View: 7194|Reply: 0
|
MotoGP: Perlumbaan sprint mengarut – Quartararo
[Copy link]
|
|
QUARTARARO mendakwa pelumba sudah berada dalam keletihan kerana bersaing acara sprint sebelum perlumbaan sebenar. - AFP
LONDON – Juara dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2021, Fabio Quartararo tidak setuju dengan format kejohanan ketika ini terutama mengadakan perlumbaan sprint pada setiap pusingan.
Quartararo, 24, menganggap, format sprint itu menyebabkan pelumba-pelumba berada dalam keletihan kerana terpaksa menghadapi satu lagi perlumbaan yang mencabar selepas itu.
Bagi saingan musim ini, MotoGP telah memperkenalkan acara sprint buat kali pertama dalam sejarah perlumbaan tersebut dan percubaan tersebut berjaya menarik minat penonton di trek mahupun di rumah.
Lebih menarik, daripada 20 pusingan yang dijalankan tahun ini, 15 perlumbaan menunjukkan peningkatan kehadiran jumlah penontong pada hari Sabtu.
“Bagi saya ia adalah masalah besar. Saya fikir ia sudah menjadi sukan yang berbahaya. Sebagai pelumba, saya boleh menjamin anda akan lebih penat dalam perlumbaan sprint ini berbanding perlumbaan biasa pada Ahad.
“Jentera yang digunakan akan menjadi lebih fizikal setiap kali menghadapi perlumbaan sprint ini. Jadi saya tak fikir kami memerlukan satu perlumbaan seperti ini dalam setiap Grand Prix.
“Anda berada di Valencia, ia adalah penghujung musim dan anda tahu bahawa (kehadiran penonton) sentiasa penuh. Jadi, mengapa anda mahu menambah satu lagi pada hari Sabtu? Kami tidak boleh melakukan ini lagi.
“Saya bukan individu yang mengatur segala-galanya, tetapi saya tidak tahu apa pendapat pelumba lain. Sebenarnya saya tak fikir ini adalah cara yang betul,” kata pelumba Yamaha itu.
Kalendar 2024 dijangka meningkat kepada 22 pusingan selepas kembalinya GP Aragon dan GP Kazakhstan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan termasuk sprint adalah sebanyak 44 perlumbaan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... engarut-quartararo/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|