni? Kalau airbnb tu lain la.

Ada je. Rumah arwah bpk aku dlo gini la. Ntah sapa2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 20-12-2023 05:57 PM
Ada ke orang jenis tak reti malu nak menumpang rumah orang ni? Kalau airbnb tu lain la.

Ada.... Kwn opis laki aku... Dia ckp ngn laki ak klu nk g penang bg tau la dia.. Dia ada pak sedara blh tumpang tdo.. Klu g pahang blh tumpang umah mk dia.. Mujur ak ckp ngn laki ak x yah.. Sbb dia expect klu g melaka blh tumpang tdo umah mil ak.. Klu g jb blh tumpang tdo umah pakcik laki ak... Mujur.. Mujur....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 06:23 PM | Show all posts
tumpang tidur rumah org ni nak jimat duit hotel ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 06:45 PM | Show all posts
Edited by crinklecut at 20-12-2023 06:48 PM
isseliparjepun replied at 20-12-2023 05:57 PM
Ada ke orang jenis tak reti malu nak menumpang rumah orang ni? Kalau airbnb tu lain la.

ada u..i pun penah lalui..sedara i kalau nak holiday ke utara mmg akan lalu di kawasan i and akan mintak tumpang tidur..esok pagi2..kelam kabut anak beranak nak gerak p tempat holiday..tinggal gituh jek dengan selerak kawasan tidur..towel atas katil..nanti tertinggal barang2 laa..nanti bila dia dah abis holiday nak balik ke rumah dia..akan sggah lagi 1 malam...

mmg annoying tapi serba salah nak cakap tak boleh..nak melawat anak pun..nak tidur rumah i..tak tidur rumah anak..anak tu pun akan tumpang tidur jugak rumah i..rumah i dah laaa kecik apartment 2 bilik jek..lama2 rasa tak selesa..sekarang mmg i akan elakkan kalau dia cakap nak datang tumpang lagi..dulu boleh kata kerap gila


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berduit ada hati nak bercuti2 plak. Orang macam nih baik maki depan2 jer baru ada akal
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
aku duduk kt kwsn pelancongan yg top kt Malaysia, setakat ini ada 2,3org kwn org rumah aku nk tumpang tido/pinjam kereta tapi org rumah aku x layan sbb bukan rapat pun
pernah akak sulung aku dtg tempat aku, dtg hari kerja, jumpa kt kedai makan pastu terus tido hotel, xsinggah rumah pun
Tpi emak dan adik beradik lain pernah jer tido rumah aku, cousin aku, kwn org rumah aku,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
aku lak x suka tido rumah org, biarpun flight aku pagi dan rumah akak aku dkt dgn klia, tpi aku sanggup tido hotel
tpi org rumah aku suka tido rumah saudara, so bila kitaorg balik memang akak aku akan ajak org rumah aku tido rumah dia, maybe dia jenis friendly
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeii..aku plg x suka duduk rumah org ble mkn angin. Rela amik hotel. X suka susahkn org.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
@lanacondo @shida81 @crinklecut oh my..first time ya dengar pengalaman uols. I ajak mak pak sendiri and mertua je. Tak pernah lagi orang nak tumpang tidur, weol pun tak offer. Kalau sedara mara datang melancong kat sini pun weol belanja makan kat luar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Perangai babi anak haram sangat. Hairan aku wujud manusia spisis tak tau malu takda common sense begini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 11:01 PM | Show all posts
kekdahnya, kalau dah tau nak pegi berjalan tu (tanpa ada paksaan sesiapa pun), kenala cukup bajet, ada back up plans bagai, ni dah tau takda duit pun menggelupur nak pegi holiday sebab takut kena chop FOMO. Dasarrrr...lainlah kalau emergency.

Iols prefer stay hotel sebab tak perlu ikut masa tuan rumah nak keluar masuk kalau duduk rumah orang. ewww rimas yachhh, nanti nak kena susahkan dia tunggu kita la, prepare tempat tidur la, masak2 la...kowserr...jumpa kat luar je sudeh kalau nak. Tapi iols lagi suka tak jumpa sebab tak kuasa nak tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap je out of town.


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku skg pun x minat tido umah org, except sedara kwn betul2 rapat. Klu x mmg cari hotel. Prefer hotel ada bintang , sbb nk breakfast buffet. Klu x budget pun boleh. X minat airbnb ke homestay ke. Chalet xpe.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zazama at 21-12-2023 12:06 AM

iols mmg pernah tumpang tido rumah saudara, sgt jarang tp kena SEDAR DIRI!! tido rumah mereka jgn expect tuan rumah nak layan kita mcm kita ni duduk hotel! Bangun awal pagi dan keluarlah tlg belikan sarapan mcm nasi lemak or roti canai etc utk kita dan tuan rumah. Ini ada yg dok tercongok bila bangun pagi nk tuan rumah siapkan sarapan. iols akan bantu tuan rumah di dapur bila dh lepas sarapan (clearkan meja, lap meja, basuh pinggan cwn sarapan etc). Ada je jenis yg dok depan tv, berat bontot mcm mem. Tp lebih baikla cari hotel yg kita mampu or homestay. Jgn menyusahkan org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2023 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat cite kwn i, ex husband dia org kelantan... makcik pakcik sepupu 2 pupu dtg KL mesti tido rumah bermlm². Yg kelakar bila laki bini pegi kerja access card dgn kunci rumah kena pass kat diorg. Sampai menangis member luah perasaan stress blk keje nak rehat² tak boleh. Masing² pakai kereta mewah tapi taknak ambik hotel.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak suka tido rumah orang dan aku jugak tak suka orang tido rumah aku.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Covid dan influenza tersenyum sinissss sambil mengira-ngira mangsa baharu untuk dijangkiti
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sedara mara mmg ada lah perangai camtu..tapi kalau kenalan mmg agak pelik...x malu betoii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.077473 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list