CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11932|Reply: 3

Malapetaka Ngeri, Tiada Lagi Hospital Dapat Berfungsi Di Utara Gaza

[Copy link]
Post time 22-12-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Baitulmaqdis: Keadaan di Gaza semakin parah apabila hanya sembilan daripada 36 hospital di seluruh wilayah itu masih berfungsi sehingga menyaksikan kebanyakan pesakit bukan hanya terbiar tanpa rawatan sewajarnya, malah kehausan dan menderita kebuluran melampau.


Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Gaza, Richard Peeperkorn berkata, pihaknya mengetuai lawatan ke dua hospital yang terjejas teruk iaitu Hospital Al-Shifa dan Hospital Al-Ahli di utara negara itu, Rabu lalu.




Foto: AFP




"Kakitangan kami kehabisan kata-kata untuk menggambarkan situasi malapetaka yang dihadapi pesakit dan pekerja kesihatan yang masih tinggal.


"Tiada lagi dewan bedah kerana kekurangan bahan api, kuasa, bekalan perubatan dan pekerja kesihatan, termasuk pakar bedah dan pakar lain.


"Hanya sembilan (hospital) iaitu di selatan, daripada 36 hospital di Gaza, masih berfungsi, manakala tiada lagi hospital di utara (yang) berfungsi," katanya dalam rakaman video kepada media.


Sementara itu, Penyelaras Pasukan Perubatan Kecemasan WHO, Sean Casey yang berada dalam misi sama menggambarkan "malapetaka ngeri" sedang berlaku di Gaza.


"asukan kami melihat mayat bertimbun dibalut dengan plastik putih di perkarangan Hospital Al-Ahli dengan bunyi tembakan senjata kedengaran di kawasan berhampiran.


"Di dalam sebuah gereja pula, kami melihat 30 pesakit termasuk kanak-kanak dan beberapa orang yang parah memohon bukan untuk rawatan, tetapi untuk mendapatkan air.


"ada masa ini, hospital menjadi tempat orang ramai menunggu untuk mati," katanya kepada media di Rafah, selatan Gaza.


Beliau mengulangi seruan gencatan senjata bagi membolehkan jumlah bantuan yang mencukupi dan memindahkan lebih ramai pesakit dari Gaza.


Namun katanya, masa semakin suntuk.


"Saya rasa (sudah) terlambat. Kami berdepan dengan orang dewasa yang kelaparan, kanak-kanak... Ke mana sahaja kami pergi, orang ramai meminta kami makan.


"Malah di hospital, orang yang mengalami patah tulang dan berdarah meminta makanan," katanya.


WHO menyifatkan Hospital Al-Shifa, fasiliti perubatan terbesar di Gaza sebagai 'bermandi darah' selepas kompleks itu menjadi sasaran serangan operasi tentera Israel, bulan lalu.


Ia menyebabkan Hospital Al-Ahli, kemudahan kesihatan yang lebih kecil menjadi satu-satunya tempat pembedahan boleh dilakukan di utara Gaza.


Namun, kini pengarah hospital itu mendedahkan, pihaknya berhenti beroperasi pada Selasa lalu, selepas turut diserang tentera Israel.


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian org palestin.. tunggu ajelaa serael.. ko totap kene jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.224251 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list