View: 6892|Reply: 7
|
Sudah Sampai Masa Saya Berehat – Hetty Koes Endang
[Copy link]
|
|
Siapa tidak kenal Hetty Koes Endang yang kini sering menjadi juri dalam program realiti TV tempatan sejak beberapa tahun yang lalu.
Sudah 53 tahun saya menyanyi, saya sudah penat.”
Demikian luahan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang yang bercadang untuk berehat dan tidak mahu lagi mengadakan konsert pada masa akan datang.
Penghibur berusia 67 tahun itu ketika ditemu bual secara dalam talian berkata, keputusan itu diambil berikutan terlalu penat apabila sudah terlibat dengan puluhan konsert, selain menghasilkan 150 album.
Kata Hetty lagi, sepanjang berehat dia hanya mahu melihat perjalanan artis muda yang semakin ramai mewarnai persada seni muzik di negaranya.
Saya sudah penat. Bagilah peluang kepada penyanyi muda pula. Sudah 53 tahun saya terbabit dalam bidang seni, sampai masa untuk saya jadi pemerhati sahaja.
“Saya telah lakukan banyak perkara sepanjang karier. Apa lagi yang saya mahukan?” ujarnya kepada HibGlam.
Bagaimanapun, Hetty yang ditemui semasa sesi bersama media untuk mempromosikan persembahannya, After Hours With Hetty Koes Endang, tidak keberatan untuk terbabit dengan persembahan bagi tujuan kebajikan berbanding persembahan komersial.
Saya hanya akan menolak persembahan berbentuk komersial sahaja. Jika melibatkan acara amal, saya boleh lakukan.
“Perkara itu lebih membuatkan saya berasa senang (gembira),” katanya.
Bercakap tentang persembahan After Hours With Hetty Koes Endang yang bakal berlangsung pada 24 Februari nanti, pelantun lagu Kasih itu berkongsi rasa teruja apabila bakal menghiburkan peminatnya di Malaysia.
Sudah tentu saya gembira dan tidak sabar untuk menghiburkan peminat saya di Malaysia. Saya berharap semuanya berjalan dengan lancar dan diberikan Kesihatan yang baik,” katanya.
Lebih Istimewa persembahan itu turut menampilkan Naqiu sebagai penyanyi undangan yang akan mendendangkan beberapa lagu, termasuk duet bersama Hetty.
Hetty atau nama sebenarnya Hetty Koes Madewy memulakan kerjaya seninya pada 1974 sebagai penyanyi muzik Keroncong.
Antara pencapaian yang diraih sepanjang bergelar anak seni adalah juara bagi pertandingan Festival Penyanyi Se-Jawa Barat untuk tiga tahun berturut-turut (1972-1974), tempat ketiga Asean Pop Song Festival (1982) dan Penyanyi Terbaik di Vina Del Mar Song Festival di Chili (1983).
Sumber – HIBGLAM |
|
|
|
|
|
|
|
Hak alahhhh. Aku ingat nak berehat jadi juri. Dia ni semaklahh. Ajar nyanyi2 time bagi komen. Dulu2 sekali dua oklah. Skrg dah muak hoi. Annoying. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye sisss…naik jelak plak dgn komen over run sheol ni…tok pinaz ok je xde cringe mcm sheol ni.for sure sheol ni better compare tok kathy lemauuu tuh…pesen sheol ni mmg signature ke hape? So yesterday… |
|
|
|
|
|
|
|
buk hetty ni mmg kayos gila kot..
tgk rumah dia jer tergamam gue nengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan berenti nyanyi terus |
|
|
|
|
|
|
|
Berenti nyanyi dan jd juri terusss.. sakit telinga iols dan x ngam taste lagu ngan jiwa iii |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah bersara....hidup lah tenang tenang saje |
|
|
|
|
|
|
| |
|