CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12653|Reply: 13

Datuk Siti sudikah terima jika saya buatkan lagu? – Mahalini

[Copy link]
Post time 15-1-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Siti sudikah terima jika saya buatkan lagu? – Mahalini

https://www.utusan.com.my/gaya/h ... tkan-lagu-mahalini/

Oleh WAFA AULA
15 Januari 2024, 3:17 pm



KUALA LUMPUR : Penyanyi dan penulis lirik muda Indonesia, Mahalini, 23, mengakui berbesar hati untuk menghasilkan lagu istimewa buat Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut Mahalini, atau nama sebenarnya Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, Siti merupakan idolanya dalam bidang nyanyian dan tentunya berasa bangga sekiranya hasratnya itu menjadi kenyataan.

“Datuk Siti sangat fenomena di Indonesia. Bahkan sebelum saya menjadi seorang Mahalini seperti hari ini, namanya sudah kedengaran di mana-mana.

“Sebelum ini pun saya pernah menyanyikan lagunya di televisyen. Kalau ingin tuliskan lagu untuknya, alamak pressure,” katanya berseloroh.

Mahalini berkata demikian ditemui Utusan Malaysia di sidang media Lovecheastra Mahalini Live In Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Selain itu, tunang kepada penyanyi Rizky Febian itu bagaimanapun sempat berasa ragu sama ada penyanyi nombor satu Malaysia itu mahu menerima karya yang dihasilkannya.

“Saya semestinya mahu dan terbuka menghasilkan lagu untuknya. Tapi Datuk Siti mahu dan sudikah menerima lagu saya?” katanya.

Sementara itu, Mahalini bakal tampil untuk konsert keduanya di Malaysia pada 3 Februari nanti dengan iringan 20 pemain orkestra anak tempatan.

“Aura bernyanyi di Indonesia dan Malaysia sangat berbeza. Saya ingatkan kalau buat persembahan di Malaysia orang-orangnya akan senyap.

“Tapi ternyata ramai yang sudah bersorak bahkan sebelum saya muncul di pentas. Malaysia adalah destinasi konsert yang luar biasa,” tambahnya.

Mahalini bakal mempersembahkan 17 lagu untuk konsert Lovechestra Mahalini Live In Kuala Lumpur yang bertempat di Megastar Arena nanti.

Konsert yang bakal berlangsung selama 2 jam itu bakal diketuai oleh Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan Dennis Nusi sebagai pengarah muzik.

Tiket konsert tersebut dijual bermula dari harga RM278 sehingga RM799.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 05:10 PM | Show all posts
Nama sheols ketut kah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketut tu apa untuk orang indon?
Nama mahalini sedap dah..
Ada Ketut tu alamak..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 05:15 PM | Show all posts
suka sheols ni.. lagu lagu dia pun sedap.. tapi nama diaorang agak unik ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 15-1-2024 05:13 PM
Ketut tu apa untuk orang indon?
Nama mahalini sedap dah..
Ada Ketut tu alamak..hahaha

Dia kan org Bali uols.. org Bali hindu pure.. rmh agam family dia klasik ya amat
I harap dia masuk Islam kawin ngan RF
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa baju dia ada hiasan manik berbentuk bra?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2024 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kene ambik restu ponen jonah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 10:14 PM | Show all posts
pastikan sedap yach...
tapi kalau tak sedap pon hade ku kesahhh... tehtap nombor syatuuuuu....
#eksklusip #weddingjob #haterzygkisah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu dia byk yg best ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:33 AM | Show all posts
Tunan replied at 15-1-2024 04:22 PM
Dia kan org Bali uols.. org Bali hindu pure.. rmh agam family dia klasik ya amat
I harap dia masuk ...

haritu melodi jannah dgn ain jadi host, mahalini jadi artis jemputan
nampak sgt hos 2 ekor x buat homework..

di assalamualaikum kan nya si mahalini ni,
pastu mahalini sebut pasal rizky febian xde plak hos2 ni tanya pasal kisah cinta diorg..

anyway mahalini ni cute gila..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahal gila tiket sheols
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketut? Haahaha..nasib x pakai nama ketut mahalini raharja sbg komersial.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 16-1-2024 12:33 AM
haritu melodi jannah dgn ain jadi host, mahalini jadi artis jemputan
nampak sgt hos 2 ekor x buat  ...

Yes cute.. suka sgt lagi2 kalau muka dia x mekap baru nmpk dia muda lg..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dolmat at 16-1-2024 09:32 PM

Orang Bali...Wayan anak first , Made tu kedua, Nyoman ke tiga.. ketut anak keempat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.044899 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list