CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1601|Reply: 0

MotoGP: Jorge Martin belum putus pilihan enjin

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:50 AM | Show all posts |Read mode

MARTIN masih mencari pelarasan enjin terbaik untuk disesuaikan dengan bersama pakej aerodinamik bagi menyempurnakan jenteranya musim baharu nanti. - AFP

JEREZ – Pelumba pasukan Pramac Racing, Jorge Martin belum membuat keputusan berhubung penggunaan enjin bagi saingan musim baharu Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang akan bermula 8 Mac depan.

Pelumba Sepanyol itu berpeluang untuk menguji enjin terbaharu yang dibekalkan Ducati, namun masih ada beberapa kelemahan dikesan meskipun ia memiliki lebih kuasa pecutan berbanding enjin musim lalu.

Martin menjelaskan, kelajuan jentera belum menjadi keutamaannya ketika ini memandangkan dia mahu memastikan enjin baharu itu sesuai dengan pakej aerodinamik, daya pecutan serta pergerakan.

“Memang bagus untuk memecut lebih laju, tetapi fokus saya belum ke arah itu kerana saya mahu memahami pakej aerodinamik mana yang sesuai dengan enjin baharu ini. Itu antara aspek yang menjadi perhatian saya.

“Selepas menguji enjin tersebut, ada beberapa keputusan positif dan negatif, jadi kami perlu bekerja lagi untuk mendapatkan prestasi terbaik. Kami akan mula menggunakan jentera 2024 selepas ini, jadi ia lebih mudah,” katanya.

Tambah Martin, Pramac perlu memastikan mereka mendapat hasil sempurna sepanjang sesi ujian pramusim ini memandangkan beberapa pasukan seperti Honda dan Yamaha mula menunjukkan peningkatan ketara.

“Amat penting untuk dapatkan lebih kuasa pecutan kerana pasukan seperti Honda dan Yamaha sangat laju di laluan lurus. Secara keseluruhan, jentera kali ini lebih baik berbanding 2023, namun masih perlu diberikan sentuhan terperinci,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... utus-pilihan-enjin/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.098330 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list