CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13525|Reply: 0

Marquez masih mencari rentak bersama Ducati

[Copy link]
Post time 11-2-2024 11:22 AM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ belum dapat menyesuaikan diri dengan Ducati. -FOTO AFP

London: Marc Marquez menggambarkan bagaimana dia masih lagi bergelut untuk menyesuaikan diri dengan Gresini Ducati.

Perpindahan daripada Repsol Honda ke Gresini Ducati bermakna dia menukar salah satu gergasi MotoGP kepada salah satu pasukan yang lebih kecil.

Dia bukan semata-mata perlu menyesuaikan diri dengan motosikal baharu malah dengan keseluruhan kakitangan belakang tabir baharu.

Marquez ditanya sama ada cara kerja Jepun berbeza dengan cara Itali.


Dia menjawab: "Ia lebih daripada bahasa Itali atau Jepun. Ia kilang atau tiada kilang.

"Anda perlu memahami cara menunggang, untuk fokus. Anda perlu beri komen yang tepat kerana ia penting untuk pembangunan jentera.

"Sekarang, saya berada dalam situasi lain. Saya menunggang, lebih menumpukan pada pembelajaran cara menunggang motosikal.

"Dengan juruteknik, mekanik, maklumat tidak dihubungkan dengan cara yang sama.

"Sebab saya sudah bekerja dengan pasukan lain selama 12 tahun.

"Honda ialah Honda. Ia adalah HRC. Penghormatan yang besar kepada mereka."​

Dia menggambarkan menukar Repsol Honda untuk Gresini Ducati: "Budaya Jepun dan kilang pengeluar. Ini adalah pasukan persendirian, pasukan yang biasa dengan budaya Itali.​
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ntak-bersama-ducati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.371912 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list