|
PEMAIN NSFC mengasak pemain KL City dalam aksi persahabatan semalam. FOTO NSFC
Seremban: Pengendali Negeri Sembilan FC (NSFC), Azzmi Ab Aziz akui proses membentuk keserasian dan persefahaman dalam kalangan pemain Negeri Sembilan belum mencapai tahap kesempurnaan dan masih berterusan.
Justeru, katanya tidak hairanlah keputusan dalam lima aksi persahabatan termasuk menentang tiga pasukan Liga Super, tidak memihak skuad Hobin Jang Hobin.
"Memang ketika ini pemain masih mencari keserasian seperti Takumi (Sasaki), dia kena ada persefahaman dengan N Javabilaarivin, Hadin (Azman) dan A Selvan di barisan hadapan.
"Namun, setakat ini kombinasi antara mereka dilihat belum sempurna, tapi saya yakin aspek itu akan dapat ditingkatkan dalam fasa latihan dan aksi persahabatan berikutnya sebelum menghadapi cabaran sebenar dalam Liga Malaysia musim ini, bulan depan," katanya di sini, hari ini.
Azzmi mengharapkan persembahan lebih baik dapat dipamerkan anak buahnya dan meraih keputusan positif dalam aksi persahabatan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC, di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok.
Terbaharu, Negeri Sembilan tewas kepada Kuala Lumpur (KL) City FC, 1-2, dalam aksi persahabatan di Cheras malam semalam.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... m-serasi-sepenuhnya |
|