CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4199|Reply: 0

Dah 10 tahun menjanda, Marshanda ada sebab tak mahu kahwin lagi

[Copy link]
Post time 12-1-2024 09:03 AM | Show all posts |Read mode

PELAKON Marshanda masih belum bersedia menamatkan zaman janda walaupun sudah 10 tahun bercerai dengan bekas suami iaitu Ben Kasyafani.

Marshanda atau Andriani Marshanda, 34, memberitahu usaha mencari calon suami yang sesuai bukan mudah kerana dia tidak mahu mengulangi kesilapan sama.

Menerusi temu bual podcast Richard Lee, pelakon sinetron ini memberitahu selepas bercerai dia pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki namun kesemuanya tidak menjadi.



Kata Marshanda, ada di antara mereka yang pernah mengajaknya berkahwin namun dia tidak bersedia kerana kegagalan rumah tangga masih menghantuinya.

"Bukan tidak ada berkawan dengan orang lain tapi semuanya tidak menjadi sebab saya tidak bersedia dan rasa ngeri untuk kembali berumah tangga," katanya.

Dalam pada itu, Marshanda juga memberitahu keputusan terus menjanda kerana memikirkan anak perempuan tunggalnya iaitu Sienna Ameerah Kasyafani.

Dia tidak mahu jika dia berkahwin anaknya itu rasa terabai dan kehilangan kasih seorang bapa sekali lagi.

"Saya risau kalau dia hilang kasih sayang jika hubungan saya dengan suami baru tidak kekal lama. Sienna pula memang tidak dapat kasih sayang bapa sejak kecil," jelasnya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.568446 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list