Edited by friedfishsoup at 11-5-2024 02:55 PM
Kuala Lumpur: Selepas hampir 14 tahun bergelar ibu tunggal, pengacara dan pelakon, Raja Azura dilaporkan sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya yang dipercayai berlangsung, semalam. Berita gembira itu dikongsikan di Instagram apabila memuat video persandingannya semalam.
Bagaimanapun butiran terperinci mengenai suami barunya itu tidak dikongsikan kepada peminat. "Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.
ADVERTISING
[size=1.35]Lagi Berita
"Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima Kasih," tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan, Raja Azura yang mengenakan baju kurung dilihat berjalan menuju ke pelamin. Sebelum ini Raja Azura pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 28 September 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 22; Megat Luqman Hakim, 21; dan Puteri Mia Maizura,19
|