CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 30613|Reply: 57

Bekas Isteri Akhirnya Kahwin? Fizo Doakan Mawar Bahagia

[Copy link]
Post time 31-1-2024 10:33 PM | Show all posts |Read mode






Susulan penyebaran khabar angin mengenai perkahwinan usahawan popular, Mawar Karim, bekas suaminya, pelakon juga pengacara, Fizo Omar enggan mengiyakan mahupun menafikan dakwaan tersebut.


Pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar tidak mahu memandai-mandai mengesahkan perkara yang di luar pengetahuan, apatah lagi dia hanya berstatus bekas suami. Bagi Fizo, lebih baik berita tersebut disahkan sendiri oleh Mawar.


“Saya memang ada dengar khabar angin dia sudah mendirikan rumah tangga. Khabar angin itu datang daripada pelbagai individu.


“Bagaimanapun tentang kepastian berita itu perlu bertanyakan sendiri dengan tuan punya badan. Saya dan dia berhubung hanya mengenai anak sahaja.


“Selebihnya saya tidak berani nak bercakap lebih. Tidak sesuai untuk saya bercakap tentang hal itu kerana hanya bekas suami,” katanya kepada Kosmo! Online.


Begitupun, tidak kira khabar angin itu benar mahupun tidak, aktor berusia 38 tahun itu tetap mendoakan kebahagian bekas isteri bersama pasangan pilihan hatinya.


“Sekiranya betul dia sudah berkahwin, saya tumpang gembira dan bagus untuk dia. Itu akan jadi kelebihan kepada anak kami, Maryam sebab ada dua bapa dan dua ibu.


“Saya juga mendoakan dia bahagia dan gembira dengan pasangannya jika benar-benar sudah berkahwin.


“Bagi saya manusia ini diciptakan memang untuk berpasangan baik lelaki mahupun perempuan,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media Nasi Lemak Kopi O, disini, hari ini.


Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan usahawan Mawar Karim sudah menamatkan zaman janda dengan orang kenamaan.


Berdasarkan sebuah video yang tular, Fizo juga tidak menafikan pernah mengucapkan tahniah kepada bekas isterinya itu.


Sebelum ini, Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.


Fizo kemudian mendirikan rumah tangga dengan Fazeera Nazri Azrai pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata.


Sumber — KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
eh ni dgn yg mana pulak
nk confirmkan yg dgn usahawan haritu tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 11:11 PM | Show all posts
Dah lama kawin dgn ahli politik tu..berdua elok naik motor…mmg sejak dari kuar gosip time pkp tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam la kau fizo. Sibuk je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
hasyahana: Dah lama kawin dgn ahli politi ...


Ngan siapa
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceh. Tuan bdn xkata apa. Dia lak sibuk cerita kt reporter. dia ingat boleh wat mcm ally ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 31-1-2024 11:31 PM
Ceh. Tuan bdn xkata apa. Dia lak sibuk cerita kt reporter. dia ingat boleh wat mcm ally ke?

I rasa kes reporter tanya dia, maybe tak dapat 'cari' tuan punya badan sendiri. Mawar bukan artis pun, kalau dia bolayan pun no hal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 1-2-2024 12:02 AM
I rasa kes reporter tanya dia, maybe tak dapat 'cari' tuan punya badan sendiri. Mawar bukan artis  ...

Tu laa. Dia xpatut bg komen mcm tu tentang personal life org lain yg dia pun xtau betul ke tak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2024 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 1-2-2024 12:29 AM
pearl.silver replied at 1-2-2024 12:12 AM
Tu laa. Dia xpatut bg komen mcm tu tentang personal life org lain yg dia pun xtau betul ke tak.


Bab komen berjela tu ye, patut jawab simple je,   biar empunya badan komen. Patut firm la walaupun bertubi tubi ditanya.

Mawar ni dulu nampak bagus je tapi lepas tu nampak 'true colors'
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 06:44 AM | Show all posts
Mawar kawin dgn sapa
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut ckp no komen je la. Tiada cerita ttg diri sendiri yg boleh dijualke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 1-2-2024 06:44 AM
Mawar kawin dgn sapa

Dgn yb kuala nerus ke.. yg pnh kene thn roadblok pkp
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama kan kawen
Bini no dua
Masa kena tahan roblok PKP
Menyorok kat seat belakang

Wakakaka
Maap terimejin
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak berkenan mamat ni bila dia bercakap..dia lah yg terpaling pandai bisnes dia terpaling motivator padahal kau punya mulut mcm pondan tak siap!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Reporter cam biasa, maleh buat homework  takkan lah reporter takde contact2 yg tahu betul ke dak Mawar nie dah nikah baru...nak capai kpi, sampai interbiu ex laki, asal ada crita bukan gi stalk mawar ke laki baru dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 1-2-2024 08:21 AM
Dah lama kan kawen
Bini no dua
Masa kena tahan roblok PKP

Kes ni yang meols ingat tapi tak ingat pak muntri mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols is konfius.. husband baru sheols yang waibee tu ke yang biznes tu? Kalo the only waifu buat ape cover2 khuensss..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 09:44 AM | Show all posts
akmal replied at 1-2-2024 08:19 AM
Dgn yb kuala nerus ke.. yg pnh kene thn roadblok pkp

kuala nerus ganu ke?? sek pas tu...takkang laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 09:54 AM | Show all posts
kalau betul semoga berbahagia hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik Mawar bila kening dia tak makeup tebal2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.071658 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list