|
PRESIDEN MFL, Datuk Ab Ghani Hassan (dua dari kiri) dan CEO MFL, Datuk Stuart Ramalingam (kiri) melihat penggunaan sistem VAR pada perlawanan antara KL City FC dan NSFC, malam tadi. FOTO FB MFL
Kuala Lumpur: Peminat bola sepak berharap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memanfaatkan masa sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga M), Mei depan, bagi meningkatkan sistem video bantuan pengadil (VAR) ke arah lebih baik.
Dalam perlawanan merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 antara Kuala Lumpur City (KL City) FC menentang Negeri Sembilan FC (NSFC), malam tadi, VAR digunakan buat kali pertama bagi melihat serta menguji fungsi dan keberkesanannya.
Justeru, peminat mengharapkan beberapa aspek seperti sudut kedudukan kamera, kualiti video dan beberapa perkara lain dapat ditingkatkan lagi.
Malah, mereka berharap dengan adanya teknologi VAR itu, pengadil dapat membuat keputusan lebih telus dan tepat dalam satu-satu perlawanan.
"Video jauh sangat la, tak nampak pun Brendan 'challenge two footed above ground; pun. Penalty 'given' pun 'soft penalty tho more video angles require if VAR to be success'," tulis Alvin Chong di media sosial.
"Kena banyak lagi sudut camera supaya dapat lihat lagi jelas untuk buat keputusan," kata Arjuna Malaya Sr.
"Harap-harap perubahan ini bawa kebaikan, keputusan adil dari reff (pengadil) setiap 'game' bukan selek (pilih kasih)," kata Rizal Sarbini.
Pada perlawanan itu, pemain KL City, Brendan Gan menjadi 'mangsa' pertama teknologi VAR apabila menerima kad merah dan menyaksikan lebih lima kad kuning dilayangkan dengan keseluruhan masa tambahan sehingga 23 minit.
Terdahulu, Arena Metro melaporkan kos mencecah RM6 juta dibayar bagi memastikan saingan Liga M menepati standard antarabangsa, sekali gus meningkatkan kualiti saingan tempatan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mfl-tambah-baik-var |
|