CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1152|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan

[Copy link]
Post time 5-5-2024 11:09 AM | Show all posts |Read mode

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan notis pemberhentian kerja memuatkan dan memunggah paip di sebuah kilang di Simpang Ampat dekat sini pada Khamis lepas selepas insiden seorang pemandu lori maut dihempap paip tersebut.

Pengarah berkenaan Hairozie Asri berkata pihaknya juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan bagi dibentangkan kepada JKKP Pulau Pinang.

Beliau berkata pihaknya turut menjalankan siasatan selepas menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan lelaki berusia 60 tahun berkenaan yang dihempap enam ikat hollow pipe dengan berat melebihi 5,000 kilogram pada 29 April lalu.

"Mangsa merupakan pemandu lori di kilang itu dan dia telah pergi ke gudang penyimpanan rasuk dan hollow pipe selepas makan di kantin sebelum dihempap paip-paip tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JKKP Pulau Pinang akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan saksi selain mengadakan lawatan susulan selepas tindakan penambahbaikan diambil kilang tersebut. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... pemberhentian-kerja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.097567 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list