CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 0

[Jenayah] Sarawak teliti tambah kawasan pilihan raya

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Premier Sarawak , Tan Sri Abang Johari Abang Openg bercakap kepada media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi GPS hari ini. NSTP/MOHD ROJI KAWI





KUCHING : Kerajaan Sarawak sedang menimbangkan untuk menyemak semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) , tahun ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, selepas semakan itu, kerajaan akan mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kawasan baharu yang akan diwujudkan.

Katanya, cadangan itu antara lain mahu mewujudkan kawasan DUN dengan demografi bercampur bagi memastikan perwakilan yang dipilih daripada semua kaum.

"Jumlah sebenar kerusi yang akan ditambah belum dapat ditentukan kerana keputusannya terletak pada SPR, kita (kerajaan Sarawak) cuma mengemukakan cadangan.

"Tetapi kami mencadangkan kawasan pilihan raya yang perlu diwujudkan perlu mempunyai beberapa parameter asas yang penting untuk memastikan perwakilan yang seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Majlis Tertinggi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini, hari ini.

Pada 1 Januari lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan memaklumkan SPR sedang menimbang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak.

Kali terakhir Sarawak melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya adalah pada pada 2016, membabitkan pertambahan 11 kerusi DUN.

Ia sekali gus menjadikan Sarawak mempunyai jumlah kawasan DUN paling banyak di negara ini dengan keseluruhan 82 kawasan manakala Parlimen pula sebanyak 31.

Pada 8 Oktober tahun lalu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, pada konvensyen khas PBB di Betong mengemukakan usul penambahan kawasan Parlimen.

Katanya, penambahan kawasan Parlimen di Sarawak itu selaras dengan hasrat membolehkan Sabah dan Sarawak mempunyai satu pertiga daripada keseluruhan jumlah kawasan Parlimen di Malaysia.

Justeru, Sarawak harus dipertimbangkan sekurang-kurangnya 12 kawasan Parlimen baharu.

Mengenai calon pengganti Yang Dipertua Dewan Negara selepas kematian Datuk Mutang Tagal semalam, Abang Johari berkata, ia tidak dbincangkan pada mesyuarat berkenaan.

"Yang Dipertua Dewan Negara adalah lantikan Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan GPS memang tidak membincangkannya lagi sebagai menghormati mendiang yang baru meninggal dunia semalam," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 7728 Replies : 48
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 11259 Replies : 155
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6696 Replies : 8
...Skrin TV...
seribulan...Skrin TV...
Views : 5366 Replies : 6
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 14132 Replies : 103
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 287566 Replies : 7097
Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab Tak Mahu Kerja Dengan ‘Type C’.Wajar atau tidak?
YgBenarWanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab
Views : 10099 Replies : 78
Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Tinot7Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Views : 2927 Replies : 18
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8634 Replies : 43
Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Tinot7Edisi tambah tacang: Yang terpaling
Views : 7317 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049794 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list