CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8254|Reply: 6

Kami Berdiri Bersama Keamanan – Starbucks

[Copy link]
Post time 21-12-2023 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Washington: Starbucks mengeluarkan sepucuk surat menyokong keamanan dan menyalahkan kenyataannya  yang  diputarbelitkan sebagai punca  premis kafe kopi premium berkenaan menjadi sasaran vandalisme, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Laxman Narasimhan berkata demikian ketika Starbucks menjadi sasaran protes dan kempen boikot  di seluruh dunia disebabkan oleh perang Israel-Gaza dan perbalahan dengan sebuah kesatuan sekerja di Amerika Syarikat (AS).


Seorang bekas pekerja menyertai tunjuk perasaan di luar cawangan Starbucks di Arlington, Virginia pada 16 November lalu. – AFP





Dalam surat kepada pekerja Starbucks yang dimuat naik di laman web syarikat, Laxman tidak menyebut rantau Asia Barat secara spesifik, namun berkata: “konflik di banyak lokasi telah mencetuskan keganasan, kebencian,  penipuan dan menjadikan ucapan sebagai senjata dan kami mengutuk semua ini.”


“Bandar-bandar di seluruh dunia termasuk di rantau Amerika Utara  menyaksikan peningkatan protes. Banyak kedai kami menjadi sasaran vandalisme.


“Kami mendapati ramai penunjuk perasaan telah dipengaruhi oleh kesilapan pentafsiran pendirian syarikat ini yang dikongsikan di media sosial.


“Pendirian kami adalah jelas. Kami berdiri (menyokong) untuk keamanan,” tegasnya.


Sebilangan netizen berkata, kempen  boikot ke atas Starbucks dan demonstrasi kesatuan sekerja telah memburukkan imej syarikat berkenaan, manakala harga sahamnya menyusut lebih tujuh peratus baru-baru ini.


Beberapa penganalisis berkata, kejatuhan itu mencerminkan jangkaan jualan yang lebih lemah, sebahagian besarnya didorong oleh kuasa ekonomi yang lebih luas.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2023 11:28 AM | Show all posts
laa tiberrr. sbb dah byk rugi ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 03:40 PM | Show all posts
Ummah melayu isle boikot US, Israel, Britain, France, Jepun, Korea eh... ramai lah bukan Stabak ja so chill la ya.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 04:16 PM | Show all posts
hahahahaha...
dah rugi baru merayu....



puiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 04:19 PM | Show all posts
too little too late
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang kotey kata nk serang yemen tu aku harap betul2  jadi laa.biar makin melingkup......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2024 02:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.065449 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list