View: 8095|Reply: 6
|
Bukan Taman Perumahan Tapi Tanah Perkuburan
[Copy link]
|
|
Jakarta: Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tanah perkuburan di Palopo, wilayah Sulawesi Selatan yang kelihatan seperti deretan rumah teres, lapor laman berita Tribun Jatim kelmarin.
Dalam video tersebut, kawasan perkuburan itu dilihat berada di lokasi berbukit.
Binaannya mempunyai dinding, tiang konkrit dan pagar besi, sama seperti rumah.
Bukan itu sahaja, ia bahkan dilengkapi pelbagai hiasan, daripada seramik hingga kepada pagar besi.
“Ini bukan kawasan perumahan tetapi kubur yang ada di Sulawesi Selatan,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Menurut maklumat perakam video, disebabkan saiznya yang besar, sebuah binaan tersebut dapat menampung pengebumian beberapa jasad.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Pasti ia menjadi tempat pengebumian orang kaya,” kata seorang netizen.
“Kawasan perkuburan (etnik) toraja. Mereka rajin memenuhi acara gotong royong, majlis keraian, acara kesyukuran dan pengebumian,” kata pengguna lain.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
kaum toraja upacara pengkebumian mcm pesta
kalu tak mampu diorang simpan mayat bertahun2
siap kasi makan 3X sehari
ada mayat dah sampai mayat firaun dek simpan terlalu lama |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Mesir sana pun sama jaaa... Siap ada homeless tinggal atas umah.. Depa ni tukang jaga kubur2 keluarga org2 kaya. Kt sana kes curi mayat ni byk ya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|