View: 7470|Reply: 0
|
Unit MPV, URB PDRM bantu cegah jenayah 24 jam
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menjadi antara petugas barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas mencegah jenayah 24 jam tanpa henti demi kesejahteraan rakyat.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata, bagi mencapai visi sebagai elemen pencegahan jenayah utama negara, pihaknya menetapkan misi pasukan untuk mencegah jenayah secara holistik ke arah mewujudkan komuniti sejahtera.
"JPJKK juga dipertanggungjawabkan sebagai jabatan yang mengurus perlakuan jenayah atau menghapuskan gejala jenayah dan menjaga keselamatan komuniti serta memberi kesedaran melalui program ceramah, seminar, walkabout, pameran dan sebagainya.
"Sepanjang pemantauan berjalan, anggota dan pegawai JPJKK juga akan dipantau pergerakan dan pekerjaan mereka supaya dapat menjalankan kerja dengan baik dan berkualiti," katanya.
Wan Hassan berkata, JPJKK yang ditubuhkan 10 tahun lalu bertujuan menggarap hubungan rapat antara PDRM dan orang ramai seiring dengan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.
"Pada Mei ini, sudah 10 tahun penubuhan JPJKK dan saya pengarah yang kesembilan. Sepanjang tempoh 10 tahun ini, pelbagai inisiatif dan usaha dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terjamin," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... egah-jenayah-24-jam |
|
|
|
|
|
|
| |
|