View: 34008|Reply: 5
|
[Tempatan]
SPRM bongkar kartel projek bekal baja bernilai RM1.8 bilion
[Copy link]
|
|
Sinar Harian
MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUBMOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB
29 Oktober 2024 07:37pm
SPRM memulakan siasatan berhubung kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion. Gambar hiasan
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.
Menurut sumber, beberapa siri pembongkaran telah dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari lalu di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.
Sumber berkata, projek di bawah kementerian itu dianggarkan berjumlah RM1.8 billion telah dianugerahkan kepada pertubuhan terbabit bagi tempoh 30 bulan bermula 2021 hingga 2023.
Kata sumber, pertubuhan terbabit dipertanggungjawab untuk menghasilkan baja padi dan mengedarkannya kepada pesawah-pesawah di seluruh negara melalui pejabat pertubuhan di peringkat negeri masing-masing.
"Hasil siasatan mendapati pertubuhan ini telah menggunakan dua kaedah untuk memenuhi kontrak kerajaan iaitu membeli terus baja-baja padi daripada lima syarikat pengeluar dan membeli bahan-bahan mentah bagi memproses baja daripada empat syarikat.
"Siasatan SPRM akan menjurus kepada kesalahan rasuah dalam perolehan baja atau bahan mentah daripada syarikat-syarikat terpilih," katanya pada Selasa.
Selain itu katanya, siasatan juga menjurus kepada kesalahan salah guna kuasa yang mungkin berlaku yang mana ahli-ahli lembaga pengarah terlibat dalam membuat keputusan dalam pemilihan syarikat-syarikat berkepentingan.
Menurut sumber, SPRM telah merampas dokumen-dokumen berkaitan projek tersebut di peringkat kementerian, pertubuhan dan syarikat berkaitan.
Tambahnya, enam orang pegawai di peringkat kementerian dan pertubuhan terbabit telah dipanggil SPRM untuk dirakam percakapan.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan tersebut dan tidak menolak pihaknya akan menahan beberapa orang yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16, Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 30-10-2024 01:53 PM
zaman Madani je gomen berani langgar kartel,sbb tu skrg dah takde shortage telur,ayam..zaman Midin dulu telor asik hilang dia garu telor je xwat pape.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia tidak perlu yahoodee untuk screw ummah..gang sendiri pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
NAFAS ke tuuuuuuuuuuuuuuu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kartel kaut untung subsidi baja, benih
Oleh Farah Marshita Abdul Patah - September 16, 2024 @ 11:19am
[email protected]
Bagi keseluruhan sektor pertanian di seluruh negara, termasuk hasil komoditi, sekitar 4.9 juta metrik tan baja setahun diperlukan. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Kartel baja dan benih padi dipercayai mengaut untung berlipat ganda dengan menuntut subsidi diberikan kerajaan dan kemudian menjual input pertanian itu pada harga lebih tinggi kepada pesawah.
Ketika ini, sawah di negara ini memerlukan 240,000 tan baja setahun untuk keperluan 200,000 pesawah dengan subsidi kerajaan sekitar RM500 juta.
Bagi keseluruhan sektor pertanian di seluruh negara, termasuk hasil komoditi, sekitar 4.9 juta metrik tan baja setahun diperlukan.
Harga Benih Padi Sah (BPS) pula RM56 bagi setiap kampit 20 kilogram (kg) di pintu kilang selepas subsidi RM20.60.
Bagi BPS, harga jualan kepada pesawah difahamkan antara RM58 hingga RM60 setiap 20kg dengan kartel dikatakan mengaut untung sekitar RM33 bagi setiap kampit.
Jumlah pengeluaran BPS semasa adalah antara 70,000 tan yang boleh mencecah 72,000 tan setahun bagi memenuhi keperluan domestik pesawah di Semenanjung.
Subsidi disalurkan kerajaan untuk benih membabitkan keseluruhan sektor pertanian di Malaysia mencecah RM3 bilion setahun.
Modus operandi kartel adalah dengan mendapatkan subsidi daripada kerajaan bagi baja dan benih padi yang dikeluarkan, belum ditambah untung hasil jualan pada harga lebih tinggi melebihi RM56, iaitu sekitar RM58 hingga RM60 setiap kampit 20kg kepada petani.
