View: 7262|Reply: 0
|
[Selangor]
'Memang susah nak dapat orang kita kerja Pasar Borong'
[Copy link]
|
|
GAMBAR HIASAN
Gombak: Masalah lambakan pekerja warga asing sehingga dilihat memonopoli kawasan pasar borong dan pasar harian di Lembah Klang seolah-olah tidak berkesudahan.
Pengerusi Persatuan Usahawan Penjaja Bumiputera Pasar Borong Harian Selayang (Puspas), Musa Yunus berkata, peniaga di pasar itu terpaksa menggunakan warga asing kerana sukar mendapatkan tenaga kerja tempatan.
"Memang tak dapat dinafikan sebab memang susah nak dapat orang kita mereka tak mahu kerja begini (pasar), ada pun kerja dua hari seminggu hilang.
"Kalau pekerja asing kita bayar dalam RM2,000 lebih sikit tetapi kalau tempatan kita bayar bermula RM100 ke RM150 sehari, itu belum masuk komisen dan sebagainya," katanya.
Menurutnya, selama lebih enam tahun berniaga di pasar itu dia tidak menafikan berlakunya unsur-unsur lesen 'Ali Baba' di mana warga asing berniaga menggunakan nama penduduk tempatan.
Katanya, pihaknya pernah menyuarakan isu itu sebelum ini sehingga dirinya tidak disenangi oleh individu tidak bertanggungjawab terbabit.
"Kebanyakan mereka (premis) ada lesen tapi ada juga yang buat Ali Baba. Kalau setakat guna pekerja (asing) kita faham sebab nak dapat orang kita memang susah.
"Isu ini (warga asing) sampai kiamat pun tidak akan selesai jika tiada tindakan daripada tahap paling tinggi, pihak-pihak berkepentingan perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing," katanya.
Semakan melalui Majlis Perbandaran Selayang (MPS) juga mengesahkan khemah yang dibuka di bahagian luar pasar harian itu mempunyai permit berniaga yang sah.
Tinjauan Harian Metro selama beberapa jam di sekitar kawasan Pasar Harian Selayang, di sini mendapati majoriti daripada premis terbabit mempunyai permit berniaga daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dipamerkan di setiap kedai.
Bagaimanapun, pemilik premis terbabit kebanyakannya menggunakan pekerja warga asing malah ada juga kedai yang didapati diuruskan sepenuhnya warga asing.
Pada satu sudut, kehadiran buruh asing berkenaan diperlukan bagi mengisi kekosongan tenaga kerja dalam sektor itu yang kurang diceburi warga tempatan terutama golongan muda yang lebih gemar.
Namun kehadiran pendatang asing terbabit dalam jumlah yang besar menimbulkan perasaan kurang selesa bagi penduduk tempatan.
Kewujudan kumpulan warga asing bukan lagi rahsia lagi bahkan mereka semakin ramai dan membiak mewujudkan komuniti mereka sendiri di lokasi tertentu di seluruh negara.
Justeru, pihak berwajib digesa untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan dilema itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kerja-pasar-borong |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|