View: 4751|Reply: 0
|
Aliff Aziz titip penghargaan buat ibu
[Copy link]
|
|
ALIFF menitipkan ucapan terima kasih kepada ibunya atas segala jasa dan pengorbanan selama ini.
PETALING JAYA – “Terima kasih untuk segala-galanya umi.”
Itu perkongsian ringkas yang dimuat naik penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz buat ibu tercinta, Siti Hafizah Sheikh Mohamad dalam Instagramnya semalam.
Bukan sahaja ucapan terima kasih, dia turut memuat naik petikan yang memaparkan senarai perkara golongan ibu tidak pernah meluahkan kepada anak mereka.
“10 perkara yang ibu tidak akan memberitahu anda.”
“Antaranya ialah anda sering membuatnya menangis, sangat menyakitkan apabila anda bersikap kurang ajar dan hatinya hancur apabila melihat anaknya menangis,” tulisnya.
Perkongsian tersebut juga boleh dikatakan selepas dia memilih pendekatan ‘menyepikan’ diri daripada media sosial selepas kecoh tentang kontroversi curang melibatkan dirinya.
Menerusi hantaran berbeza, bekas juara Gegar Vaganza musim kesembilan itu turut dilihat mendapat jemputan membuat persembahan dalam sebuah acara makan malam.
“Majlis makan malam. Terima kasih kerana menjemput saya, malam yang hebat,” katanya ringkas.
Dalam pada itu, akaun Instagram Hafiza masih ‘hilang dari radar’ selepas dipercayai dinyahaktif sejak tular perbualan WhatsApp anaknya dengan pelakon Ruhainies bulan lalu yang didedahkan oleh kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine.
Terdahulu, selain Aliff, Hafiza turut menerima kecaman hebat daripada netizen apabila dikatakan menyebelahi anaknya yang sudah terang lagi bersuluh curang terhadap isterinya, Bella Astillah.
Dia turut dituduh sebagai individu menunggang agama kerana kerap memuat naik petikan dan kata-kata Islamik dalam Instagram sebelum ini. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
| |
|