CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13579|Reply: 0

[Tempatan] Berita malam misteri:Masih belum ditemui,ganjaran lebih RM20,000 kesan Hawari yang dilaporkan hilang di Gunung Everest pada Mei tahun lepas.

[Copy link]
Post time 11-5-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Ganjaran sejumlah AS$5,000 (RM23,690) akan diberikan kepada mana-mana sherpa atau individu yang memberikan maklumat mengenai lokasi Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang di Gunung Everest pada Mei tahun lepas.



Presiden Persatuan Malim Gunung Perhutanan (PMGP), Mohd Yussainy Md Yusop dalam kenyataan hari ini memaklumkan ganjaran oleh Pioner Adventure Pvt.Ltd itu akan diberikan kepada sherpa atau individu khususnya yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.

Katanya, ketua Misi Everest 2023 Azim Afif kini berada di Everest untuk menyelaraskan operasi di lapangan.

“Expedition Operator Association telah dimaklumkan mengenai ganjaran berjumlah AS$5,000 tersebut sekiranya sherpa atau mana-mana individu yang berada di Everest dapat memberikan maklumat lokasi Hawari terus kepada Pengarah Eksekutif Pioneer Adventure Pvt. Ltd, Nivesh Karki,” menurut kenyataan itu.

Mohd Yussainy berkata, usaha mencari dilaksanakan oleh PMGP dengan kerjasama Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang menggerakan usaha berkenaan atas dasar kemanusiaan.

Selain itu, PMGP juga mendapat nasihat teknikal daripada Agensi Angkasa Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam pelaksanaan misi mengesan lokasi Hawari.

“Selain itu, pihak PMGP turut mendapat kerjasama Pejabat Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal yang memaklumkan kepada Menteri Luar Nepal untuk tentera negara tersebut memberikan perhatian semasa Kempen Pembersihan Gunung yang sedang berjalan di Everest,” menurut kenyataan itu.

Muhammad Hawari, 34, merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran, dipercayai hilang ketika menuju ke Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest yang berketinggian 8,848 dari paras laut, pada Mei tahun lepas. – Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274665 Replies : 6782
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051242 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list