CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8075|Reply: 2

Kisah Tular Pakcik Tua Dihalau Menantu Ada Plot Twist, Curi Handphone Semata-Mata Nak Beri Hadiah Isteri Muda

[Copy link]
Post time 21-12-2023 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Kisah tular mengenai seorang lelaki warga emas yang dihalau menantunya, akhirnya terbongkar.


Lelaki itu menjadi perhatian selepas menangis teresak-esak kerana dihalau menantunya.


Datang jauh dari Kalimantan ke Jakarta, Indonesia, lelaki itu terpaksa merayau kerana dihalau anak sendiri.




Foto: Tribun Jatim




Namun, timbul dakwaan mengenai anaknya sekeluarga sudah tidak tahan dengan sikap lelaki berusia 65 tahun itu.


Bermula dari menipu hingga mencuri barang-barang kepunyaan anak, keluarga membawanya ke Kalimantan, tetapi kembali pulang ke Jakarta.


Terbaru, lelaki itu didakwa mencuri telefon bimbit dari rumah anaknya untuk dihadiahkan kepada isteri mudanya.


Menerusi satu perkongsian, pihak keluarga yang enggan dikenali mendakwa pengakuan lelaki warga emas itu hanya rekaan semata-mata.


Mereka sekeluarga sebenarnya hampir berputus asa dengan perangai lelaki itu yang enggan berubah.


"Dia sebenarnya mempunyai pekerjaan yang bagus dengan gaji besar dan mempunyai seorang isteri. Namun, dia menjalinkan hubungan sulit dan ditimpa musibah sebelum bercerai.


"Dia kembali kepada isteri muda namun dihalau kerana tidak bekerja lagi. Tetapi isteri muda mempergunakannya untuk tujuan mengemis dan mencuri telefon bimbit orang ramai, termasuk saya," dakwanya.


Ditanya mengenai keberadaan lelaki warga emas itu, mereka sekeluarga mengaku tidak tahu.


Terdahulu, kisah sedih lelaki itu dikongsikan oleh seorang penumpang kereta api yang bertemu dengannya.


"Dia dari Kalimantan, pada mulanya diberitahu untuk datang ke Jakarta. Tapi selepas hanya dua hari dia dihalau oleh menantu,” katanya sambil menambah dia dihalau kerana tidak disenangi cucunya. - CARI


Sumber: mStar/Tribun Jatim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 02:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.045493 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list