View: 2820|Reply: 7
|
Lincah di Hollywood, Joe Taslim masih pemalu
[Copy link]
|
|
JOE TASLIM
NAMA aktor Joe Taslim telah lama menyinar di persada perfileman Indonesia sehingga mampu mengukuhkan langkah di Hollywood, Amerika Syarikat.
Bermula dengan naskhah pecah panggung, Fast and Furious, Star Trek dan terkini menggalas karakter antagonis dalam filem Mortal Kombat, aura luar biasa pelakon kebanggaan Seberang itu semakin diakui ramai.
Begitupun, bekas atlit judo berusia 42 tahun itu mendedahkan, masih tebal dengan sikap pemalu terutama apabila diundang menjayakan acara televisyen seperti program bual bicara.
Katanya dalam satu wawancara, dia bukan seorang yang pandai bercerita hal diri, selain tiada keistimewaan yang boleh dikongsikan kepada khalayak.
Joe yang terkenal dengan filem aksi berkata, dalam lakonan dia boleh menjadi individu lain tanpa mendedahkan personaliti atau kisah peribadi.
Lebih dua dekad dalam arena seni, mungkin itulah mengekalkan kredibiliti dan populariti Joe sehingga kini.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... aslim-masih-pemalu/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yoonggi replied at 28-2-2024 02:11 PM
tak kenai pun
Dia banyak je berlakon action movies kat Hollywood tapi watak pembantu. Mortal Kombat baru dapat watak utama. Dia martial artist (judo) banyak menang pingat, ada menang pingat SEA games. Sebab tu kot lagi besar peluang berlakon action movies.
Sorang lagi Iko Uwais pun banyak dah berlakon filem Hollywood, menjurus ke filem action jugak. Dia ni pun martial artist (silat) , fight choreographer. Tapi Iko ni rendah. Joe Taslim tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
hensem nyer si joe taslim ni dalam warrior.. |
|
|
|
|
|
|
|
i see. tengkiu chuols. aku mmg x penah tgk movies dia berlakon sbb tu x kenai
|
|
|
|
|
|
|
|
muka pernah nampak, tapi tak tau pula asal usul dia. tony jaa pun boleh tahan gak kan. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau malaysia... ade henry golding dgn tsmy ,tp scene gay yg die blakon tu..mmg mcm dh biase buatt... |
|
|
|
|
|
|
| |
|