View: 8085|Reply: 2
|
Ratu Cantik Perancis Dikritik Kerana Berambut Pendek
[Copy link]
|
|
Paris: Potongan rambut pendek seorang gadis, Eve Gilles yang menjadi pemenang Ratu Cantik Perancis pada Sabtu lalu mendapat komen hebat di peringkat antarabangsa, lapor portal berita Fox News semalam.
Gadis berusia 20 tahun dari wilayah Nord-pas-de-Calais itu merupakan peserta tunggal tidak berambut panjang dalam sejarah pertandingan tersebut selama 103 tahun.
Berikutan kemenangan Gilles, netizen menuduh panel hakim pertandingan tersebut menyokong ketidakadilan sosial dengan memilih seseorang yang mempunyai perwatakan ‘uniseks’.
Bagaimanapun, kata Eve, setiap wanita adalah berbeza.
“Kita sudah biasa melihat gadis cantik berambut panjang. Namun, saya memilih rupa androgini (rupa kelihatan seperti lelaki dan wanita) dengan berambut pendek.
“Tiada siapa yang harus menentukan siapakah anda. Setiap wanita adalah berbeza, kita semua unik,” ujarnya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
| |
|