CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6815|Reply: 0

Russell lebih yakin dengan kereta baharu

[Copy link]
Post time 22-2-2024 11:39 AM | Show all posts |Read mode

RUSSELL menamatkan sesi ujian pertama di tempat ke-12. FOTO REUTERS

Sakhir: George Russell mengisytiharkan kereta baharu Formula Satu (F1) Mercedes lebih bagus untuk dipandu berbanding tahun lalu selepas memandu 122 pusingan di Litar Sakhir, Bahrain pada hari pertama sesi ujian.

Pemandu Britain itu yang akan memberi laluan kepada rakan sepasukan iaitu juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton untuk sesi ujian seterusnya berkata, ia adalah penampilan sulung yang positif untuk kereta W15.

"Saya rasakan kami mempunyai asas yang baik untuk permulaan ini," kata Russell, yang menamatkan sesi ujian dengan menduduki tempat ke-12.

"Kami melengkapkan banyak pusingan dan mempunyai banyak data untuk telilti selepas ini. Kami menamatkan hari ini di kedudukan yang agak baik," katanya lagi.


Russell, yang kemenangannya pada November 2022 di Brazil kekal sebagai kemenangan terakhir pasukan bekas juara itu berkata, tumpuan akan diberikan kepada pemanduan jarak yang maksimum.

"Secara keseluruhannya W15 lebih baik untuk dipandu berbanding kereta tahun lalu," tambahnya.

Mercedes, yang kehilangan Hamilton kepada Ferrari pada penghujung musim ini, menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang juara, Red Bull tahun lalu tetapi gagal memenangi perlumbaan.

Pengarah teknikal, James Allison ketika pelancaran kereta itu berkata, segala kelemahan tahun lalu sudah di atasi untuk memberi lebih keyakinan kepada pemandu mereka.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... engan-kereta-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068754 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list