CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5034|Reply: 1

Aisyah Zubir ‘berkampung’ di Belgium

[Copy link]
Post time 7-5-2024 04:35 PM | Show all posts |Read mode

AISYAH (kiri) bakal berkelana ke Eropah bagi mengharungi aksi pemanas badan sebelum Olimpik Paris bermula Julai nanti. - FB MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA

PELUMBA tunggal skuad berbasikal lebuh raya negara ke Sukan Olimpik Paris 2024, Nur Aisyah Mohamad Zubir berdepan jadual padat dalam persiapan ke temasya terbesar dunia itu apabila akan ‘berkampung’ di Belgium bermula 25 Mei ini.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pelumba berusia 27 tahun itu akan mengharungi kira-kira 20 kejohanan pemanas badan di Eropah dan akan kekal di sana sehingga saingan sebenar membuka tirai Julai nanti.

Katanya, PKBM telah berbincang dengan jurulatih berbasikal lebuh raya wanita, Amir Mustafa Rusli mengenai program serta jadual perlumbaan pelumba wanita negara itu.

“Saya telah berbincang dengan jurulatih beliau (Amir) dan satu program terperinci telah disediakan dimana Nur Aisyah akan ke Belgium bermula pada 25 Mei nanti.

“Mengikut perancangan, Nur Aisyah akan kekal di sana (Belgium) sehingga Sukan Olimpik Paris 2024 membuka tirainya.

“Sepanjang berada di sana, Aisyah akan menyertai lebih kurang 20 kejohanan iaitu antara Belgium dan Belanda. Jadi, saya rasa jadual dia nanti akan penuh dengan kejohanan,” kata Amarjit.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk membawa seorang lagi pelumba berbasikal lebuh raya wanita sebagai pelumba simpanan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Kita akan lihat dan cuba untuk mendapatkan pelumba simpanan untuk mengikuti Aisyah ke Eropah kerana langkah itu penting sekiranya terdapat sebarang kejadian di luar kawalan,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... kampung-di-belgium/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 10:55 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia and Chonng/Haikai won today's match and play quarter final on tmr. proud of malaysia. these are the videos. have fun and enjoy

https://youtu.be/7UZ_bHhhwZo
https://youtu.be/SIhlO5X5VbE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.186339 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list