CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5717|Reply: 3

[Tempatan] Mara taja pelajar cemerlang ke universiti Ivy League mulai tahun depan

[Copy link]
Post time 30-10-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bernama
30 Oct 2024, 07:24 PM


Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya masih meneliti dengan lebih lanjut universiti pilihan, yuran pengajian dan program yang relevan.




KOTA BHARU: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menaja pelajar cemerlang di negara ini untuk menyertai program khas ke universiti ‘Ivy League’ yang dijangka bermula pada tahun depan, kata pengerusinya Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, projek program khas itu sudah berada pada peringkat akhir sebelum dilaksanakan kerana pihaknya masih meneliti dengan lebih lanjut berkaitan universiti yang dipilih, yuran pengajian dan program yang akan ditawarkan kepada pelajar terlibat.


“Kita akan buat projek khas dengan memilih pelajar yang cemerlang untuk kita bawa ke universiti terkemuka seperti Cambridge, Oxford serta Harvard yang dipanggil ‘Ivy League’,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru 2024 hari ini.

“Projek program khas ini sudah berada di peringkat akhir dan kita mahu teliti lagi dari segi pemilihan universiti, bayaran yuran pengajian serta program yang dipilih itu sama ada ia diperlukan dan relevan kepada negara untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.”


Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, sebanyak 4,577 pelajar cemerlang tajaan Mara dihantar melanjutkan pengajian ke luar negara pada tahun ini dengan anggaran perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM2 bilion.

Katanya, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan kementerian berkaitan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melihat bidang strategik yang diperlukan oleh negara seperti Internet Kebendaan (IoT), kejuruteraan dan komputer sains.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai premis perniagaan bawah Mara yang dilihat ‘lesu’, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya sedang meneliti keseluruhan 6,666 premis tersebut dan tindakan tegas akan diambil sekiranya peniaga tidak menguruskan perniagaan secara bersungguh-sungguh.

“Sejak awal tahun ini, saya telah buat ketetapan tegas bagi premis yang beroperasi atas nama sahaja atau dijadikan stor, suam-suam kuku tak dibuka hingga beri kesan kepada usahawan yang serius mahu berniaga … kita akan ambil tindakan, bahkan sudah diambil tindakan dalam siri terjah saya sebelum ini.


“Kita tidak mahu mereka (peniaga) ambil kesempatan daripada harga sewaan begitu rendah yang diberikan dengan mengambil hak orang lain yang bersungguh-sungguh mahu melebarkan perniagaan mereka,” katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik-adik.


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 08:51 PM | Show all posts
Tahniah. Jangan terberanak dalam toilet la ye...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 09:47 PM | Show all posts
.... jangan lupa jalan balik ke negara tercinta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.359912 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list