CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1160|Reply: 0

[Jenayah] Sock Tao komited untuk bantu selesaikan masalah penduduk di Kuala Kubu Bharu

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Calon PH, Pang Sock Tao diraikan kemenangan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. NSTP/Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid





KUALA KUBU BHARU: Wakil rakyat Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu berhasrat untuk terus membantu penduduk di kawasan itu.

Beliau berkata, perkara yang beliau akan lakukan pada hari pertama berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Bharu adalah mahu mendengar dan menyelesaikan masalah yang mendesak daripada penduduk.

"Saya akan bekerjasama bergerak sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan masalah tempatan bagi menjamin kesejahteraan rakyat di Kuala Kubu Bharu.

"Saya merakamkan penghargaan kepada semua pengundi di Kuala Kubu Bharu yang memberi kepercayaan kepada saya sebagai wakil rakyat suara mereka di DUN Selangor," katanya kepada pemberita di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selangor, di sini hari ini.

Sock Tao berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh jentera daripada Kerajaan Perpaduan, Pakatan Harapan (PH) terutama Barisan Nasional (BN).

"Inilah kemenangan buat penduduk dan pengundi di Kuala Kubu Bharu dan saya mengucapkan terima kasih kepada mendiang Lee Kee Hiong yang selama ini berdedikasi berkhidmat kepada penduduk di Kuala Kubu Bharu.

"Saya juga berterima kasih kepada semua rakan media yang telah bekerja keras sepanjang tempoh PRK ini.

"Kemenangan ini tidak lebih bermakna dengan sokongan penuh daripada suami saya dan ahli keluarga yang tersayang," katanya.

Dalam pada itu, Sock Tao akan menunaikan janjinya untuk tinggal di Kuala Kubu Bharu dan kini beliau sedang berusaha untuk mencari rumah di kawasan berkenaan.

PH kekal menyandang kerusi DUN Kuala Kubu Bharu apabila calonnya daripada DAP, Sock Tao berjaya menewaskan tiga calon lain pada PRK hari ini.

Sock Tao mengetepikan saingan calon BERSATU, Khairul Azhari Saut yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Hafizah Zainudin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Bekas Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu memperoleh 14,000 undi dengan majoriti 3,869 undi berdasarkan keputusan rasmi malam tadi, sekali gus mempertahankan DUN itu yang dimenangi DAP sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Keputusan rasmi menunjukkan Khairul Azhari memperoleh 10,131 undi, Nyau Ke Xin meraih 188 undi dan Hafizah 152 undi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu dalam pertembungan empat penjuru, PH memperoleh 14,862 undi dengan majoriti 4,119 undi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274513 Replies : 6781
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.044797 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list