CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3991|Reply: 1

[Tempatan] Isteri maut, suami cedera parah lori tanah jatuh gaung

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Anggota bomba mengeluarkan mangsa suami isteri yang tersepit selepas lori tanah mereka naiki terjatuh ke dalam gaung - Foto ihsan bomba





KULIM: Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas lori tanah yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung di kawasan Kuari Pancor, Kampung Air Putih, Junjong, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.49 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Kulim yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sholihin Saan bersama lapan anggota tiba di lokasi bagi operasi menyelamat.

"Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Sungai Bakap, Pulau Pinang dan jumlah keseluruhan anggota yang terbabit dalam operasi itu adalah seramai 15 orang.

"Namun wanita berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala suaminya patah tangan serta luka di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hamizul Azwan berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami ni mcm mana la bawak lori...innalillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.063078 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list