Ia anggaran kasar keuntungan dikaut kartel berikutan ketirisan subsidi baja dan benih padi, namun jumlah sebenar dipercayai jauh lebih besar kerana membabitkan keseluruhan bidang pertanian, bukan terhad dalam industri padi dan beras sahaja.
Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Azman Mahmood, berkata isu kartel baja dan benih sebenarnya lebih menyeluruh.
Datuk Azman Mahmood.
"Isu ini menyentuh keseluruhan bidang pertanian, bukan hanya pada padi dan beras semata-mata," katanya kepada BH semalam, sambil menambah isu kartel dalam sektor pertanian turut menarik campur tangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Tanpa memperincikan pembabitan kartel dalam bidang itu, Azman berkata, MyCC masih dalam proses kajian terhadap industri padi dan beras negara, termasuk berhubung dakwaan wujud kartel dalam sektor pengeluaran makanan berkenaan.
PM arah banteras ketirisan
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024, mahu amalan lama kartel import baja dan benih wajib dihentikan.
Menegaskan usaha menghentikan amalan lama kartel memerlukan tekad politik dan ketegasan menteri yang berkenaan, Anwar berkata: "Dah puluh tahun kita bicarakan soal ini dan sekarang kita ada menteri yang menyatakan 'cukup'".
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian 100 Tahun Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS, kelmarin. - Foto BERNAMA
Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Che Ani Mat Zain, berkata isu ketirisan subsidi BPS masih gagal diselesaikan dan beliau percaya antara puncanya kerana campur tangan 'orang dalam' dan pengaruh politik.
"Isu ini boleh diatasi jika kerajaan salur subsidi BPS terus kepada petani, ini antara yang kami cadangkan. Dengan itu, pengeluar BPS terpaksa bersaing untuk hasilkan benih padi berkualiti, jual pada harga kompetitif dan agih ikut jadual penanaman padi," katanya.
Bantuan orang dalam
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob, juga tidak menolak kemungkinan ada bantuan daripada 'orang dalam' hingga menyebabkan kartel baja dan benih padi bertahan sekian lama.
"Kartel baja mahupun benih padi tidak akan wujud jika tiada bantuan orang dalam. Konsep monopoli ini menyaksikan hanya segelintir pihak mendapat bekalan dan menjual kepada pesawah," katanya.
Menjelaskan kewujudan kartel makin ketara selepas Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diswastakan pada 1994, beliau berkata, keperluan domestik bagi benih padi di Semenanjung untuk tempoh setahun adalah 70,000 hingga 72,000 tan.
"Namun, ada pengilang memohon pengeluaran sehingga 100,000 tan. Sepatutnya sekitar 70,000 tan sudah cukup untuk tampung permintaan pesawah. Jumlah sehingga 100,000 tan tak masuk akal, tunjukkan terdapat kepentingan lain," katanya.
Kartel baja dan benih padi dipercayai mengaut untung berlipat ganda dengan menuntut subsidi diberikan kerajaan dan kemudian menjual input pertanian itu pada harga lebih tinggi kepada pesawah. - Foto fail
Petani, Zahari Khamis, 57, berkata kartel benih mengambil dan mengawal benih padi yang elok dan kemudian menjual pada harga yang tinggi, ada mencecah RM60 setiap kampit 20kg
"Ketika ini permintaan tinggi, tapi benih tiada, jadi petani terpaksa beli pada harga mahal. Kalau tak nak beli (daripada pembekal biasa) dengan harga tinggi, kami terpaksa beli di tempat lain, mahu tak mahu, terpaksa beli daripada individu sama," katanya.
Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Mohd Termizi Yeop, berkata baja bersubsidi dibekalkan kepada petani seluruh negara oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) tidak berdepan isu ketirisan subsidi.
Beliau sebaliknya mendakwa, masalah yang timbul disebabkan sikap sesetengah petani yang mahu mendapat untung atas angin walaupun tidak lagi mengusahakan sawah.
"Ada petani sudah tidak lagi mengusahakan sawah, sama ada sudah dijual atau dibina bangunan atau tidak sesuai untuk ditanam padi lagi. Namun, nama masih ada dalam rekod disenaraikan 'aktif', jadi terus dapat bantuan baja subsidi," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
myCC jgn lupa pollow up kes myteksi kena kompaun berjuta tu....lama dah senyappp.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|