Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 30, bersinar membawa nama Malaysia melakukan persembahan di acara Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China, semalam.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah yang mendendangkan lagu Mandarin, Zheng Fu dan lagu rakyat Sumandak Sabah jelas seronok dengan peluang keemasan diraihnya itu.
"Alhamdulillah selesai tugas di China. Sedikit klip untuk semua kesayangan di Malaysia! Saya bangga menjadi orang Sabah dan Malaysia," katanya.
Bahkan, hantarannya mengenai pencapaian di tanah besar itu mendapat sorakan ramai rakan artis selain pengikutnya menerusi komen-komen.
Antaranya penyanyi asal Sumandak Sabah sendiri iaitu Marsha Milan, Puteri Sarah Liyana, Nora Danish, Umie Aida dan ramai lagi.
Lebih menarik, ramai nyatakan kekaguman mereka terhadap semangat Bella untuk 'terbang tinggi' di kala kontroversi rumah tangganya bersama suami juga penyanyi Aliff Aziz masih sibuk diperkatakan.
"Fuh sekarang aku tengah tengok dijatuhkan berada di pentas besar bawa nama negara, yang menjatuhkan tengah naik bas dan merayau jalan kaki. Allah itu maha adil, besar betul ganjaran orang bersabar.
"Pelakon biasa di mata mentua tapi tetap luar biasa di mata peminat Bella. Terbanglah Bella setinggi boleh supaya dapat melihat dunia pernah merendahkan kamu satu ketika dahulu.
"Di saat dia dijatuhkan, dia sendirian berjuang terus bangkit demi anak-anak, tahniah Bella semoga terus berjaya dan kuat berdiri. Kami wanita sedunia sentiasa menyokongmu," antara komen netizen.
Post time 5-5-2024 04:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
_blackbird replied at 5-5-2024 01:15 PM
aku pernah dgr dia menyanyi skali je kat buffet ramadan pavilion. kalau diberi peluang ada potential ...
Dari kecik nyanyi tak juga ngetop. Lepas kontroversi dulu ada buat single. Hambar. Buat lagi single ft Alep. Hambar. Kontroversi kalini release single lagi. Tak letop juga.
ko kena paham, dalam entertainment business ni, nak letop ni takda bakat pon boleh popular dan letup, suara biasa boleh autotune yg penting ko market product ko ditempat yg betul. cth mcm lagu, stesen radio cth tempat terbaik utk pasarkan lagu, ko kena ada good connection dengan stesen tu utk pastikan sehari berulang2 kali dia mainkan lagu ko. ikut study, bila kita kerap dengar lagu yg sama berulang kali, walaupon awalnya lagu tu mcm eiii apa ni, bila kerap dengar lama2 jadi ehh catchy juga lagu ni.. tu yg aku maksudkan "peluang dan potential" dalam entertainment industry
Post time 5-5-2024 04:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kurex replied at 5-5-2024 04:19 PM
Tetap tak berbakat bagi iols. Malahan dalam bideo ni tetap berfilter. Dari jongos nampak lain..
Pada kaka kalau x de bakat tu mcm kita kita nila...menyanyi pun dlm bilik air pun sumbang...itu pendapat kaka la...kalau dia x de bakat x de sapa pun akan suruh dia menyanyi..sb tentu suara sumbang
Post time 5-5-2024 05:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Nozot at 5-5-2024 05:11 PM
Entahlah, bagi kaka dia bakat nyanyian & lakonan biasa - biasa ja..tak wow tapi ok la dari kemut..suara kemut pun macam chipmunk..tapi dia sangat pandai menari..she got grace
giteww..tapi tak minat dia nie..dia tak wujud pun ok dalam dunia seni..macam Alip Aziz & Ruhainies tu patut kena banned seumur hidup. Perangai evil tu setan pun terkejut.
Post time 5-5-2024 05:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kepompong replied at 5-5-2024 04:52 PM
paling tak sedap nyamyi live ialah kaka faz
setuju...giler hauk suara mujur muka cun blakon best bg iols la. sudah2 la nyanyi.
lagi satu husband dia...jadi duta imej pegun blh meletop kebabom. blakon iols tgk dlm mat kilau wpun dipuja2 entah la masih jua kaku begitu
Post time 5-5-2024 06:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ninajaybee replied at 5-5-2024 04:15 PM
Dari kecik nyanyi tak juga ngetop. Lepas kontroversi dulu ada buat single. Hambar. Buat lagi singl ...
maknanya rezeki dia belum sis..kita kalau dah usaha mcmane pn,klu bukan rezeki,takleh nak wat apa la..hire la komposer yg hit2..klu rezeki tak sampai,tak hit la lagunya..